Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label salah laku. Papar semua catatan

, , ,

Selasa, 12 Mei 2015

Tahanan Reman Diugut Rogol di Balai Polis



Seorang wanita yang menyertai himpunan anti-GST pada 1 Mei lalu mendakwa dia diugut untuk dirogol oleh polis ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Berikutan ugutan itu, Maisara Amira, 21, membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 6 Mei.

Maisara berkata, dia menuntut kesnya disiasat di balai polis berlainan - dan bukannya oleh anggota di IPD Dang Wangi - kerana bimbang berlaku salah guna kuasa dan ketidakadilan.

Dia turut menuntut polis menubuhkan pasukan siasatan bebas untuk menyiasat kes berkenaan.

Dua kali kena ugut 

Maisara ditangkap polis selepas menyertai perhimpunan itu dan direman selama empat hari bersama 22 yang lain.


Sehari sebelum remannya berakhir (pada 5 Mei) Maisara berkata, dia dibawa ke sebuah bilik soal siasat dan dijaga tiga anggota polis, termasuk dua lelaki.

Maisara (gambar kiri) mendakwa dia memilih untuk berdiam diri ketika disoal siasat namun tiba-tiba salah seorang daripada anggota polis lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata berupa ugutan, iaitu "Kau nak aku rogol kau? Dalam bilik ini kau dengan aku je ada. Sebab bilik ini ada kamera dengan mic, kalau jual aku boleh kaya."

Anggota Cawangan Khas?

Walaupun diugut begitu, Maisara berkata dia masih berdiam diri dan enggan memberi sebarang reaksi, namun anggota polis itu mengugutnya lagi.

Kata Maisara, anggota polis lelaki itu berkata lagi: "Macam ni lah, aku bagi kau peluang. Kau jawab semua soalan yang ditanya oleh cik ni (anggota polis perempuan). Kalau tak, aku akan suruh dia keluar. Aku yang akan masuk dalam. Kau settle dengan aku."

Menurut Maisara lagi dia berasa sangat takut melihat sikap anggota polis itu namun tetap berdiam diri.

Maisara mengesyaki polis yang mengugutnya itu adalah anggota dari Cawangan Khas (SB) kerana dia tidak berpakaian seragam serta tiada tanda nama pada bajunya.

Maisara berkata kejadian itu membawa trauma kepadanya menyebabkan dia sentiasa berasa tidak selamat.

"Saya rasa hak saya sebagai wanita perlu dipertahankan dan diambil perhatian.

Akhlak tak baik 

"Ini perkara serius. Ugutan rogol tidak seharusnya berlaku ketika proses siasatan," katanya di sidang media di pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) hari ini.


Sementara itu bapa Maisara, Mohamad Asmadi menyeru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjalankan siasatan menyeluruh supaya pihak yang berkenaan dibawa ke muka pengadilan.

"Pak cik sedihlah. Akhlaknya tak baik. Bukan macam itu jadi pegawai polis. Biar akhlak mulia, biar orang percaya polis.

"Sekarang pak cik nak keluar ke mana-mana pun tidak boleh tinggalkan anak, tak bebas," katanya.

Turut hadir di sidang media itu, peguam Maisara, Sivamalar Genapathy dan Pengarah Eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah.-Malaysia Kini/12/5/15



, , , ,

Rabu, 6 November 2013

[PANAS] Tun Mahathir Dedah Dakwaan Salah Laku Peguam Negara


Pertemuan dengan Dr M bincang dakwaan 'salah laku' AG

[MK] EKSKLUSIF Tiga bulan lalu, seorang bekas pengawai tinggi polis menerima satu panggilan telefon mengejutkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang menggesa beliau menghadiri pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panggilan tersebut dibuat oleh peguam yang dikaitkan dengan Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala bekas pegawai tinggi polis yang dimaksudkan adalah bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

Rentetan itu, Mat Zain bertemu dengan Shafee pada 10 Ogos di pejabat yang juga merupakan kediaman peguam tersebut di kawasan elit Bukit Tunku.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya berbincang mengenai dakwaan “salah laku” Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, termasuk isu yang mendapat perhatian umum seperti kes Batu Puteh – pulau di perairan Johor yang kini jatuh ke tangan Singapura selepas kes itu berlarutan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2008.

Beberapa jam kemudian, Mat Zain dan Shafee mengadakan pertemuan dengan Mahathir di Country Heights, Kajang. Bekas perdana menteri itu nampaknya baru saja pulang dari Kedah.

Turut menyertai pertemuan itu adalah bekas setiausaha politik Mahathir, Matthias Chang dan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusuff, yang turut memaklumkan kepada Mahathir mengenai masalahnya dengan Gani.

Perbincangan semasa pertemuan dalam suasana sambutan Hari Raya itu tertumpu kepada dakwaan salah laku Gani.

Ia bermula dengan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana Mat Zain merupakan pegawai penyiasatnya. Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor disabitkan kesalahan dalam kes tersebut dan dipenjarakan.

Liwat I

Mat Zain memberitahu Mahathir bahawa beliau menemui pemalsuan bukti yang didakwa dilakukan oleh Gani seamsa siasatannya.

Gani pada masa itu merupakan salah seorang dari pendakwa utama kerajaan yang menangani kes Liwat I dan dakwaan penyalahgunaan kuasa Anwar.

Dakwaan pemalsuan bukti itu berlaku apabila Gani mengemukakan seorang ahli patologi Dr Abdul Rahman Yusoff sebagai saksi dan memberitahu mahkamah bahawa Anwar mendakwa kecederaan itu mungkin dilakukannya sendiri.

Perkara ini bertentangan dengan beberapa lagi laporan perubatan.

Susulan itu, satu suruhanjaya siasatan diraja dibentuk untuk menyiasat kes mata lebam tersebut, di mana Abdul Rahim kemudiannya didapati telah menumbuk Anwar.

Anwar membuat laporan polis pada 2008 – 10 tahun selepas kejadian tersebut – ke atas Gani dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang menjadi penyiasast dalam kes liwat Anwar.

Satu jawatankuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terdiri dari bekas hakim kanan kemudiannya dibentuk untuk menyiasat dakwaan tersebut dan membebaskan Gani dan Musa dari tuduhan salah laku dan memalsukan bukti yang dibuat ke atas mereka.

Dalam perbincangan semasa Hari Raya dengan Mahathir itu, Shafee bersetuju bahawa pelantikan jawatankuasa SPRM dibuat dengan tidak mengikut undang-undang yang sah, dan hanya satu tribunal yang boleh membebaskan AG atau IGP dari sebagai tuduhan salah laku – dan bukannya satu panel yang dibentuk oleh SPRM.

Mat Zain bagaimanapun hairan kerana Mahathir dan Shafee memanggilnya untuk pertemuan tersebut kerana bukti yang mereka kehendaki sudahpun dilaporkan dengan meluaas.

Salinan akuan berkanun

"Ia boleh didapati dengan mudah di Internet dan mereka boleh cari surat terbuka saya. Susulan pertemuan itu, Shafee meminta salinan dokumen yang saya miliki dan saya mengirimnya kepada peguam itu pada 24 September,” kata bekas pegawai tinggi polis itu kepada Malaysiakini.

Susulan pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain membuat pengakuan berkanun berhubung perkara tersebut pada 7 Oktober.

Beliau mengirim salinan pengakuan berkanun tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua hari kemudian.

Malaysiakini berpeluang melihat salinan pengakuan berkanun tersebut.

Salinan pengakuan berkanun tersebut juga dihantar kepada Peguam Cara Negara Datuk Idris Harun dan dipercayai turut diperolehi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui seorang pembantu.

Malaysiakini telah menghubungi Shafee dan Chang untuk mendapatkan reaksi mereka.

Ironinya, Shafee dilantik oleh Gani untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan Anwar dari dakwaan Liwat II.

Mat Zain memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu turut melibatkan kekalahan Malaysia dan kes Pulau Batu Puteh dan juga perkara yang mungkin menyebabkan kes tersebut disia-siakan oleh Gani.

Sementara itu, Ramli pada hari Jumaat lalu memfailkan saman ke atas Gani, Musa dan 10 yang lain kerana pendakwaan berniat jahat. -6/11/13


Berkaitan:

Dr Mahathir Sasar Gani Patail, Dakwa Agen CIA di Pejabat Peguam Negara


[TMI] Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.

Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani.

Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang.

Sehubungan itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu.

Hari ini, Malaysiakini mendedahkan, Dr Mahathir melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis terhadap kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya.

Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.

Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya di Country Height. Turut serta adalah bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Matthias Chang.

Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Gani bermula daripada kes mata lebam Anwar lagi.

Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa. Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.

Selepas pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya adalah dakwaan salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut dihantar salinan Akuan Bersumpah itu adalah Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin. – 6 November, 2013.

Lanjut di sini



, , ,

Jumaat, 1 Februari 2013

[PANAS] Polis Kejar, Tembak Mati Suri Rumah, Apa Sebab Polis Tembak 24 Butir Peluru Ke Arah Kereta Mangsa?


[TMI] Seorang pemandu lori menuntut siasatan bebas mengapa isterinya ditembak mati oleh polis selepas berlaku kejar mengejar kereta dua minggu lalu di kawasan perumahan dan berakhir dengan kejadian tembak.

Insiden berlaku pada 18 Januari pada jam 8.30 malam, apabila Pua Bee Chun, seorang suri rumah berusia 22 tahun bersama rakannya, dikejar polis semasa memandu di Taman Sentosa di sini.

Foo Voon Kong, 26 tahun memberitahu wartawan bahawa isterinya, menurut bedah siasat, mati akibat peluru menusuk ke bahagian jantung.

“Ada 24 lubang peluru di tepi pintu keretanya,” kata Foo.

“Saya diberitahu oleh seseorang, saya ingat dia bergurau dan meminta agar tidak bergurau. Kemudian dia bawa saya ke tempat kejadian dan apabila saya tiba, isteri saya sudah dalam beg mayat,” kata ayah kepada dua orang anak itu.

“Polis tembak isteri saya,” katanya lagi.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak memberi sebarang keterangan mengapa Pua, yang dikatakan seorang yang baik ditembak mati. Foo membuat laporan polis dan beliau mahu tindakan diambil ke atas polis Klang kerana gagal memberitahu sebab menembak isterinya.

Kematian Pua berlaku dalam pada pelbagai pihak mendesak Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) selepas kemarahan orang ramai dia atas dua kematian melibatkan polis bulan ini.

Dua minggu lalu polis dituduh memukul pengawal keselamatan berusia 41 tahun C. Sugumaran ketika tangannya digari dan didakwa dipukul beramai-ramai oleh polis dan sejumlah 20 orang awam lain.

Kematian Sugumaran adalah sebahagian dari kes kematian melibatkan polis, termasuk kematian dalam tahanan Chang Chin Te awal tahun ini, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009, dan kematian dalam kejadian tembakan seorang lelaki berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada tahun 2010.

Dalam semua kes, polis menafikan sebarang salah laku.

Dalam kes Pua, polis sekali lagi dituduh cuba menyembunyikan kesalahan apabila Foo mendakwa rakaman yang dirakam oleh kamera litar tertutup dirampas dan dipadamkan.

"Dengan memadamkan bukti itu sudah menjadi kesalahan jenayah," kata ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga tersebut.

Menurut Foo, kamera tersebut kepunyaan penduduk di kawasan tersebut apabila peristiwa tembak itu berlaku. Lelaki berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak menerangkan bagaimana polis memadamkan rakaman.

Ahli parlimen Kelang dari DAP Charles Santiago menuntut Bukit Aman membuat siasatan bebas ke atas insiden ini dan polis Klang. "Dari melihat 24 lubang peluru kita dapat tahu polis ini menembak sesuka hati," kata Santiago lagi.

Gobind berkata keluarga mangsa akan mengumumkan apa tindakan yang akan dilakukan, termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas polis.

Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, terdapat "lebih 1,500 tahanan mati ketika ditahan pihak berkuasa.

Gobind dan Santiago berkata peningkatan kematian melibatkan polis mengukuhkan sebab mengapa IPCMC perlu ditubuhkan, cadangan yang ditunggu-tunggu oleh kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang sejak 2006. 


Berita Berkaitan:

“Mengapa Polis Tembak Mati Isteri Saya?”

[SH] KLANG 31 JAN : Seorang pemandu lori mahu Polis Diraja Malaysia berterus terang dan menyiasat bagaimana isterinya, Pua Bee Chun, 22, mati dipercayai ditembak anggota mereka.

Bee Chun dipercayai mati ditembak ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, Klang pada 18 Januari.

Menurut Foo Voon Kong, 27, isterinya dipercayai mati selepas ditembak dari belakang badannya. Kereta tersebut dipercayai ditembak sebanyak 24 kali.

Voon Kong mendakwa segala usaha untuk mendapat penjelasan daripada polis tentang bagaimana dan kenapa isterinya mati menemui jalan buntu.

Di dalam satu sidang media di sini hari ini, Voon Kong berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan isterinya pada 5 petang pada hari kejadian sebelum isterinya keluar rumah.

Katanya, beliau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menyuruh Bee Chun pulang untuk makan malam dan keluar ke pasar malam bersama kedua anak mereka.

“Bagaimanapun, beliau (isteri) kata tidak dapat pulang, apabila saya menghantar sms kali kedua bertanya dia dimana, isteri saya tidak membalas sms itu.

“Kira-kira jam 8.30 malam, saya menerima panggilan telefon dari rakan saya memberitahu beliau ternampak isteri mayat isteri saya.

“Apabila saya sampai ditempat kejadian, saya lihat ramai orang awam dan polis, mayat isteri saya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Doktor memaklumkan, isteri saya ditembak melalui belakang badannya,” katanya di dalam sidang akbar di pejabat khidmat MP Klang.

Beliau mendakwa polis tidak menjalankan tugas mereka secara profesional dengan melulu menembak isterinya.

“Semua bukti seperti baju, kamera litar tertutup (CCTV) dan kereta yang dinaiki isteri saya diambil polis.

“Saya percaya isteri saya ditembak dengan 24 das tembakan berdasarkan kesan tembakan di pintu kereta dan bahagian belakang kereta,” katanya.

Voon Kong menambah, beliau difahamkan isterinya ditembak ketika di dalam sebuah kereta jenis Waja bewarna perak bersama seorang lelaki yang merupakan kawannya.

Lelaki tersebut dipercayai ditahan polis dan satu laporan polis telah dibuat oleh Voon Kong pada 19 Januari lalu di Balai Polis Klang.

Sementara itu, MP Klang, Charles Santiago berkata kes itu merupakan yang ketiga berlaku selepas kematian pengawal keselamatan C Sugumaran dan kes Amirul Rasyid yang membabitkan polis.

“Kini, semua bukti berkaitan dengan pembunuhan hilang. Jika semua bukti ini tiada bagaimana hendak bawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

Selain itu, MP Puchong, Gobind SinghDeo mahu polis menjalankan siasatan yang adil dan Perdana Menteri perlu campur tangan dalam kes itu.

“Polis tidak boleh menghukum mangsa dengan terus menembaknya, kini polis sudah tidak memberi perlindungan kepada rakyat.” 





, , ,

Isnin, 10 September 2012

Inspektor Polis Positif Dadah Dicekup Khlawat dengan Isteri Rakan Sekerja

Sekadar hiasan.
 
[SH] PADANG BESAR – Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suspek juga disahkan positif mengambil dadah. Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.

Difahamkan, serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu juga mendapati suspek positif dadah selepas membuat saringan air kencing ke atasnya.

Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis bagi tindakan selanjutnya.
 
 

, ,

Jumaat, 20 April 2012

[Video -Wajib Tonton] Identiti Anak ADUN Paksa/Beli Pelajar IPT Tukar Tempat Mengundi Didedahkan


[MK] DAP Melaka mendedahkan 'bukti' terdapat anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Adun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu.

Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.

"Kedua-dua agensi kerajaan ini telah mengumpulkan pelajar di IPT terbabit pada waktu kelas di dewan dan mereka telah dinasihat supaya menukar alamat dengan menumpukan pada Parlimen Bukit Katil bertujuan mendapatkan lebih banyak undi dalam PRU akan datang untuk BN.

"Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti.

"Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU," katanya dalam satu sidang media di Pusat Perkhidmatan DAP DUN Ayer Keroh hari ini.

Rakaman itu kini tersebar luar di laman Facebook dan Youtube.

Khoo juga mendakwa, dialog yang diucapkan dalam video terbabit juga mempunyai unsur perkauman yang mengatakan PRU kali ini tidak boleh dimenangi kaum Cina.

Ditanya mengenai tindakan seterusnya selepas menerima rakaman terbabit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat laporan polis sebaliknya akan menyerahkannya kepada pemimpin Pusat DAP dalam masa terdekat.



P/s: Identiti anak dan ADUN yang didakwa ada dinyatakan pada keterangan video.

 

,

Selasa, 3 April 2012

Wanita Dakwa Payu Daranya Dipicit Polis


[MK] Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini membuat aduan kepada bahagian tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung dakwaan seorang ibu kepada empat orang anak dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu.

Beliau yang hadir bersama mangsa yang merupakan ahli perniagaan Lim Hui Hui, peguam Eric Tan dan beberapa pembantu wakil rakyat itu kelihatan memasuki ibu pejabat polis itu kira-kira jam 9.55 pagi ini.

Bercakap kepada media sebelum membuat aduan tersebut, Teresa berkata apa yang dilalui Lim adalah "satu pembulian" terhadapnya.

"Sepatutnya polis mesra rakyat. Tidak sepatutnya perkara itu berlaku dalam balai polis," katanya.

Lim sebelum ini dilaporkan membuat laporan polis kerana mendakwa dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat di Balai Polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu.

Lim mendakwa anggota polis wanita yang bertugas di balai berkenaan memintanya kencing dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tanggannya digari ke belakang.

Tambahnya, apabila beliau membangkitkan perkara itu, payudaranya dipicit dan beliau diberitahu ia mesti tetap dibuat.

Teresa juga berkata beliau menerima satu kiriman SMS daripada seorang individu yang tidak dikenali pagi ini, yang mendakwa melihat insiden yang dilalui Lim.

"Saya berharap ada lagi saksi tampil ke hadapan untuk membantu polis menjalankan penyiasatan," katanya.



, ,

Selasa, 27 Mac 2012

Petugas Majlis Agama Melaka Didakwa Minta Suapan WANG dan SEKS


[Bernama] MELAKA: Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lalu.

Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Januari 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira 1.15 petang, 13 Februari 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa'ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam. 


 P/s: YBnya kantoi, orang bawahannya pun kantoi juga!!!
Berkaitan:


 Pekerja Majlis Agama Minta Rasuah Wang dan Seks
[SH] Ayer keroh - Seorang bekas kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan meminta wang rasuah dan habuan seks dari seorang wanita, dua tahun lalu.

Zullias Rasid Manan, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Sazali Omar.

Bagi pertuduhan pertama, Zullias seorang bekas kakitangan Maim berjawatan Pekerja Rendah Am, didakwa dengan niat telah memperoleh satu suapan daripada seorang wanita, Siti Aishah Mohd Yusoff, sebanyak RM1,500 sebagai upah melakukan satu perkara bertentangan dengan prinsip kerjanya.

Suapan itu didakwa adalah sebagai dorongan untuk menyelesaikan satu kes tangkapan kesalahan di bawah Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di kawasan tempat letak motosikal di belakang Dataran Pahlawan, kira-kira jam 6.30 petang pada 10 Januari 2010.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa meminta rasuah dalam bentuk perkhidmatan seks daripada wanita sama di sebuah bilik hotel di Ujong Pasir pada 13 Februari 2010.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili dua Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa’ad Shukor, mencadangkan supaya ikat jamin RM20,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, setelah meneliti kes berkenaan, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 bagi kedua-dua pertuduhan sementara menantikan tarikh sebutan semula kes yang ditetapkan pada 27 April depan. 
 

, , ,

Isnin, 5 Mac 2012

Pasang Kamera di Tandas Perempuan, Guru Didakwa

Berita Yan Wen Xia, yang didakwa telah memasang tiga kamera "pinhole" rahsia di dalam tandas perempuan sebuah sekolah dilaporkan di muka depan Lianhe Wanbao

The Yu Hua Secondary School, located in Jurong West, Singapore
Sekolah Menengah Yu Hua, Singapura.
Seorang guru di Singapura dituduh memasang tiga kamera "pinhole" rahsia di dalam tandas perempuan didakwa di mahkamah lapor inSing.com.

Menurut laporan berita, Yan Wen Xia, 37, didakwa memasang tiga buah kamera "pinhole" di dalam tandas perempuan tingkat empat Sekolah Menengah Hua Yu di Jurong West.

Yan dikatakan telah menyelinap masuk ke dalam tandas tiga kali pada waktu pagi dan petang pada 26 Jan dan 15 Februari lalu.
The pinhole cameras were installed on the fourth floor female toilet of the school
Salah satu kamera "pinhole" itu telah ditemukan oleh seorang pelajar perempuan yang kemudiannya  melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa sekolah.

Seorang kakitangan telah membuat pemeriksaan dan menemukan dua lagi kamera yang serupa.

Selain memasang kamera, Yan juga telah didakwa mencuri tiga kad memori SD dari pejabat pengurus operasi sekolah pada 15  Februari.

Guru tersebut menghadapi empat tuduhan - tiga tuduhan menceroboh masuk ke tandas perempuan dengan niat untuk mencabul kehormatan pengguna, dan satu tuduhan atas kesalahan mencuri.

Jika didapati bersalah atas tiga tuduhan pertama, Yan boleh dihukum penjara selama tiga bulan, didenda sehingga S$1,500 (RM3, 596) atau kedua-duanya, bagi setiap pertuduhan.

Jika dia didapati bersalah kerana mencuri, dia boleh dihukum penjara selama tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Menurut akhbar Today, Yan telah pun ditahan dan diserahkan kepada Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk penilaian psikiatri. Dia akan ditahan di  IMH selama dua minggu untuk ujian tersebut. -DCM



, , ,

Jumaat, 5 Ogos 2011

Polis Pelatih Dipaksa Makan Cili, Kemaluan Disapu Cili




Lapan orang jurulatih polis Filipina ditahan selepas video yang memaparkan polis pelatih dipaksa makan cili manakala kemaluan mereka disapu cili. Video yanbg tidak bertarikh itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Manusia Filipina baru-baru ini.

Berdasarkan video tersebut, pelatih yang dipaksa makan cili dan kemaluan mereka disapu dengan cili menjerit serta menangis menahan kesakitan.

Namun, kekejaman yang dilakukan oleh jurulatih ini mungkin tidak setimpal dengan hukuman yang bakal dikenakan terhadap mereka. Jika bersalah, kesemua mereka hanya dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan menurut undang-undang antipenderaan tahun 2009.


P/s: Tidak setimpal!

,

Rabu, 27 Julai 2011

Kerana Salah Laku Polis, Duit Rakyat Melayang


Malaysia Kini melaporkan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya pada tahun 2005 berjaya memperoleh keadilan apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Walau bagai manapu jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.

Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini. Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.
 
Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah bagi menyiasat kes ini. Ketika memfailkan saman terhadap kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan menegaskan kejadian yang berlaku “adalah tidak adil” serta mendapat malu ekortan daripada tindakan polis berkenaan.

Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.

Ironinya, sehingga hari, pihak berkuasa dikatakan masih masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.


P/s: Yang terbang duit rakyat, bukan duit polis yang terlibat.

 

, ,

Selasa, 14 Jun 2011

Warga Singapura Dakwa Diminta Berbogel dan Ketuk Ketampi


Saya petik:
[MK] Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.

Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai “tidak berperikemanusiaan dan menghina” serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.



Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.

Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.

Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.

Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.

"Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.

"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina,” kata Lin kepada akhbar itu.

Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.

Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.

Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu
 .
P/s: Jika terbukti benar, Malaysia memang tidak mengambil pengajaran kesilapan yang lalu.


, ,

Jumaat, 3 Jun 2011

[Kemas Kini] NGO Hak Asasi Berang Apabila 'Pelacur' Dirantai, Diconteng

r

Saya petik:
[MK] Operasi mencegah maksiat di Pulau Pinang malam semalam menimbulkan kontroversi apabila beberapa kumpulan hak asasi mempertikaikan cara pihak polis menggari kira-kira 30 wanita asing dengan rantai dan membuat contengan di muka, dada dan tangan mereka.

Wanita asing itu ditahan di sebuah kelab malam di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Tikus kerana disyaki melacurkan diri.

Dalam serbuan itu, lapan rakyat tempatan dan 30 wanita asing - 29 dari China dan seorang dari Vietnam ditangkap oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.

Menurut akhbar berbahasa Cina, serbuan dijalankan selepas pihak polis mengintip dan memerhatikan kegiatan kumpulan itu selama seminggu di kelab berkenaan yang dikatakan amat popular di kalangan penduduk tempatan.

Akhbar Cina juga memaparkan gambar-gambar wanita yang dirantai dalam kumpulan itu dan kemudiannya mereka ditandakan dengan pelbagai simbol, termasuk X di dahi seorang daripada wanita itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo membidas polis kerana tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.

“Kita tidak boleh menandakan mereka secara fizikal... kita boleh tahan mereka tetapi mereka tidak boleh ditanda seperti itu,” katanya ketika dihubungi.

Pengarah Tenaganita Irene Fernandez pula melahirkan rasa terkejut berhubung gambar wanita dirantai dan ditanda.

Katanya tidak adil bagi mengandaikan semua mereka itu bersalah.

“Saya sangsi ini prosedur yang biasa dan jika ia adalah prosedurnya maka polis mesti mendedahkannya. Mesti dijalankan siasatan berhubung perkara ini dan polis mesti jelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian.

“Mereka mungkin mangsa pemerdagangan manusia... jika ini benar mereka adalah mangsa,” katanya.

Peguam bagi 'Lawyers for Liberty's Faidah Nadwa Fikri berkata tindakan merantai dan menanda wanita itu sebagai 'luarbiasa dan tidak berperi-kemanusiaan'.

Tegasnya wanita itu cuma adalah suspek dan belum didapati bersalah atas sebarang jenayah lagi.

“Ini masalah budaya kita, masalah kerana kita tidak memahami apa itu peraturan undang-undang.

“Saya lihat apabila seseorang ditangkap dan dibawa ke mahkamah, sesetengah mereka juga tidak memakai selipar... ini menunjukkan betapa buruk pihak berkuasa melayan mereka dan ini adalah isu kemanusiaan,” katanya.

Kemas Kini:
[MK] Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob dilapor mengesahkan menerima arahan daripada Ketua Polis Negara Ismail Omar untuk menyiasat aduan terhadap perilaku pegawainya semasa serbuan....

, , ,

Jumaat, 21 Januari 2011

[Gambar] Polis KEJAM: "Meniarap supaya aku dapat tamatkan riwayat kamu" Bang! Bang! Bang!

Polis dipercayai detektif mengacukan pistol kepada dua lelaki yang tidak dikenali.

Kejadian ini disaksikan oleh pengguna jalan raya yang lain.

Kedua-dua lelaki yang tidak dikenali  ditembak mati sebelum mayat mereka ditinggalkan di tengah jalan.

Kejam dan Mengerikan!

Kejadian yang berlaku di Nairobi ibu kota Kenya ini dilaporkan semula oleh Daily Mail. Lebih tepat, kejadian yang mengejutkan dunia ini berlaku sekitar pukul 9 pagi di sebatang jalan raya sibuk berdekatan dengan Lapangan Terbang Wilson, hub penerbangan domestik ke kawasan safari.

Menurut sumber berita, tiga lelaki yang tidak dikenali ditembak di kepala pada jarak dekat. "Hukuman mati" tersebut dijalankan di depan puluhan pengguna jalan raya yang amat terkejut dengan kejadian tersebut.
Berikutan kejadian itu, tiga pegawai polis telah digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan setelah foto-foto kejadian yang diambil oleh salah seorang pengguna jalan raya itu diterbitkan dalam surat khabar harian di negara itu.

Menurut saksi yang menyaksikan "eksekusi" itu, sebelum kesemua lelaki itu ditembak mereka terdengar pegawai polis itu meneriak "Meniarap supaya aku dapat tamatkan riwayat kamu". Detektif polis itu kemudiannya tanpa diduga telah melepaskan tembakan tepat di kepala lelaki-lelaki tersebut pada jarak dekat.


Detektif tersebut kemudianmya dikatakan telah meninggalkan kawasan kejadian setelah polis berpakaian seragam tiba di tempat kejadian. 


Saksi yang mengambil foto-foto di atas memberitahu Daily Nation, "Saya sedang memandu menuju ke bandar dan ada tiga buah kenderaan di depan saya. Tiga orang (pegawai polis) melompat keluar dari sebuah kenderaan pacuan empat roda sambil mengacukan senjata ke arah sebuah kereta wagon.  Tiga orang lelaki keluar dari kenderaan dengan tangan mereka diangkat di atas kepala. Mereka meniarap di atas jalan sebagaimana yang diperintahkan oleh polis." Saat itulah menurut saksi, polis detektif itu menembak mati kesemua suspek.  


Sementara itu, pihak polis yang tiba di tempat kejadian memaklumkan kepada akhbar bahawa detektif polis tersebut bertindak atas "tip off". Sumber polis itu memberitahu akhbar,"Pegawai CID telah mengarahkan enam suspek berhenti, namun mereka enggan malah melepaskan tembakan ke arah polis. Ketiga-tiga lelaki itu adalah sebahagian daripada enam lelaki lain yang berjaya melarikan diri."

Penjelasan polis ini jelas bertentangan dengan dakwaan saksi. Malah, perbuatan CID itu jelas bertentangan dengan etika kepolisan. Untuk makluman, pihak polis Kenya dikritik hebat oleh PBB seperti dinyatakan dalam suatu laporan kerana  tindakan mereka menjalankan "eksekusi" terhadap suspek penjenayah secara berleluasa di negara itu.
 
Apabila menyiarkan kes ini, saya teringat akan Allahyarham Aminulrasyid!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Jumaat, 24 Disember 2010

[Kemas Kini] Lelaki Dakwa DIBELASAH Polis dan DIPAKSA Buat Laporan Palsu

Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR, 24 Dis — Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki kononnya dia dipukul beberapa anggota polis di balai Dataran Sunway pada Sabtu lepas menyebabkan kedua-dua matanya lebam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Chua Buang Hing, 34, yang turut mendakwa dia ditumbuk oleh tiga anggota polis lain sebelum itu.

Chua memberitahu pemberita hari ini bahawa pada 11 malam Sabtu lepas, beberapa anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara telah menahan keretanya kerana tidak mempamerkan cukai jalan.

“Saya telah akui kesilapan saya kerana tidak menampal cukai jalan yang baru dihidupkan dan rela disaman.

Saya terkejut seorang anggota polis itu terus menyeluk poket saya yang mengandungi RM7,000 dan meminta wang saya, namun saya tidak mahu memberi dan ini membuat dia marah. Tiga daripada mereka kemudian menumbuk muka dan mata saya serta menggari saya,” katanya.

Chua, yang juga pengerusi sebuah tokong, berkata dia kemudiannya dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway dan di situ, dia mendakwa dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh anggota polis sehingga dia muntah darah, selain cedera di lengan kanan dan kiri.

“Mereka kemudian memaksa saya supaya membuat laporan polis mengaku bahawa kecederaan saya adalah akibat kemalangan jalan raya. Jika saya bersetuju, barulah mereka akan bebaskan saya,” katanya.

Chua berkata dia kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan sebelum dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk direman dan dilepaskan pada Rabu lepas.

Kemas Kini (25/12):
* Baca laporan lengkap kisah lelaki yang mendakwa polis memukul kerana mahukan duit di Merdeka Review. Saya petik sedikit:
[MR] ...Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara.  Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu.  Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya.  Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.

Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje.  Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai."  Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya.  Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang.  Polis mahu duit!"

Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku.  Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway.  Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai.  "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia.  Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000....

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH