[AWAS] Susu Cair Ada Logam Hitam
[SH] CHANGLUN - Terkejut. Itulah perasaan seorang pemilik salun kecantikan di sini, apabila mendapati susu cair dalam tin yang digunakan isterinya untuk membancuh air yang dibeli lebih sebulan lalu di sebuah pasar raya mengandungi tompokan hitam dipercayai serbuk logam.
Goh Shau Chen, 30, berkata, selepas diperiksa, dia menemui tompokan hitam berkenaan di bahagian bawah selepas susu cair itu dituangkan ke dalam bekas lain.
Menurutnya, perkara itu hanya disedari mereka selepas isterinya, Erni Farida, 27, terhidu bau sesuatu selepas meminum air yang dibancuh dengan menggunakan susu berkenaan Sabtu lalu.
Shau Chen, dia kemudian membuka keseluruhan tin susu cair itu bagi melihat apa yang terdapat di dalam tin berkenaan.
“Kami terkejut apabila mendapati ada tompokan hitam seakan-akan serbuk logam di bahagian bawah permukaan susu itu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Pekan Changlun Dua di sini.
Shau Chen berkata, mereka juga cuba menghubungi talian khidmat pengguna syarikat pengeluar susu berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut namun talian itu tidak dijawab.
“Kami kesal dengan apa yang berlaku dan seharusnya ia tidak terjadi memandangkan tarikh luput susu berkenaan juga masih berbaki hampir lima bulan lagi,” katanya.
Shau Chen pada masa sama meminta pengguna lain supaya lebih berhati-hati dan sebaik-baiknya memastikan susu cair dalam tin seperti itu betul-betul selamat sebelum digunakan.
“Kita tahu banyak kedai minuman yang menggunakan susu cair dalam tin, jadi lebih baik peniaga memeriksa susu yang ingin digunakan sebelum menyediakan minuman kepada pelanggan mereka,” katanya.

P/s: Seperti biasa, maklumat terperinci produk tidak disiarkan atas alasan perundangan dan sebagainya.Tanpa maklumat tersebut, berita ini tidak memberikan manfaat yang sebenar-benarnya kepada pengguna. Pengeluar produk juga tidak akan mengambil inisiatif yang proaktif untuk memastikan produk mereka selamat untuk pengguna. Jika hal ini dilaporkan kepada pihak yang berkenaan, percayalah, tindakan yang dikenakan tidak menggerunkan pengeluar makanan. Contohnya, mi kuning yang cukup popular dengan penggunaan asid borik masih banyak di pasaran, walaupun pengeluarnya sudah banyak kali kantoi dan dikenakan tindakan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.