[Gambar] Ketua "Pengacau" di luar Kediaman Ambiga Pandu Ferrari, Miliki Kedai Ikan & Restoran Ikan Bakar
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan.
Katanya, mereka juga akan meneruskan rancangan untuk berniaga di kawasan lorong tersebut walau tanpa kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Katanya, mereka akan bertindak sedemikian memandangkan BERSIH juga mengadakan perhimpunannya pada 28 April tanpa kebenaran pihak berkuasa.
"Kita akan teruskan walaupun DBKL tak beri (kebenaran). Kita lukis petak pada hari ini pun untuk tunjukkan yang kami bersungguh-sungguh untuk buat perniagaan di sini," katanya sambil menambah setiap peniaga perlu membayar RM100 untuk satu tapak.
"Esok kita akan membuat permohonan di DBKL pada pukul 10.30 pagi. Selepas berjumpa dengan Datuk Bandar, di depan bangunan itu juga kita akan membuat cabutan tapak dan juga akan membida tapak di hadapan rumah Ambiga yang harganya bermula RM2,000.
"Saya yakin, harga tapak itu akan tinggi. Tujuan kita membida tapak itu adalah bagi menampung kos majlis bertindak ini. Kami tak ada duit tabung," kata Jamal lagi.
Beliau ditemui pemberita ketika hadir bersama kumpulan yang hadir untuk menanda petak gerai berkenaan hari ini.
Katanya lagi, kumpulan 60 peniaga itu juga merancang untuk terus "berkampung" selepas demonstrasi dengan membuka gerai itu, sehinggalah tuntutan mereka mereka dipenuhi.
Tindakan itu akan diteruskan sehingga Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjawab mengenai kerugian yang didakwa dialami peniaga berkenaan.
"Kalau pada 24 dan 25 haribulan tak ada pihak yang jawab siapa yang bertanggungjawab untuk ganti kerugian peniaga pada BERSIH 1.0, 2.0, dan 3.0, kita akan berkampung di sini dan akan berkhemah sama macam pelajar yang tuntut PTPTN dimansuhkan.
"Kita akan terus berkampung sehingga ada pihak yang jawab," katanya yang menganggarkan seramai 10,000 akan hadir dalam demonstrasi "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3" itu.
Kumpulan itu merancang untuk membuka gerai bagi menjual pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit dengan sasaran untuk mendapatkan pulangan antara RM300 hingga RM500 sehari.
Selagi geng ini membuat kacau di kediaman Ambiga, JOM BOIKOT segala perniagaan dan premis yang ada kaitan dengan malaon ini.
BOIKOT Rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. Baca di sini.
BOIKOT 30 buah Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) yang dikendalikan oleh Syarikat Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. Baca di sini.
Jom pakat ramai-ramai BOIKOT segala premis yang ada kaitan dengan malaon dan gengnya!
Yeahhh, jom boikot perniagaan Malaon ni. Jgn beli ikan kat Kir1m, jgn makan kat Sekinchan an Ikan Bakar, buat membazir duit aje. daripada berabis duit makan kat kedai dia, baik aku makan ikan bakar yg dijual di gerai tepi jalan kat area aku!!!!
Comment by Militia Buruh @ Selasa, Mei 22, 2012 4:55:00 PGTuan Tanah, restoran Sekinchan Ikan Bakar tu lokasinya kat Jalan Masjid India ke? Adakah restorannya dan kedai KIR1M miliknya terletak di situ, dan kerugian sebab tutup masa BERSIH 3.0 kerana takut gas pemedih mata dan air kimia mencemarkan kelazatan ikan-ikannya.
Boikot jgn tak boikot!!!!! Poyo tahap cipan punyer malaon ni. Boikot habis2 sampai pokai perniagannya. Kalau boleh, ahli2 PR yg ada kepakaran memasak ikan bakar dan menangkap ikan perlu membuka perniagaan ikan bakar dan kedai ikan murah beramai2 kat depan restorannya, bagi takde siapa2 beli ikan kat kedainya yg mahal itu.
p/s: Siapa suruh tak bukak kedai masa Bersih 1,2, dan 3. kalau diorg bukak time tu, boleh untung juta2. Bukaklah waktu pagi dan tutup kedai tu sebelum kol dua petang, bukannya susah pun. Tgk kedai mamak dekat dgn Masjid India tu, masa pagi bersih 3.0, bukan main ramai lagi dtg sarapan kat kedai tu, sesak macam ikan sardin.
Lagi2 yg bukak kedai kain dan cenderahati, brgn korg tu takkan tercemar dek terkena gas pemedih mata, apasal tak bukak pagi tu dan tutup sebelum 2 Ptg.
Pernah makan sekali kat Bandar Botanik Klang....layanan memang teruk....nasi lemak ayam 2 teh ais 2 RM 25.00 mahal gila....Teh ais plak susu expired....First and the last aku pergi situ.....Sekarang Sekinchan Ikan Bakar Bandar Botanik dah tutup
Comment by limps666 @ Rabu, Mei 23, 2012 10:24:00 PGada lg bisnes die..kedai kereta mewah IBM di pahang, kedai kereta mewah jugak kt genting kelang iaitu IKTIKADRAYA.
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mei 23, 2012 5:26:00 PTGBOIKOT!...BOIKOT!...BOIKOT!...
Comment by Akmal @ Rabu, Mei 23, 2012 10:28:00 PTGOooo..hri tu selisih dgn dia kat petrol pam selayang..blagak nak mampuih..rupa2 nya hang tauke sekincan ikan bakaq..sumpah aku x p dh paih nie..
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mei 23, 2012 11:09:00 PTGMelayu dgn Melayu pandai lak boikot...
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Mei 24, 2012 12:21:00 PGKapal Singh (1 Singh) kata LANGKAH MAYAT SAYA DULU.... mmmm.... Presiden pun terus tukar arah perjuangan???
HIPOKRIT!!