Anwar Ajak Najib Berdebat Isu Program 100 Hari. Siapa yang Mahu Menggantikan Tempat Shabery Kali Ini?
TMI melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berdebat secara terbuka berhubung dengan Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang menurut Putrajaya akan memufliskan negara.
Anggapan Najib itu dibidas oleh Anwar dengan berhujah bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat itu hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM19 bilion setahun berbanding RM51 bilion yang ‘dirampas’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu kroninya.
“Biar rakyat buat keputusan berdasarkan fakta, Perdana Menteri cabar kita dan tuduh kita,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
“Beliau (Najib) yang beri ulasan terbuka ini adalah pendekatan yang tidak bertanggungjawab,” kata Anwar yang mengulangi agar Najib tampil secara berani sebagai ketua kerajaan untuk mempertahankan hujahnya dan “beri ruang kepada kita untuk pertahankan hujah kita.”
Semalam Najib membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata selepas dikaji, pelan itu sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.
“Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.
“Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara,” kata Najib semalam.
Namun Najib mungkin lupa bahawa jumlah RM19 bilion itu samalah juga dengan nilai subsidi yang diberikan kepada syarikat IPP setiap tahun oleh Petronas. Sedangkan Najib dari semasa ke semasa memotong subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia secara keseluruhan atas alasan untuk mengurangkan beban kerajaan, namun mempertahankan tindakan kerajaan untuk terus menghulurkan subsidi kepada syarikat kroni.
Jika dalam isu debat minyak Shabery sanggup menggantikan tempat PM, siapa pula akan menggantikan tempat Najib kali ini?/www.duniacacamarba.blogspot.com
Berita Berkaitan dengan Subsidi IPP:
[MK] ....Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.
Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.
“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.
Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.
Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.
Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing....


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.