Pasang Kamera di Tandas Perempuan, Guru Didakwa
![]() |
| Berita Yan Wen Xia, yang didakwa telah memasang tiga kamera "pinhole" rahsia di dalam tandas perempuan sebuah sekolah dilaporkan di muka depan Lianhe Wanbao |
| Sekolah Menengah Yu Hua, Singapura. |
Seorang guru di Singapura dituduh memasang tiga kamera "pinhole" rahsia di dalam tandas perempuan didakwa di mahkamah lapor inSing.com.
Menurut laporan berita, Yan Wen Xia, 37, didakwa memasang tiga buah kamera "pinhole" di dalam tandas perempuan tingkat empat Sekolah Menengah Hua Yu di Jurong West.
Yan dikatakan telah menyelinap masuk ke dalam tandas tiga kali pada waktu pagi dan petang pada 26 Jan dan 15 Februari lalu.
Salah satu kamera "pinhole" itu telah ditemukan oleh seorang pelajar perempuan yang kemudiannya melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa sekolah.
Seorang kakitangan telah membuat pemeriksaan dan menemukan dua lagi kamera yang serupa.
Selain memasang kamera, Yan juga telah didakwa mencuri tiga kad memori SD dari pejabat pengurus operasi sekolah pada 15 Februari.
Guru tersebut menghadapi empat tuduhan - tiga tuduhan menceroboh masuk ke tandas perempuan dengan niat untuk mencabul kehormatan pengguna, dan satu tuduhan atas kesalahan mencuri.
Jika didapati bersalah atas tiga tuduhan pertama, Yan boleh dihukum penjara selama tiga bulan, didenda sehingga S$1,500 (RM3, 596) atau kedua-duanya, bagi setiap pertuduhan.
Jika dia didapati bersalah kerana mencuri, dia boleh dihukum penjara selama tiga tahun, denda atau kedua-duanya.
Menurut akhbar Today, Yan telah pun ditahan dan diserahkan kepada Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk penilaian psikiatri. Dia akan ditahan di IMH selama dua minggu untuk ujian tersebut. -DCM


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.