Ketua Pengacau Rumah Ambiga Ahli UMNO dan Rakan Baik Noh Omar
[FMT] PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunos yang menganjurkan protes bernama Bersih 4.0 pada hari Khamis dan Jumaat adalah ahli Umno.
“Jamal ialah ahli Umno bahagian Tanjung Karang”, kata pegawai khas Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman.
Ahmad yang juga bekas ketua bahagian Umno Selayang turut menambah bahawa Jamal rapat dengan Noh.
Jamal, 41, mula mendapat perhatian media pada minggu lepas apabila beliau mengumumkan kepada media bahawa Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur akan menganjurkan protes di dalam bentuk pasar malam pada hari Khamis dan Jumaat ini di hadapan rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk S Ambiga di Damansara, Kuala Lumpur.
Protes itu dianjurkan untuk mendapatkan ganti rugi kerana para peniaga terpaksa menutup premis perniagaan mereka pada 28 April lalu ekoran dari protes ‘duduk dan bantah’ Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Jamal memiliki 25 buah syarikat perniagaan.
Beliau yang memiliki rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan mempunyai banyak cawangan khususnya di Lembah Kelang.
P/s: Patutlah menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia!!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.