[Video-Wajib Tonton] Pemimpin UMNO Mengamuk, Dedah Gejala Rasuah Pentadbiran BN, Sikap UMNO kepada Orang Melayu di Perak
Naib Ketua Umno Kampar Isytihar keluar parti
[HD] BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Samhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang Melayu dan tidak lagi releven.
"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.
Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.
"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.
"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.
"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.
"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.
"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.
Marah benar pakcik sorang ni.
Comment by Nur Fauzi @ Sabtu, Mei 19, 2012 9:22:00 PGTak makan pujuk dah.
Isunya sb xleh pasir je... Kalu bg x jd mcm ni..
Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Mei 19, 2012 9:34:00 PGKeluar umno sb xleh kontrak pasir.. Hummm
Kalau dengar di hujung video, permohonan pasir naib ketua pemuda ini sudah diluluskan, tapi dia tolak...yang penting dia dedahkan kepincangan, rasuah, dan sikap UMNO terhadap org Melayu terbanyak...
Comment by Unknown @ Sabtu, Mei 19, 2012 9:44:00 PGKekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
Comment by UMNO PARTI PENJARA @ Sabtu, Mei 19, 2012 3:36:00 PTG1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10
~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~
Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196
5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'
2X5 parti politik ni....PEREBUTAN PROJEK DI KEDAH SEHINGGA MEMAKSA CAMPURTANGAN ORG LUAR NEGERI KEDAH...
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Mei 20, 2012 6:32:00 PGSAMA JE DGN ISU MAMAT NI...POLITIK SEBAB PROJEK...