Ingat Kes Remaja Dibakar Hidup2? Berkemungkinan Kes "Bakar vs Bakar"
Saya petik:
[HM] KANGAR: Dua remaja yang melecur teruk selepas dibakar hidup-hidup disyaki terbabit dalam perbuatan khianat membakar kereta yang diletakkan di kawasan perumahan di Jalan Raja Syed Alwi, di sini, awal pagi kelmarin.
Sumber berkata, kenderaan Toyota SE hangus di bahagian enjin sebelum disedari pemilik rumah yang membuat laporan polis kira-kira jam 6 pagi kelmarin.
“Mungkin perbuatan mereka (remaja) membakar kereta berkenaan disedari pihak tertentu yang bertindak membalas dendam hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah akibat melecur keseluruhan badan,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan dua remaja berusia 17 dan 20 tahun terbakar hampir keseluruhan badan dipercayai disimbah cecair mudah terbakar oleh penyerangnya sebelum ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di hadapan sebuah rumah di Jalan Raja Syed Alwi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, remaja berusia 17 tahun itu parah apabila hampir 70 peratus badannya melecur, manakala rakannya 30 peratus melecur di belakang badan dan kaki.
Polis turut menemui motosikal Modenas yang hangus terbakar dipercayai digunakan mangsa serta kereta Toyota SE dengan bahagian enjinnya terbakar.
Sumber berkata, kejadian membakar hidup-hidup itu menarik perhatian penduduk Perlis kerana ia tidak pernah berlaku apatah lagi ada di kalangan orang ramai bertindak menokok tambah kes berkenaan.
“Serah kepada polis untuk menyelesaikannya dan kejadian sebenar akan diketahui dalam tempoh terdekat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintenden Nashir Ya, yang enggan mengulas lanjut kes berkenaan berkata, pihaknya belum mengambil keterangan daripada kedua-dua remaja berkenaan.
Katanya, remaja berusia 17 tahun yang melecur keseluruhan badan masih dalam keadaan kritikal.
P/s: Orang kata" Jahat dibalas jahat!"
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.