Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Ahad, 25 Mac 2012

“Boleh jadi Azmin hendak membandingkan pejabat Menteri Besar yang tidak diubah suai, tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru," - Khalid Ibrahim



[TMI] KUALA LUMPUR, 24 Mac — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh menggunakan kos yang tinggi untuk mengubah suai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri.

Khalid (gambar) berkata, peruntukan hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan.

“Saya rasa tidak sebab untuk ambil tindakan terhadap perbelanjaan itu kerana ia mengikut tatacara Perbendaharaan.

Bagaimanapun menurut Khalid, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.

“Boleh jadi Azmin hendak membandingkan pejabat Menteri Besar yang tidak diubah suai, tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru,” katanya lagi.

Semalan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam itu membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata Hasan turut membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, yang mana jumlah itu lebih baik disalurkan kepada rakyat.

Hasan telah dilucut keanggotaan oleh PAS kerana mempunyai pendapat dan ideologi yang berbeza daripada kepimpinan parti.

Beliau kemudiannya menubuhkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Jati demi mempertahankan maruah bangsa Melayu, agama Islam, dan institusi raja di negara ini.


P/s: Soalnya duit rakyat dibelanjakan sehingga begitu banyak untuk sesuatu yang mungkin tidak perlu. Jika Hasan Ali menyoal perbelanjaan orang lain yang kononnya membazirkan wang rakyat, maka rakyat juga perlu tahu bagaimana Hasan Ali membelanjakan wang rakyat.


  1. apa justifikasi penggunaan wang hassan ali utk pejabat dan prog utk org melayu itu tidak perlu.?? Sedangkan sebelum ini mandat diberikan kepada beliau utk menguruskan dana. mmg bawah bidang kuasa nya. Dia ubah suai pejabat pun bukan utk diri dia sahaja, prog melayu tu pun bukan utk dirinya sahaja bukan begitu?

    Dikriminasi apakah ini? Semua pepimpin PR sama ja...hipokrit, Macam UMNO juga.

    RAKYAT SELANGOR

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Mac 25, 2012 8:27:00 PG      
  2. Knapa time jd exco dlu xmaw buka cerita... ni dh belah baru nk buka... amboi, prangai mcm BN gak ye, songlap2 tp snyap je, tp dh gduh bru nk buka cita sume yek... cmtu, ni kne periksa sume exco selangor ni, songlap duit ke x hahaha... prangai mcm setan, mngata owg sane sini, tp die pn songlap duit gak...

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Mac 25, 2012 9:34:00 PG      
  3. 1. perlukah pejabat baru? 2. persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor...sekali lagi, perlukah persidangan ini & apa hasil? 3. mengapa sekarang baru diheboh?

    gravatar Comment by kampong lad @ Ahad, Mac 25, 2012 10:28:00 PG      
  4. Hassan Ali sudah memberi jawapan dalam isu ini...

    Mohon Pihak DUniacacamarba siar kan disini...terima kasih..

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Mac 26, 2012 7:10:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH