[Gambar] Polis KEJAM: "Meniarap supaya aku dapat tamatkan riwayat kamu" Bang! Bang! Bang!
Polis dipercayai detektif mengacukan pistol kepada dua lelaki yang tidak dikenali. |
Kejadian ini disaksikan oleh pengguna jalan raya yang lain. |
Kedua-dua lelaki yang tidak dikenali ditembak mati sebelum mayat mereka ditinggalkan di tengah jalan. |
Menurut saksi yang menyaksikan "eksekusi" itu, sebelum kesemua lelaki itu ditembak mereka terdengar pegawai polis itu meneriak "Meniarap supaya aku dapat tamatkan riwayat kamu". Detektif polis itu kemudiannya tanpa diduga telah melepaskan tembakan tepat di kepala lelaki-lelaki tersebut pada jarak dekat.
Detektif tersebut kemudianmya dikatakan telah meninggalkan kawasan kejadian setelah polis berpakaian seragam tiba di tempat kejadian.
Saksi yang mengambil foto-foto di atas memberitahu Daily Nation, "Saya sedang memandu menuju ke bandar dan ada tiga buah kenderaan di depan saya. Tiga orang (pegawai polis) melompat keluar dari sebuah kenderaan pacuan empat roda sambil mengacukan senjata ke arah sebuah kereta wagon. Tiga orang lelaki keluar dari kenderaan dengan tangan mereka diangkat di atas kepala. Mereka meniarap di atas jalan sebagaimana yang diperintahkan oleh polis." Saat itulah menurut saksi, polis detektif itu menembak mati kesemua suspek.
Sementara itu, pihak polis yang tiba di tempat kejadian memaklumkan kepada akhbar bahawa detektif polis tersebut bertindak atas "tip off". Sumber polis itu memberitahu akhbar,"Pegawai CID telah mengarahkan enam suspek berhenti, namun mereka enggan malah melepaskan tembakan ke arah polis. Ketiga-tiga lelaki itu adalah sebahagian daripada enam lelaki lain yang berjaya melarikan diri."
Penjelasan polis ini jelas bertentangan dengan dakwaan saksi. Malah, perbuatan CID itu jelas bertentangan dengan etika kepolisan. Untuk makluman, pihak polis Kenya dikritik hebat oleh PBB seperti dinyatakan dalam suatu laporan kerana tindakan mereka menjalankan "eksekusi" terhadap suspek penjenayah secara berleluasa di negara itu.
Apabila menyiarkan kes ini, saya teringat akan Allahyarham Aminulrasyid!
bukan kes aminurrasyid...yg tu dia di tembak semasa dikejar.
Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Januari 22, 2011 4:11:00 PGbanyak kes di mana orang-orang disyakki ditahan dan terus ditembak dari jarak dekat. tak kira india, cina atau melayu. kes di kulim, kes di seremban, kes terbaru budak-budak melayu 3 orang tu.
ini semua kerja polis-polis pengecut dan pemalas nak tutup kes cepat. walhal dalam banyak kes, orang tu semua tak bersalah pun.
salam anom,
Comment by Unknown @ Sabtu, Januari 22, 2011 6:10:00 PGsaya taulah fasal tu,
beza ke s aminul dengan yang ni.
teringat secara umum...maksudnya keganasan dan salah laku polis
Jgn suka komen ikut pesepsi dan perasaan semata. Setiap kes ada faktanya tersendiri. menjadi tukang komen memang seronok tapi jangan komen kalau jahil terhadap sesuatu kes. Jadilah pengomen yang berhemah dan pro, bukan emo.
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Januari 27, 2011 9:25:00 PTG