Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label salah guna kuasa. Papar semua catatan

,

Selasa, 18 November 2014

Pemberian 'Golden Handshake' RM2.6 Juta Staf TSKI Disiasat



[Mstar] PETALING JAYA: Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau 'golden handshake' bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang juga salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah MBI berkata, pihaknya sudah memulakan siastaan berhubung aduan terhadap pembayaran itu.

Dua lagi ahli lembaga pengarah MBI ialah Menteri Besar dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Kami akan siasat dan ambil tindakan," katanya mengulas mengenai kekecohan terhadap pembayaran pampasan yang didakwa mambabitkan kira-kira 2.3 peratus daripada rizab MBI berjumlah RM112 juta.

Pembayaran tersebut dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar.

Sumber berkata, malah enam ahli exco yang dipecat oleh Abdul Khalid diberi pampasan berjumlah 17.5 peratus daripada gaji terakhir yang didarab dengan bilangan perkhidmatan mereka.

"Dalam kes pembantu bekas menteri besar, sistem pengiraan yang sama digunakan namun dalam kadar yang tinggi," kata sumber itu.

Antara yang dilaporkan menerima bayaran tersebut ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa'ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000).

"Tiada siapa yang pertikaikan apabila bekas exco terima pampasan.

"Tapi kenapa persoalan hanya timbul apabila membabitkan orang-orang Khalid," kata sumber itu lagi. - Sira Habibu/18/11/14


P/s: Tidak kisah siapa yang terima pampasan, jika tidak mengikut peraturan, hal itu wajib disiasat.




, ,

Selasa, 3 Jun 2014

Ku Li Persoal Pembayaran Pinjaman Tanpa Faedah Bank Rakyat kepada Deepak



[TMI] Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah turut mempersoalkan polisi Bank Rakyat untuk membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah, mengatakan ianya bukan amalan biasa perbankan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa seperti itu apabila membuat pinjaman dengan bank kerajaan, walaupun Putrajaya mempunyai polisi perniagaan pro-Bumiputera.

“Melihat kepada fasiliti kewangan yang diperdebatkan dalam kes ini, saya tidak fikir ianya betul,” kata pemimpin veteran Umno itu yang menjadi menteri kewangan dari 1976 hingga 1984.

Putera Raja Kelantan yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu turut mempersoalkan polisi kerajaan mana diikuti Bank Rakyat apabila memberikan kemudahan kepada pelanggan seperti Deepak.

“Di bawah polisi kerajaan yang mana diikuti bank apabila memberikan fasiliti seperti itu di atas permintaan pelanggan?

“Apakah polisi Bumiputera? Dia bukan Bumiputera,” katanya merujuk kepada laporan Bank Rakyat, bersetuju membenarkan ahli perniagaan kontroversi Deepak untuk menyelesaikan pinjaman RM32 jutanya tanpa sebarang faedah.

Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan kepada The Malaysian Insider minggu lepas Deepak menggunakan pengaruh politiknya untuk menyelesaikan pinjamannya dengan campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Bank milik kerajaan itu tidak berada di bawah seliaan Bank Negara dan tidak termaktub kepada undang-undang perbankan negara.

Sabbaruddin mengatakan pada mulanya, ahli lembaga pengarah sudah menolak tawaran Deepak untuk menyelesaikan hutang tertunggaknya.

Deepak dikatakan menawarkan penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjamannya dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".

Sabbaruddin mengatakan selepas keputusan lembaga pengarah bank itu, Hasan tidak gembira dan enggan menandatangani kontraknya sebagai pengerusi bank yang berakhir pada 8 April.

Sabbaruddin juga mendakwa, menteri itu bertemu dengan Deepak tanpa pengetahuan Bank Rakyat pada Januari.

Selepas pendedahan Sabbaruddin, Bank Rakyat dalam satu kenyataan mengatakan elemen faedah tidak timbul dalam mekanisme kewangan Islam.

Bank Rakyat bagaimanapun tidak menafikan tuduhan Sabbaruddin.

Beberapa hari lalu, Hasan memberitahu The Malaysian Insider, semuanya dilakukan mengikut prosedur.

Beliau turut mencabar mana-mana pihak membuktikan dirinya melakukan kesalahan kerana meyakinkan Bank Rakyat untuk memberikan kemudahan pembayaran pinjaman tersebut kepada Deepak.

Sehingga kini, Deepak masih belum memberikan respon kepada dakwaan Sabbaruddin. – 2 Jun, 2014.


, ,

Isnin, 8 April 2013

Bukti BN Salah Guna Harta Kerajaan


AUDIO | 27 saat

[MK] Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.
 
Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

 
 
Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.

Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.

Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.

Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.

Suhaimi: Kenapa?

Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...

Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.

Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.

Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.

Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?

Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."

Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".
 
 
 

, , ,

Jumaat, 20 Julai 2012

[Video] Polis Mengamuk di Seremban Tidak Guna Senjata? Cuba Perhatikan...


[SH] SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah hari ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan.

“Kita menahan pegawai polis terbabit kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu dan direman dua hari bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis.

“Kita serahkan tindakan selanjutnya kepada mahkamah dan pegawai polis terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat dengan kejadian mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abdul Manan berkata, siasatan pihaknya mendapati pegawai polis berusia 32 tahun itu mahu menginap di hotel berkenaan untuk berehat selepas pulang bercuti bersama seorang lagi anggota polis.

“Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai harga pembelian aiskrim dengan dua pekerja hotel terbabit.

“Pegawai polis berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dibebani masalah peribadi serta keluarga,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menemui sebarang senjata pada pegawai polis terbabit ketika ditahan.

“Dia telah serahkan pistol miliknya sebelum bercuti dan kita tidak mempunyai maklumat senjata yang digunakannya untuk memukul dua pekerja hotel itu ketika kejadian adalah pistol.

“Hasil ujian urin juga jelas menunjukkan pegawai polis berkenaan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol," katanya.

Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.

“Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun.

"Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadi," katanya.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut  Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kedua-dua pekerja hotel terbabit cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar.





P/s: GILA!!!

Tidak guna senjata?

Adakah polis buta atau sengaja membutakan mata untuk menutup kesalahan anggota yang lain?

Yang penting, rakyat tidak buta!


Kemas Kini:

Pegawai polis tak mengaku salah
31 Julai 2012 
 
Pegawai polis tak mengaku salah
Mohd Azuan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seremban, semalam

[SH] SEREMBAN – Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan memukul dan mengugut dua lelaki, serta memecahkan cermin dua kenderaan, dua minggu lalu.

Mohd Azuan Yasin, 32, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dengan menggunakan objek keras menyerupai pistol, kira-kira jam 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2, di sini, 17 Julai lalu.

Dia turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Koh Wen Gio, 32, pada masa dan tempat yang sama.

Mohd Azuan juga didakwa memecahkan cermin dua kenderaan membabitkan kerugian RM330 di sebuah kedai kopi di Temiang di sini, kira-kira jam 5.45 pagi, pada tarikh yang sama.

Bagi kesemua pertuduhan itu, dia didakwa dibawah Seksyen 324, Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman Youtube dikeluarkan serta merta, selain melarang video terbabit disiarkan dalam mana-mana medium, bagi mengelakkan prejudis.

Untuk kesemua pertuduhan, Mohd Azuan dikenakan ikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 13 September depan untuk tarikh sebutan semula kes berkenaan.

, ,

Selasa, 17 Julai 2012

[Video] Polis Belasah dan Buli Remaja




, ,

Selasa, 5 Jun 2012

Siapa Ajar Menteri MCA Bida No Plat Guna Wang Rakyat?


[HD] KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid  mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.

Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.

Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan  mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya.

Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.

"Membayar RM2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah  dalam keadaan kos hidup  yang terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Azmi brkata, nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa negara ke ambang muflis.

Katanya, pimpinan negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah.

"Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak ke seluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya, pemimpin Malaysia terus berbelaja besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah membazir," ujarnya lagi.

Ujarnya, pemimpin kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber negara dengan beramanah.

"Kami berpendapat menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

"Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?" tanya beliau.

Justeru, katanya Teras ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini.

"Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?" tanya beliau lagi.

Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar.

Tambahnya, Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan.

"Inikah mentaliti menteri yang ada?

"Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu.

"Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara," kata Mohd Azmi.



, ,

Jumaat, 1 Jun 2012

SPRM Putuskan Sharizat Tidak Terlibat dalam Pemberian Kontrak, Pinjaman NFC


[MK] Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didapati tidak terlibat dalam proses pemberian projek Pusat Fidlot Nasional bernilai jutaan ringgit kepada anggota keluarganya.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Hadenan Abdul Jalil berkata, pihaknya mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek tersebut kepada syarikat tersebut dan mengenai pinjaman RM250 juta.

National Feedlot Corporation (NFC) telah dituduh menyalah guna pinjaman tersebut.

Suami Shahrizat - Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi syarikat tersebut, manakala anak-anaknya merupakan pengarahnya.

Projek itu bertujuan untuk mengurangkan pergantungan Malaysia terhadap import daging lembu telah ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana jauh daripada mencapai sasarannya.

Berikutan ini, NFC telah didakwa menyalahguna dana daripada pinjaman mudah tersebut untuk pembelian yang tidak berkaitan dengan projek tersebut.

Pada bulan Mac, Salleh, 64, didakwa atas tuduhan menyalahgunakan RM9,758,140 untuk membiayai pembelian dua buah kondominium di 'One Menerung' di Bangsar, Kuala Lumpur.

Perbicaraan akan bermula pada 5 November depan.


Berkaitan:

'Shahrizat tak terlibat, apakah Najib pecah amanah?'

[MK] PKR mempersoalkan sekiranya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melepaskan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada tuduhan rasuah hari ini akan menyebabkan perdana menteri berdepan tuduhan pecah amanah.

Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli serta ketua sayap wanitanya Zuraida Kamarudin menimbulkan persoalan itu dengan mengaitkan penglibatan Najib selaku pengerusi jawatankuasa tender yang menganugerahkan projek tersebut kepada National Feedlot Corporation (NFC).

"Jika Datuk Seri Shahrizat tidak terlibat, apakah ini bermakna Datuk Seri Najib yang pecah amanah kerana beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Shahrizat) menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFC yang tidak layak?"

Menurut mereka, tindakan menganugerahkan tender kepada syarikat yang tidak berkemampuan merupakan tindakan rasuah, mengikut peraturan umum peroleh dan tender untuk projek besar kerajaan seperti NFC.

"Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFC yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya.

"Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di antara Datuk Seri Najib Tun Razak (sebagai pengerusi jawatankuasa tender) dan NFC adalah Datuk Seri Shahrizat Jalil melalui hubungan kekeluargaan beliau (dengan NFC) dan hubungan politik (dengan Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.

Kenyataan itu bagi mengulas keputusan Panel Penilaian Operasi SPRM hari ini yang mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek tersebut dan juga pinjaman RM250 juta.

Dalam kenyataan sama, pemimpin PKR itu turut menyatakan kekesalan atas tindakan SPRM membuka siasatan ke atas timbalan presiden parti itu, Azmin Ali untuk satu kes yang disiasat sejak tahun 1995.

"Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin Ali benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

"Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin Ali walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.

 P/s: Hebat wayang NFC ini! Silap-silap suami dan anak-anaknya juga terlepas daripada tuduhan pecah amanah. Silap-silap, semuanya SELAMAT!!!!

Ubah sekarang!






, , ,

Selasa, 22 Mei 2012

[Video-PANAS] Ingat Pemimpin UMNO Perak Mengamuk? Hidup DAP, Alllahuakbar...Lepas Itu MENANGIS Pohon Kemaafan daripada UMNO


DCM tidak komen lebih-lebih pun apabila Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Samhuri Md Zin meroyan kerana menghadapi masalah dengan projek pasirnya. 

Dek kerana marah, Zamhuri tanpa berselindung telah membongkarkan gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga mendakwa sesetengah pemimpin dan kakitangan agensi kerajaan perlu disogok dengan wang, hiburan, termasuklah perkhidmatan amoi dari Thai sebelum meluluskan sesuatu projek.

Dek kerana marah juga, malaon ini mengeluarkan kenyataan untuk keluar UMNO dan sanggup bertempik "Hidup DAP", "Allahuakbar" beberapa kali. Dia juga menegaskan bahawa kerajaan BN sedia ada di Perak harus ditukar dalam PRU nanti.

Apa yang berlaku selepas kejadian amukan itu?

Akhirnya, si malaon ini menangis teresak-esak memohon maaf daripada UMNO kerana meroyan tanpa kawalan. Dia bertaubat kerana telah berdosa kepada UMNO. Sama ada malaon ini dipujuk secara lembut atau secara keras, bukanlah persoalan.

Cuma yang saya kesal, DS Nizar telah "diperdaya" oleh lakonan projek pasir malaon ini. Agak mengecewakan apabila DS Nizar sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberikan sokongan kepada malaon ini. Namun, hakikatnya, si maloan ini hanya bermain wayang dengan pemimpin atasannya.

Oleh itu, beberapa kejadian termasuk peristiwa ADUN dan AP yang melompat sudah tentu memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin PR agar berhati-hati menerima atau menyokong pemimpin BN yang terdesak atau terpinggir. Hal ini demikian kerana pada bila-bila masa orang ini akan kembali melutut kepada parti mereka dan sanggup menjilat ludah sendiri. -DCM


Video penuh, malaon ini mengamuk di sini.

, , ,

Sabtu, 19 Mei 2012

[Video-Wajib Tonton] Pemimpin UMNO Mengamuk, Dedah Gejala Rasuah Pentadbiran BN, Sikap UMNO kepada Orang Melayu di Perak



Naib Ketua Umno Kampar Isytihar keluar parti

[HD] BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Samhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang Melayu dan tidak lagi releven.

"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.

Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.




P/s: Tumpo le UMNO di Perak. UMNO=Rasuah!!!


, , ,

Rabu, 2 Mei 2012

[Gambar] Bukti Polis Rampas Kamera Wartawan/Stesen TV


Bukti bergambar di atas.

Apa kata Menteri KDN dan Ketua Polis Negara?

Sumber gambar: FB
Baca di sini dan di sini.


, ,

Ahad, 15 April 2012

Sudahlah Minta Hantar 5 Orang, Masjid Juga Diarah Bayar Individu Tersebut RM50 untuk Hadiri Program Najib?

Kredit: Kafe Santai Tok Kiyai


P/s: TM tidak mahu melulu. Surat ini boleh jadi hasil rekayasa. Namun jika benar, hamprak dan terdesak sungguh Regim BN. Daripada duit negara, sampailah duit masjid disalah guna untuk kepentingan BN. Hamprak sungguh!

, , , ,

Rabu, 11 April 2012

[PANAS] Jingga 13 BONGKAR Salah Guna Kuasa Didakwa Babitkan Ismail Sabri Yaacob


[KD] KUALA LUMPUR 10 April: NGO Jingga 13 mendedahkan wujud salah guna kuasa apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob bertindak memberikan penangguhan ‘khas’ kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KTKKK) untuk melaksanakan GP6 (Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi) dan GP7 (Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi).

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah KPDNKK mengumumkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa 16 Oktober 2009, namun ia ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan menggunakan kaedah tersebut.

Menurutnya, ekoran pelaksanaan itu, banyak koperasi yang belum bersedia yang majoriti koperasi milik Bumiputera dengan pelaksanaan itu dipaksa memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial hingga mengakibatkan kerugian besar.

“Namun dalam susasa tersebut, menghairankan apabila KPDNKK dan SKM bersikap dwi-standard terhadap koperasi di bawah CIMB Bank, iaitu KTKKK apabila diberi keistimewaan dan pelanjutan khas.

“Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan alasan membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu diberi penangguhan ini sedangkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2010,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Menurut Fariz, siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi KTKKK adalah Datin Seri Panglima, Jouyah Md Yunin iaitu isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin manakala Ketua Pagawai Eksekutifnya pula anak mereka iaitu Norazli Yahya.

Menurutnya, surat penjelasan SKM kepada Setiausaha Jawatankuasa Portfolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2009 menyatakan pelanjutan khas sehingga 31 Disember 2011 itu dibuat selepas rayuan kerajaan Sabah yang ditandatangani Yahya Hussin dan ia juga atas arahan daripada Ismail Sabri sendiri.

“Jingga 13 turut mendedahkan sepucuk surat oleh SKM bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi KTKKK, nombot rujukan SKM.IP. (UU)529A/1 bertajuk ‘Permohonan Melanjutkan Tempoh Pelaksanaan Model 2 Garis Panduan Koperasi Kredit Bersama CIMB Bank Berhad Oleh Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu.

“Dalam surat ini menyatakan SKM dengan persetujuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada KTKKK untuk penangguhan khas pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang diluluskan Lembaga Pengarah SKM dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat,” kata Fariz.

Fariz menambah, KPDNKK dan SKM bersifat dwi-standard apabila ratusan koperasi Melayu Bumiputeralain terpaksa berdepan risiko gulung tikar ekoran pelaksanaan GP6 dan GP7 tidak membenarkan mereka menggunakan model tiga tetapi dalam masa sama hanya membenarkan KTKKK menggunakan model itu melalui pelanjutan khas.

“Justeru Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan isu ini kepada rakyat dan juga warga koperasi kredit yang ternyata wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga keistimewaan diberikan kepada koperasi milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah,” ujarnya.


Berkaitan:

Kenyataan Media JINGGA 13

PENDEDAHAN TERHADAP RASUAH SALAHGUNA KUASA MENTERI KPDNKK DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB , SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA DAN TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN TERHADAP PELANJUTAN ‘ISTIMEWA DAN KHAS’ KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia ( KPDNKK ) telah mengumumkan perlaksanaan GP6 : Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi dan GP7 : Garis Panduan Mengenai Pembiayaan islam Oleh Koperasi dan berkuatkuasa pada 16 Oktober 2009

Namun ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan daripada Model 3 kepada Model 2.

Ekoran daripada itu, banyak koperasi yang belum bersedia
( majoriti melayu-bumiputera ) dengan model 2 telah diarah dan memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial dan mengakibatkan kerugian yang besar sehingga ada yang terpaksa membuang pekerja kerana menghadapi masalah kewangan yang besar .

Namun dalam suasana tersebut , adalah amat menghairankan apabila Menteri KDNKK dan SKM telah bersikap dwi standard didapati sebuah syarikat koperasi di bawah CIMB Bank Berhad iaituKOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD diberikan keistimewaan dan pelanjutan “khas”.

Jingga 13 MENDESAK Menteri KPDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menjelaskan di atas alasan apa membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan penangguhan istimewa dan khas atau pelanjutan tempoh melaksanakan model 2.

Sedangkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit berkuatkuasa pada 1 oktober 2010 ?

Jingga 13 mendedahkan surat Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Setiausaha Jawatankuasa Portpolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2011 , rujukan SKM.IP(UU): 529A/(31) bertajuk PENJELASAN KOPERASI TANJUNG KERAMAT SABAH BERHAD DENGAN MODEL 3 PEMBIAYAAN CIMB menyatakan:

2. Adalah dimaklumkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit telah mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2010. Tiada koperasi lain yang diberi pelanjutan tempoh oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( Suruhanjaya ) kecuali Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad sahaja. Perlanjutan tempoh kepada Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan adalah berdasarkan kepada berikut :

Arahan daripada YB Menteri KPDNKK supaya memberi pertimbangan sewajarnya atas rayuan tersebut ;
Terdapat surat rayuan daripada Kerajaan Negeri Sabah yang ditandatangani oleh YB Timbalan Ketua Menteri supaya memberi pelanjutan sehingga 31 Disember 2011 kepada semua koperasi di Negeri Sabah.

Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad telah diberikan penangguhan serta pengecualian istimewa penggunaan Model 2 sehingga 30 Jun 2011.

Jingga 13 juga turut mendedahkan sepucuk surat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad , bernombor rujukan SKM.IP.(UU)529A/1( ) bertajuk :
PERMOHONAN MELANJUTAN TEMPOH PELAKSANAAN MODEL 2 GARIS PANDUAN KOPERASI KREDIT BERSAMA CIMB BANK BERHAD OLEH KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD menyatakan :

2. Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( Suruhanjaya ) dengan persetujuan Y.B Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dengan memberi tempoh penangguhan “khas” pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat .

Jingga 13 mendesak agar Datuk Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri KDNKK menjelaskan terhadap persetujuan ‘penangguhan “khas” ‘ bermula 30 Jun 2011 sehingga sekarang dan tidak dinyatakan tempoh tarikh akhir kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad selagi konsep Hilawah tidak dikuatkuasakan .

Jingga 13 dapati Menteri KDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob telah bersifat dwi standard, tidak adil dan wujud rasuah salahguna kuasa terhadap pengecualian , pelanjutan “khas” dan 'keistimewaan' kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad sedangkan semua koperasi-koperasi kredit dilarang terhadap perlaksanaan model 3 sepertimana yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu GP6 dan GP7.

Bebarapa buah koperasi telah dibekukan Kod BPA kerana menjalankan aktiviti kredit dilarang mengikut Model 3 – GP6 dan GP7 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu :



Siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad adalah Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin yang merupakan isteri kepada YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabahdan Norazli Yahya ialah Ketua Pegawai Eksekutif juga merupakan anak kepada Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin.

Jingga 13 mendapati wujud rasuah salahguna kuasa Dato Ismail Sabri Yaacob , Menteri KDNKK apabila bertindak memberikan keistimewaan dan penangguhan “khas” terhadap syarikat koperasi milik isteri YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah .

Berdasarkan siasatan Jingga 13 mendapati syarikat koperasi tersebut ditubuhkan pada 2 Jun 2009 , tiada pengalaman menjalankan aktiviti pembiayaan kredit , diberikan keistimewaan sedemikian rupa berbanding syarikat-syarikat koperasi lain yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang tersebut tetapi dinafikan sedangkan GP6 dan GP7 diluluskan pada 16 Oktober 2009 .

Pihak SKM memaklumkan akan wujud surat rayuan YB Timbalan Ketua Menteri Sabah yang memohon pelanjutan , namun seluruh Malaysia hanya Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad milik isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah dibenarkan beroperasi dan diberikan pelanjutan khas oleh Menteri KPDNKK .

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar) juga wajar menjelaskan berkaitan isu tersebut .

Tindakan kejam dan zalim oleh Datuk Ismail Sabri Yaacob tersebut tetapi menafikan ratusan koperasi-koperasi kredit melayu dan bumiputera lain yang ada terpaksa berdepan dengan risiko ‘gulung tikar dan hidup segan mati tidak mahu ‘ ekoran perlaksanaan GP6 dan GP7 yang tidak membenarkan mereka mengunakan model 3 tetapi memberikan pelanjutan khas kepada hanya sebuah koperasi sahaja iaitu Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad.

Jingga 13 mendesak Datuk Ismail Sabri Yaacob, Menteri KPDKK , Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah menjelaskan isu tersebut kepada rakyat dan warga koperasi kredit yang ternyata wujud rasuah salahguna kuasa atau adakah berkemungkinan berlaku amalan rasuah sehingga keistimewaan diberikan kepada sebuah syarikat koperasi tersebut cukup luar biasa ?

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator Jingga 13

 

, , , ,

Jumaat, 30 Mac 2012

3 Bulan, RM608 Juta "Dilaburkan" PM dan TPM untuk Kempen Barisan Nasional??


[HD] KUALA LUMPUR, 30 Mac: Kerajaan semalam memaklumkan sebanyak RM608.68 juta wang 'peruntukan segera' telah diluluskan sepanjang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri-negeri tahun ini.

Jumlah itu adalah bagi lawatan mereka yang diadakan dari bulan Januari hingga tarikh 15 Mac 2012.

Perkara itu dimaklumkan melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar semalam.

Firdaus dalam soalannya mahu perdana menteri menjelaskan kesemua senarai peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2012 semasa lawatan rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Paling tinggi adalah peruntukan untuk negeri Perak dengan RM220.38 juta diikuti Johor RM201.40 juta, manakala ketiga adalah Wilayah Persekutuan dengan RM63.25 juta.

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, Selangor pula masing-masing RM6.4 juta, RM4.06 juta, RM5.58 juta, RM17.3 juta.

Bercakap kepada Harakahdaily kemudiannya, Firdaus mempersoal tindakan Najib yang didakwa tidak profesional apabila tidak boleh membezakan lawatan politik atau lawatan rasmi kerajaan.

Ia kerana, setiap kali Najib berucap dalam lawatannya sering menghentam Pakatan Rakyat dan berkempen untuk Umno Barisan Nasional.

"Kalau nak pergi berkempen, guna duit parti la, jangan guna duit rakyat.

"Duk hentam kami bukan duk cerita dasar negara pun, kena profesional la, Biar boleh beza lawatan rasmi dengan nak pi kempen politik," katanya.


, , ,

Sabtu, 24 Mac 2012

[PANAS-Video] Pekung Pejuang Islam, Melayu Raja Terburai Lagi: Azmin Kemuka Bukti Salah Guna Kuasa Hasan Ali di DUN


[GB] Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam digegarkan dengan satu pendedahan mengejutkan dimana bekas Exco Agama, Infratruktur Dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Ali telah didapati menyalahgunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dengan mengeluarkan senarai persendiriannya sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali semasa perbahasan titah diraja.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua kontraktor berdaftar dengan UPEN mulai tahun 2009 dengan kementerian kewangan dan PKK dan tender terbuka,"

"Walaupun sudah ada arahan dari kerajaan negeri secara bertulis kepada semua pihak, exco infrastruktur dan kemudahan awam (Hassan Ali) menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dan mengeluarkan senarai persendirian sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR membelakangkan prosidur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan dimana hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Itu memang ada dalam arahan Perbendaharaan

"Tetapi apa yang berlaku yang memberi arahan ini bukan pegawai kewangan negeri tetapi exco infrastuktur dan kemudahan awam dengan mendapat kerjasama beberapa individu tertentu di dalam pejabat perbendaharan negeri memberikan kelulusan dan memberikan senarai kepada JKR negeri sebanyak 83 syarikat," dedah Azmin.

Beliau menyatakan nilai kontrak ini setiap tahun berjumlah RM35juta.

"Maka persoalan saya dimana Islam, dimana Melayu dimana prinsip raja-raja Melayu yang diangkat hari ini sedangkan ketika kamu berkuasa ini yang kamu lakukan?" tanya Azmin

"Saya bukan nak bawak fitnah, saya bawa dokumen untuk membuktikan dimana bila audit jalankan siasatan dalaman, apa dapatan audit negeri?

"Pihak audit telah membuat semakan berkaitan carta aliran kerja JKR, didapati senarai kontraktor telah diterima dari exco berkenaan melalui satu surat bertarikh 6 Jan 2010," tambahnya lagi.

Menjawab soalan ADUN BN Permatang, Tuan Sulaiman bin Abdul Razak yang ingin tahu mengapa tidak dilakukan pendedahan lebih awal dan apakah ia boleh dianggap bersubahat, Azmin menjawab pendedahannya itu sepatutnya dilakukan lebih awal jika beliau sudah mempunyai bukti lengkap sebelum exco berkenaan, Dato Hassan Ali tidak lagi menjadi exco.

Azmin dengan sinis menyatakan beliau gembira kerana UMNO mempunyai sahabat baru dan kerana itu sahabat barunya itu perlu dipertahankan UMNO sebagai membuktikan semangat kesetiakawanan.

"Tetapi kalau nak pertahankan biarlah yang benar dan hak," katanya.

"Saya bersetuju kalau saya ada maklumat ini lebih awal, saya boleh dedahkan, tak ada masalah, tetapi proses (mengumpul bukti) mengambil masa," jelas Azmin. 


, ,

Ahad, 12 Februari 2012

Muhyiddin MINTA Guru Jadi Jurucakap BN



P/s: Malas nak ulas panjang-panjang.

Sebelum ini heboh tentang seorang pengarah pelajaran negeri berkempen untuk BN di selatan tanah air. Video ucapannya menyeru guru menyokong BN ada disiarkan dalam blog ini.

Tidak cukup dengan peranan pegawai tinggi kerajaan, begitu juga segala macam media yang dikuasai BN, kini guru pula digesa menjadi jurucakap BN. Tidak mustahil sedikit masa lagi, BN akan menyeru lebih 1.2 juta kakitangan awam berkempen untuk BN.

Dalam hal ini, Muhyiddin dan pemimpin BN perlu tahu perbezaan peranan mereka sebagai Menteri dan peranan mereka sebagai pemimpin BN. Begitu juga, BN perlu tahu perbezaan duit poket BN dengan duit kerajaan dan duit rakyat yang mencarum di KWSP.

Tuntasnya, kalau terdesak sangat janganlah tunjuk secara terang-terangan kepada orang ramai. Malu!



,

Khamis, 23 Jun 2011

Pesanan untuk Jamil Khir & Che Mat Ali: Salah Guna Wang Zakat Dosa BESAR!!!

 
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya berkata adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi mereka yang menyalahgunakan wang zakat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membiayai kos guaman Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Menurut Hashim, sumber baitulmal terdiri dua kategori iaitu sumber zakat dan sumber am. Sekiranya daripada sumber am, wang tersebut boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan mengikut pengurusan baitulmal.

Namun pengurusan baitulmal atau majlis agama, katanya, tidak boleh menggunakan wang zakat bagi tujuan untuk perbelanjaan selain bantuan kepada golongan asnaf.

“Kalau betul, ia tak sepatutnya berlaku kerana duit zakat ini adalah untuk perbelanjaan untuk asnaf yang lapan, yang diberikan kepada mereka yang patut dapat.

“Kalau salahguna wang zakat, itu adalah satu salahguna kuasa. Maknanya tidak ada amanah kepada Allah. Jika pembiayaan untuk bayaran peguam masuk asnaf yang mana?,” ujarnya ketika ditanya Keadilandaily.com.

Asnaf yang lapan terdiri daripada golongan miskin, amil, muallaf, riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang muslim), fisabillillah (Orang yang berjuang kerana Allah) dan Ibnus Sabil (musafir).

Tambah ulama terkenal ini, penyelewengan wang zakat yang diberikan kepada selain golongan tersebut merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam dan perlu diambil tindakan.

“Wang zakat dijelaskan di dalam Al Quran perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Ia tak boleh dibelanja sesuka hati, tidak boleh diambil oleh penguasa dan pihak bertanggungjawab menguruskannya.

“Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar,” katanya lagi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution semalam mendedahkan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan diguna bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Ia dikatakan bagi membiayai kos guaman dua individu berkenaan kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam, yang mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

P/s: Kalau saya MALU! Tak tahu di mana nak sorok muka!!!


,

Rabu, 22 Jun 2011

Jamil Khir, Pengarah Jawi Belasah Wang Zakat Biaya Kos Guaman


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mempersoal salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan.

Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali. Itu dari segi tata kelolanya, jelas (salah) ,” kata Saifuddin ketika sidang media di parlimen hari ini.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu. 
Dari segi undang-undang yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara untuk menyiasat,” kata Saifuddin

P/s: Karang surat permohonan, kemudian lulus untuk diri sendiri...!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH