Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 28 Mei 2012

[Berita Baik] Skandal Scorpene: Imuniti TIDAK HALANG Haji Najib Dibicarakan di Perancis



Sebelum ini, Tian Chua di Lobi Parlimen mendakwa Haji Najib mungkin terlepas daripada menjadi saksi di Mahkamah Perancis kerana memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri. Namun, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata sebaliknya. Lanjut di bawah ini:

[KD] KUALA LUMPUR 28 Mei: Memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri tidak dapat menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada dibicarakan di Perancis atas penglibatannya dalam skandal rasuah Scorpene.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, Najib merupakan saksi penting kerana terlibat dalam pembelian kapal selam itu ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

“Imuniti bukan sesuatu yang mutlak. Ia bergantung kepada asas jenayah yang dilakukan. Ia perkara yang sangat subjektif,” katanya pada taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya semalam.

Beliau mengulas soal imuniti Perdana Menteri dan hubungan kedaulatan antara kedua negara yang dikatakan bakal menghalang Najib sebagai saksi di Tribunal Paris Grande de Instance.

Mengulas bidang kuasa Mahkamah Perancis, Cynthia berkata, mahkamah negara itu akan mengeluarkan sapina kepada saksi sebelum mengeluarkan waran tangkap di Kesatuan Eropah.

Beliau berkata, pihaknya percaya Abdul Razak Baginda – kenalan rapat Najib dan pemilik Perimekar Sdn Bhd akan dipanggil sebagai saksi pertama selewat-lewatnya Jun atau Julai ini.

“Berdasarkan siasatan, Abdul Razak akan menjadi saksi utama. Perbicaraan terhadap saksi akan dilakukan di perbicaraan terbuka,” katanya.

Beliau turut menambah, selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru.

Ia direkodkan sebagai Doc 87, iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib bernilai RM3 bilion daripada DCNS- syarikat pembuat kapal selam berkenaan.

Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro36 juta (RM114 juta).


P/s: Kiriman menarik tentang Skandal Scorpene di sini.


Kongsikan/Sebarkan di Facebook/Twitter/etc. Berita ini tidak akan disiarkan di media perdana.




 

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH