Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Najib lwn Anwar. Papar semua catatan

, , , , ,

Rabu, 17 April 2013

Seperti Dijangka, Najib Kecut Berhadapan dengan Anwar





Berita Berkaitan:

[MK] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya pada malam ini.


Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih belum memberikan maklum balas positif.

"Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin forum malam ini," kata Maria sewaktu dihubungi Malaysiakini.

BERSIH mempromosi forum 'Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' itu bagi membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing.

Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. 

Antara pemimpin BN yang sering tampil untuk menyertai program debat dan forum bersama pemimpin Pakatan sebelum ini adalah tokoh mudanya seperti Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sementara Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan sementara, Gan Ping Sieu.

Najib, selaku pemimpin tertinggi BN bagaimanapun tidak pernah menyahut cabaran Anwar untuk berdebat namun masih berpeluang untuk berbuat demikian pada malam ini.

Beliau bagaimanapun dijadualkan hadir ke majlis pelancaran manifesto BN Selangor di Shah Alam pada malam ini.


, , , ,

Isnin, 1 Oktober 2012

Najib Kecut, Anwar Kemuka Data Bajet BN 2013 Defisit RM22 Bilion, Hutang Negara RM8 bilion


Hasrat Anwar untuk berdebat dengan Najib di Dewan Rakyat  atau sekurang-kurang melihat Najib duduk mendengar perbahasan Bajet 2013 tidak kesampaian apabila Najib berserta menteri kabinetnya tidak hadir pada sesi Perbahasan Bajet 2013 yang diadakan bermula 11.30 pagi ini.

Debat di luar Dewan Rakyat pun kecut, ajak berdebat di dalam Dewan Rakyat, gelanggang yang didominasinya pun kecut. Jadi, di mana Najib berani? Di rumahnya? Jika begitu, ajaklah Anwar berdebat di rumahnya!


 Berita Berkaitan:

Anwar Bidas PM Tiada di Dewan Ketika Bajet Dibahas
[MK] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang,” kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.

Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.

“Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik,” katanya.

Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.

“Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?” kata Anwar.


Defisit RM22 Bilion dalam Bajet 2013, Hutang Negara RM8 bilion
 
[KD] KUALA LUMPUR 1 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berlaku defisit sebanyak RM21.6 bilion dalam perbelanjaan Bajet 2013 disebabkan banyak ketirisan urus tadbir negara.

Katanya, peningkatan bayaran hutang paling ketara sebanyak 56 peratus atau meningkat ke RM8 bilion berlaku sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Kewangan,

“Jika diperhatikan, sejak Najib menjadi Menteri Kewangan (2009-2013), saya khuatir keghairahan berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan.

“Contoh peningkatan sejak 2009 hingga 2013…(ialah) RM8 bilion (yang diguna) untuk membayar khidmat hutang telah meningkat sebanyak 56 peratus. Subsidi pula dari 2009 hingga 2013 meningkat sebanyak (RM)17.2 bilion iaitu 85 peratus.

“Bunyinya lunak untuk kebajikan, tetapi sebahagian besar subsidi ini hanya dinikmati oleh kroni mereka, tidak sampai ke golongan sasaran,” katanya pada perbahasan Bajet 2013 di Parlimen hari ini.

“Ini bermakna jumlah pinjaman baru mengikut data Bank Negara sejak 2009 hinga 2013 adalah (RM)184 bilion,” jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Menurutnya, perbelanjaan perbekalan dan perolehan melonjak 28 peratus kepada RM15 bilion, berbanding hanya RM7 bilion jika ia dilakukan melalui tender terbuka.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketirisan tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat terutama untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata, perancangan ekonomi perlu kepada unjuran yang munasabah, kemudian dinilai sama ada sasaran itu berjaya dicapai atau sebaliknya.

Malangnya, kata Anwar, sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, unjuran bukan sahaja tidak berjaya dicapai, malah tersasar jauh.

Beliau turut mengecam pendekatan ekonomi Umno BN yang lebih mengutamakan golongan maha kaya.

Katanya, pendekatan ekonomi harus adil dengan memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap keluarga.

“Harta tidak seharusnya berlegar kepada orang-orang kaya. Sebab itu, Pakatan Rakyat menekankan perancangan ekonomi perlu beralih daripada mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata kepada sasaran isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan setiap keluarga menjelang pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Paras pendapatan isi rumah keluarga menjadi sasaran ekonomi utama untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dari arus pembangunan,” jelas Anwar.

Pakatan unjur garis panduan tingkat ekonomi

Beliau turut menggariskan beberapa pendekatan ekonomi dalam jangka panjang yang menjamin peningkatan pendapatan melalui sasaran seperti berikut:

1. Pertumbuhan ekonomi perlu dijana oleh usahawan kecil dan sederhana yang membentuk kelas perniagaan terbesar dalam ekonomi bukan hanya satu dua tauke besar yang membolot sebahagian besar ekonomi.

2. Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada nilai tambah yang dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan kepakaran kerana peluang pekerjaan mempunyai pengaruh besar kepada ekomomi.

3. Peranan kerajaan dalam menjana ekonomi perlu dibatas kepada usaha mencambahkan bidang baru yang memesatkan kegiatan ekonomi secara strategik, bukan terlibat sama dalam kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil serta pengusaha lain seperti yang berlaku oleh Khazanah Nasional.

Manakala pendidikan dan kemahiran yang khusus untuk berdepan dengan persaingan global adalah fokus kerajaan sebagai tangungjawab asas kepada rakyat untuk memesatkan ekonomi.

Dasar khusus yang menjamin paras gaji yang saksama juga perlu digubal demi menjamin kesejahteraan rakyat dan mengambil kira rakyat berpendapatan miskin dan rendah.


Anwar Bahas Bajet 2013 Tanpa Kehadiran Najib

 [SH] KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membahaskan ucapan Bajet 2013 tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketika memberi reaksi ke atas ucapan Bajet 2013 Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau mencabar Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar hadir ketika beliau membahaskannya, hari ini.

Anwar, anggota Dewan Rakyat pertama membahas Bajet 2013 selaku Ketua Pembangkang.
 


, , ,

[Kemas Kini] Anwar Cabar Najib DEBAT Belanjawan 2013



KUALA LUMPUR 28 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini.

“Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan.

 
“Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan.

“Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh.

“Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan),” tegasnya.

Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku.

Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan.

“Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat.

“Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran,” tegas Anwar.



P/s: Entah berapa kali Anwar mencabar Najib untuk berdebat. Malang, setiap kali dicabar, Najib menikus, takut untuk berdebat! Cakap berdegar-degar, apabila diajak berdebat terus kena "demam"!

Anwar akan membuat perbahasan Belanjawan 2013 di Parlimen 11:30 pagi  (Isnin, 1 Oktober 2012). Adakah Najib akan muncul di Parlimen?

Kemas Kini:

tianchua profile
tianchua Parlimen: Ketua Pembangkang @AnwarIbrahim mula berucap membahas #Bajet2013. Kerusi2 jemaah menteri kosong, tiada seorang menteri pun hadir. 6 minutes ago · reply · retweet · favorite
n_izzah profile
n_izzah PM @NajibRazak tiada dalam dewan, sedang Ketua Pembangkang DS @anwaribrahim memulakan ucapan bahas BajetBN dan kemuka
 
 
P/s: Memang Najib TAKUT!
 
 
 

, , ,

Selasa, 26 Jun 2012

"Dia nak debat ke tak nak?..." - Anwar Ibrahim


[MK] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dengan sinis mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin berdebat dengannya atau tidak.

Anwar berkata, kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan bahawa debat bukan satu budaya juga merupakan helah untuk mengelak daripada berdebat dengan beliau.

"Dia nak debat ke tak nak? Dia anjurkan debat-debat di seluruh sekolah. Hadiah (yang diperolehi ialah piala) perdana menteri. Debat-hadiah-perdana menteri. Di sekolah minta anak-anak untuk berdebat. Hadiahnya (piala) perdana menteri. Tapi perdana menteri kata bukan budaya. Habis yang diajar di sekolah itu apa?

"Itu cuma helah nak elak untuk berdebat," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan pidato aspresiasi di majlis pelancaran dan diskusi buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat malam tadi.

Majlis pelancaran dan diskusi buku hasil tulisan Datuk Dr Siddiq Fadzil itu juga turut dihadiri  Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Jumaat lalu, Najib terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan Anwar  untuk mengadakan debat.

Katanya, debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengatakan perbahasan di Parlimen ada unsur perdebatan, Anwar menafikan perkara tersebut.

"Debat... bila Datuk Najib datang? nak debat atau tidak. Bagi alasan Parlimen ada debat. Tak ada.

"Kedua ini bukan budaya Melayu. Maki orang, pukul orang, bunuh, hina itu budaya Melayu ke? Guna media untuk aibkan orang itu budaya Melayu?" soal Anwar. 


P/s: Usahlah mencabar pengecut!
 
 

, , , ,

Khamis, 22 Mac 2012

[PANAS] Anwar Sedia DEBAT dengan Raja Petra dan Najib di Pentas Antarabangsa Anjuran Julian Assange


[KD] KUALA LUMPUR 22 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berdebat dengan blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran pengasas Wikileaks Julian Assange.

Beliau berkata, Assange telah menghubunginya melalui twitter untuk menganjurkan debat antara Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan sendiri oleh Wikileaks.

Saya berkata saya bersetuju dengan debat yang ingin dianjurkan itu. Sebelum ini saya diwawancara Julian Assange tetapi Raja Petra mahu menumpang. Saya kata kepada Julian saya hanya bersetuju dengan permintaan asal sahaja.

“Oleh kerana Julian Assange melihat Raja Petra dan Najib seolah-olah berminat, beliau ingin menganjurkan debat antara kami bertiga,”
katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini Anwar diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.

Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.

Anwar kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.

Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.

Raja Petra turut disokong oleh Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa Anwar tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan bloger itu.

Anwar berkata, debat yang akan dianjurkan oleh Wikileaks itu akan diadakan secara terbuka dan akan disiarkan secara langsung seluruh dunia.

Bagaimanapun beliau berkata, tarikh untuk program debat itu masih belum ditetapkan kerana Julian Assange perlu mendapatkan maklum balas daripada Najib dan Raja Petra terlebih dahulu.

“Kalau kedua-dua mereka bersetuju saya bersedia berdebat pada bila-bila masa,” kata Anwar.



P/s: Debat akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia. Beranikah Najib menerima pelawaan Julian Assange, sedangkan cabaran debat di dalam negara pun tidak berani disahutnya? Adakah dia akan demam berminggu-minggu untuk mengelakkan diri untuk menjawab pelawaan tersebut?



, , ,

Selasa, 21 Februari 2012

Kerana Mahu Menjaga Air Muka Najib, JUBUR Saiful Diperalatkan Lagi!!!


Seorang demi seorang pemimpin UMNO, termasuklah Che Det, mengeluarkan kenyataan menjaga air muka Najib yang sehingga ini kecut, takut untuk berdebat dengan DSAI. Kata Che Det debat dengan Anwar hanya membuang masa.

Tetapi kenyataan yang paling bodoh/lawak/tidak masuk akal setakat ini datang daripada SU Agung UMNO yang mengalihkan sasaran debat kepada Saiful Bukhari. Letih otak memikirkan logik atau keperluan debat antara Anwar dengan Saiful. Agak-agaknya apa topik debat yang mungkin dipilih oleh Saiful dan Anwar? Adakah "Anwar Tidak Meliwat Saiful" atau "Apakah Jenama Pelincir yang Digunakan oleh Anwar?". Kenyataan SU Agung UMNO ini amat memalukan UMNO dan seperti biasa bertujuan untuk menjaga air muka bos mereka.

Katanya: “Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat diadakan antara Datuk Seri Najib dan Anwar, tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri, iaitu Mohd Saiful."
 Katanya lagi: “Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan kerana pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan."

“Kalau mahu berdebat pun, bukan Perdana Menteri lawan Anwar tambahan pula, Datuk Seri Najib sebagai pemimpin negara tidak mempunyai masa untuk melayan tuntutan sedemikian kerana sebagai pemimpin yang bertanggungjawab beliau akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kesejahteraan dan keselesaan rakyat dan negara.” 

Debat antara Anwar dengan Najib perlu diadakan untuk memberikan peluang kepada rakyat menilai hujah kedua-dua pemimpin tentang visi dan misi mereka berkaitan dengan ekonomi, kepimpinan, dan kemampuan kedua-dua belah pihak menyelesaikan beberapa masalah ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan sebagainya. Mengapa Najib, bukannya pemimpim UMNO yang lain atau Perkasa? Logik mudahnya, Najib ialah PM merangkap Ketua Kerajaan BN, manakala Anwar ialah Ketua Pembangkang. Apa yang mampu diungkapkan oleh Ibrahim Ali untuk menjawab isu nasional, apa autoriti yang ada pada Ibrahim Ali atau pemimpin yang lain untuk membicarakan soal bajet negara, ekonomi, politik selain Najib yang memegang kuasa?

Debat juga wajar dijalankan antara kedua-dua pemimpin ini bagi menjawab isu "sokongan kepada Israel" yang hebat dimainkan oleh pemimpin UMNO dan media pencacai. Rakyat ingin menilai pihak yang benar-benar bersekongkol dengan Israel. Siapa yang benar-benar menyokong Israel? Jika UMNO terang-terang memutarbelitkan kenyataan DSAI, maka berilah peluang kepada beliau mempertahankan hujahnya melalui debat.
Kenyataan yang kurang cerdik tidak sepatutnya diulas panjang-panjang.


P/s: Sampai bila pemimpin UMNO akan menjaga air muka Najib? Sampai bila jubur Saiful akan terus diperalatkan untuk kepentingan politik UMNO? Namun mereka kena ingat, setiap kenyataan yang dibuat, rakyat akan menilainya. Jangan ingat rakyat sebingai mereka!



, ,

Isnin, 20 Februari 2012

Apa Alasan "Bodoh" Ezam Debat Najib-Anwar Tidak Wajar Dijalankan?



Saya petik:

[SH] KLANG - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Nor berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang “bahaya.”

Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara.

"Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas berucap pada majlis perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam.

Beberapa pihak mencadangkan satu debat diadakan antara Najib dan Anwar ekoran debat disertai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin.

Selain itu, Ezam berkata, secara umumnya, debat merupakan satu perkara yang bagus tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik.

Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara.

"Debat akan berguna jika kita tampilkan orang-orang yang bertanggungjawab. Kalau macam Anwar ini, tak payah la. Debat ini sama seperti benda lain. Ia boleh diadakan dan tidak boleh diadakan. Bergantung pada faktor," katanya.



P/s: Apalah bangangnya alasan Si Ezam ini? Macam ini pemikiran seorang senator? Orang macam ini UMNO jadikan sebagai "pahlawan perang"?




,

Sabtu, 28 Januari 2012

[PANAS] Debat: Anwar SINDIR Najib Tahap Maksimum di Twitter



Saya petik:

[MK] Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat cabaran berdebat kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak - kali ini menjanjikan untuk memberi lebih masa kepada perdana menteri.

"Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit," katanya di Twitter.

Anwar yang juga ketua umum PKR pemimpin, telah berkali-kali mencabar Najib dan yang paling baru mencabarnya berdebat mengenai dasar-dasar negara, sewaktu Persidangan Pakatan Rakyat yang ke-3 di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari.

Setakat ini, Najib tidak pernah menyambut cabaran-cabaran yang dibuat oleh Anwar itu.

Bagaimanapun, pada bulan Januari tahun lalu, Najib berkata beliau tidak takut untuk berdebat Anwar tetapi berkata ketua pembangkang itu hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan kes liwat terhadapnya dan isu-isu peribadi yang lain.

Pada 9 Januari lalu, Anwar telah dibebaskan daripada pertuduhan liwat tetapi pihak pendakwaan memfail rayuan terhadap keputusan tersebut.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran.

"Ia mempamerkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno/BN wajib menjelaskannya," tambah beliau.



P/s: Kalau TM jadi Najib, tak tahu nak letak muka di mana. Malu gila! Najib tak ada rasa malu ke?
 
Sebelum ini, Najib pernah menyindir Anwar dengan mengatakan bahawa Ketua Pembangkang itu akan demam jika berdebat dengannnya.

Katanya, "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,”

Kah kah kah!



,

Rabu, 25 Januari 2012

Apa Alasan UMNO Tolak DEBAT Najib-Anwar?


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Cadangan debat terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.

Menurutnya, Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.

“Di sini, banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.

“Biarlah memberi ceramah secara berasingan. Rakyat boleh membuat penilaian tersendiri apakah setiap ucapan menerusi ceramah itu dapat dilaksanakan atau tidak kedua-dua pemimpin ini.

“Lagi pula, Anwar sering dikaitkan dengan isu peribadi. Jadi kebarangkalian untuknya dikaitkan di dalam debat adalah tinggi, ditambah dengan isu peribadinya yang masih belum selesai. Kerana itu saya katakan, tidak perlu adakan debat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, Dewan Rakyat adalah platform sesuai digunakan semua pemimpin untuk mengutarakan pelbagai isu.

“Ini medium yang baik. Ia boleh dikategorikan sebagai debat kecil, di mana setiap pertanyaan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang diajukan dan disertakan dengan jawapan sama ada lisan mahupun bertulis.

“Jadi, Dewan Rakyat sudah mempertemukan semua pemimpin dalam keadaan terbuka dan boleh membidas antara satu sama lain,” katanya.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim.


P/s: Alasan penakut. TM bersetuju dengan pendapat tukang komen di SH, iaitu UMNO kalau bab bersumpah nombor satu di depan, kalau ajak berdebat untuk kebenaran nombor satu di belakang. Cakap saja berapi-api!


,

Selasa, 24 Januari 2012

Profesional Mahu Debat Antara Anwar dengan Najib, Masalahnya Najib "Penakut"!

 
Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, demikian menurut firma kajian pendapat awam, Merdeka Center.

Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim kepada Sinar Harian Online.

Kedua-dua Anwar dan Najib sudah memasuki gelanggang politik negara lebih empat dekad lalu.

Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada awal 2009 dan akan mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pertamanya dalam waktu terdekat. Anwar, bekas timbalan perdana menteri, mengetuai Pakatan Rakyat (PR) awal 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada Ogos tahun yang sama.

Permintaan dan undangan agar kedua-dua pemimpin itu berdebat bukan perkara baru. Ia pernah menjadi perhatian tahun lalu.

Dan, pada pertengahan bulan ini, Anwar yang juga Ketua Umum PR mengulangi cabarannya kepada Najib, yang juga Pengerusi BN untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan BN serta PR.

Pelawaan itu dibuat kira-kira seminggu selepas Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.

"Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pemimpin pada Konvensyen PR pada 14 Januari lalu.

Anwar berkata, PR juga ingin mendengar penjelasan atau jaminan Najib mengenai amalan demokrasi itu dengan memastikan pilihan raya umum akan datang bersih, dan adil tanpa sebarang penipuan sama sekali.

Mengulas lanjut isu debat ini, Ibrahim juga berkata, keinginan itu dilahirkan selepas wujud pandangan dan hebahan mengenai perkara itu baru-baru ini, lebih-lebih lagi ketika negara bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum.

"Saya pun berpandangan bahawa kita perlu bergerak ke arah itu. Saya berharap akan ada pihak yang akan menganjurkan debat-debat melibatkan pemimpin negara supaya rakyat dapat menilai kemampuan dan kebolehan pemimpin menawarkan dasar dan pendekatan pengurusan dan pentadbiran terbaik kepada negara," katanya lagi.


P/s: Sudah berkali-kali DSAI mengajak/mencabar Najib berdebat tentang pelbagai isu, namun sehingga sekarang ajakan dan cabaran itu tidak disahut oleh Najib. Kalau tidak berani sahut, jangan marah kalau orang gelar dia penakut!  
 
Najib, kalau ajak minum teh bolehlah!



,

Ahad, 23 Januari 2011

[Gempar] Apa??? Najib Bapa....Bapa...Bapa...Anak...???

Siapa yang terlondeh sekarang?
Tak sanggup saya sebut. Biarlah artikel MSO yang boleh dibaca pada pautan di bawah ini mencetuskan persoalan tersebut.

Baca di pautan ini:

Benarkah Najib Bapa Anak Haram?



,

"Pengecut": Anwar Sanggup Debat Isu Peribadi. Tunggu Apa Lagi?

Oh ye ke?! Jika begitu uar-uarkanlah kepada umum!

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya (juga) nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuuya, jawab. Saya nak tanya, saya tak mahu buat tuduhan. (Kita) nak tengok siapa kena londeh."- DS Anwar Ibrahim
 

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

"Pengecut": Anwar Sanggup Makan Panadol! Tunggu Apa Lagi?


Saya petik:
[MK] Memulakan kempen pertamanya dalam pilihan raya DUN Tenang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rancangan 100 Pakatan Rakyat sekiranya menawan Putrajaya.

Mengulas sindiran Najib bahawa Anwar akan demam, dengan nada tegas, ketua pembangkang membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu.

"Kenapa (beliau) tidak mahu (berdebat)? Kenapa tidak berani? Kenapa menjawab dengan menghina saya. Oh, kalau saya jawab, saya ada maklumat, saya akan londehkan Anwar dan demam," katanya Anwar mengajuk kenyataan Najib.

"Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," katanya sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya di Felda Tenang malam semalam.

Malah katanya, sekiranya Najib yang juga presiden Umno memilih tidak bercakap berkaitan ekonomi dan menyentuh peribadi, beliau juga bersedia menyahut cabaran tersebut.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya (juga) nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuuya, jawab.

"Saya nak tanya, saya tak mahu buat tuduhan. (Kita) nak tengok siapa kena londeh," sindirnya disambut dengan gelak ketawa kira-kira 250 hadirin yang hadir di Felda Tenang.

P/s: Susah nak ajak orang "pengecut & bacul" berdebat!

,

Khamis, 20 Januari 2011

Bernama PUTAR BELIT!


–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato’ Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya. 

Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul “SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG” – ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

Saya petik berita Bernama yang mengelirukan itu di Mstar. Berita asal di Bernama mungkin sudah dipadam.



,

Selasa, 18 Januari 2011

Cabaran ke-2: Jangan Biar 1Malaysia Menganggap Anda PENGECUT & BACUL!

Anda demam, PM?

Cuba baca kenyataan Najib yang saya petik dari Bernama:
Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

"Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,"
katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak, di sini pada Selasa.

Najib berkata Anwar seharusnya membereskan janji seperti menubuhkan kerajaan baru 16 Sept dan masalah "peribadinya" ekoran kes liwat yang dihadapinya daripada asyik mencabar beliau berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang.

"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.

"Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan)," katanya.

Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana Barisan Nasional akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

Hari ini, DSAI menghantar surat mengajak (mencabar) PM 1Malaysia berdebat buat kali KEDUA. Hari ini juga Najib mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar mungkin DEMAM jika berdebat dengannya. Wow!

Ayuh Najib, DSAI mengundang anda buat kali kedua! Kita lihat siapa yang akan demam.

Saya ulang, "Jangan biar 1Malaysia menganggap anda PENGECUT & BACUL!"

, ,

Rabu, 12 Januari 2011

[Video] Akhirnya, Najib Bagi Jawapan DEBAT...


Baru tengah duduk berehat sambil menonton berita Astro AWANI muncul berita yang memaparkan PM Najib di majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki. Apabila ditanya tentang cabaran debat Anwar, Najib akhirnya tanpa segan silu rela membiarkan orang ramai melabelkan beliau sebagai "penakut" selepas berdolak-dalik untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang itu berkaitan dengan Program 100 Hari Pakatan Rakyat dan isu ekonomi yang lain. Kata Najib, "DEBAT TIDAK BERHASIL". Terperincinya Najib memberitahu pemberita, "Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat."

Dalam pada itu, Najib tidak akan menghalang jika ada pihak lain dalam UMNO/kerajaan untuk berdebat dengan Anwar. Berita AWANI kemudiannya menyiarkan kenyataan  KJ yang kelihatan angkuh menyatakan kewajarannya berdebat dengan Anwar. Nada KJ hari ini jauh berbeza tatkala dia mengumumkan bahawa dia tidak akan mempertahankan kerusi MP di Rembau baru-baru ini. Sudah bertukar fikirankah KJ?/www.duniacacamarba.blogspot.com




Sebelum itu, Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat PKR menyatakan, “Saya mencabarnya kerana beliau (Najib) berkata kita memperolokkan rakyat, maka sebaiknya Najib sebagai seorang tokoh negara tampil secara berani menyahut dan mempertahankan hujah masing-masing."





* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. 




Kemas Kini (13/1):
* Jemputan rasmi dihantar, Khairy ajak Anwar debat
* Khairy patut debat dengan saya bukannya Anwar, Saifuddin
* Anwar stands by debate challenge but willing to accept conditions



, ,

Selasa, 11 Januari 2011

Anwar Ajak Najib Berdebat Isu Program 100 Hari. Siapa yang Mahu Menggantikan Tempat Shabery Kali Ini?


TMI melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berdebat secara terbuka berhubung dengan Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang menurut Putrajaya akan memufliskan negara.

Anggapan Najib itu dibidas oleh Anwar dengan berhujah bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat itu hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM19 bilion setahun berbanding RM51 bilion yang ‘dirampas’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu kroninya.

“Biar rakyat buat keputusan berdasarkan fakta, Perdana Menteri cabar kita dan tuduh kita,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Beliau (Najib) yang beri ulasan terbuka ini adalah pendekatan yang tidak bertanggungjawab,” kata Anwar yang mengulangi agar Najib tampil secara berani sebagai ketua kerajaan untuk mempertahankan hujahnya dan “beri ruang kepada kita untuk pertahankan hujah kita.”

Semalam Najib membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata selepas dikaji, pelan itu sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.

“Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.

“Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara,” kata Najib semalam.

Namun Najib mungkin lupa bahawa jumlah RM19 bilion itu samalah juga dengan nilai subsidi yang diberikan kepada syarikat IPP setiap tahun oleh Petronas.  Sedangkan Najib dari semasa ke semasa memotong subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia secara keseluruhan atas alasan untuk mengurangkan beban kerajaan, namun mempertahankan tindakan kerajaan untuk terus menghulurkan subsidi kepada syarikat kroni.

Jika dalam isu debat minyak Shabery sanggup menggantikan tempat PM, siapa pula akan menggantikan tempat Najib kali ini?/www.duniacacamarba.blogspot.com



Berita Berkaitan dengan Subsidi IPP:
[MK] ....Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.

Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.

“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.

Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.

Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing....

Sabtu, 24 April 2010

Apabila Mengajak Si "Aww" Berdebat!


Cerita debat antara pemimpin PR dan BN (aww!) ini sudah jemu diperkatakan sejak beberapa tahun ini. Macam-macam debat pernah dicadangkan untuk diadakan bagi menjelaskan sesuatu isu. Antara  debat yang pernah dirancang termasuklah debat isu harga minyak, debat isu Kampung Buah Pala antara Lim Guan Eng-Koh Tsu Kun, debat isu rasuah antara Husam-Zahid, debat isu kemelut politik Perak antara Zambry-Nizar Jamaludin, debat pemuda PR-pemuda BN, dan sebagainya termasuklah debat yang sepatutnya berlaku pada malam ini berkaitan dengan isu APCO-Israel antara Anwar dengan Najib.

Kesemua debat itu tidak pernah disahut kecuali, debat isu harga minyak yang berani disahut oleh Shabery. Biarpun berbuih-buih mulut menangkis hujah dan merapu dengan menyerang peribadi Anwar semasa berdebat, namun pujian harus diberikan atas keberaniannya berdebat dengan tokoh pembangkang. Yang lain? Tidak berani berdebat dan sanggup digelar orang "aww".

Di ruangan maya, bermacam-macam alasan diberikan oleh blogger pro-UMNO untuk mempertahankan pemimpin mereka. Kata mereka, ajakan debat ini hanya sandiwara, politik murahan, melariskan ceramah, taktik kotor pembangkang, dan sebagainya. Logikkah mereka memberikan alasan sedemikian demi melindungi kebaculan dan kedayusan pemimpin pujaan mereka? Kalau beginilah mentaliti dan hujah yang diberikan, malang sekali BN mempunyai barisan tentera siber yang bodoh dan kering akal yang hanya "pandai" bermain dengan tajuk pada kiriman walhal isi kiriman tersebut "kosong" demi menarik pengunjung ke blog mereka.

Walhal inilah pentas untuk pemimpin BN menegakkan hujah masing-masing jika mereka benar-benar yakin bahawa mereka berada di pihak yang benar. Biarkan rakyat menilai siapa yang bersalah dan siapa yang benar. Namun, pelbagai alasan bodoh yang diberikan untuk mempertahankan kebetinaan diri masing-masing dengan sokongan blogger yang pendek akal.

Persoalan hari ini: Adakah PM 1Malaysia akan menyahut dan seterusnya naik ke pentas untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang di  Stadium Kuala Kubu Baru pada malam ini? Berdasarkan laporan akhbar di bawah ini, berkemungkinan besar harapan rakyat untuk menilai hujah kedua-dua tokoh politik negara ini tidak kesampaian. Inilah yang berlaku apabila mengajak si "aww" berdebat!


Berkaitan:

Pilihan raya kecil Hulu Selangor: Tak perlu debat


[HM] HULU SELANGOR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Barisan Nasional (BN) tiada keperluan untuk berdebat dengan sesiapapun khususnya pembangkang.



Beliau berkata, debat adalah taktik pembangkang, sekali gus menunjukkan petanda bahawa mereka tertekan.


“Kalau kita kata tak payah, dia kata kita penakut...kita sudah debat secara terbuka. Mereka di sebelah sana walaupun tiada platform yang sama dengan kita di sebelah sini, mereka kata A kita sudah jawab B, mereka kata C kita sudah jawab D,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo 1Rela iaitu 1Platun, 1Kampung, 1Taman Perumahan di Kuala Kubu Baharu di sini, semalam.


Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan calon BN P Kamalanathan termasuk Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan Muhyiddin sendiri.


Debat yang dianjurkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menjemput Kamalanathan supaya berdebat dengan Zaid mengenai Isu Keselamatan Negara yang akan diadakan di Hulu Bernam malam ini.


Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata, kerajaan BN sudah berbahas dengan pembangkang dan memberi penjelasan yang tepat kepada pengundi.


“Bagi saya debat sudahpun berlaku dan penjelasan sudah kita buat, apa isu yang kerajaan tak bahas, dalam pilihan raya kecil, di Parlimen dan di mana-mana sesi pertemuan, yang penting adalah pengundi yang menentukan bukan saya, bukan Zaid,” katanya.


Mengenai kenyataan tokoh DAP Lim Kit Siang yang mengakui calon PKR Zaid menghadapi laluan yang sukar berbanding lawannya Kamalanathan, Muhyiddin berharap doa Lim itu menjadi kenyataan.


“Saya doakan kenyataan beliau jadi realiti,” katanya. — Bernama

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH