Teh Hijau Guna Baja Najis Panda TERMAHAL di Dunia
Panda adalah aset yang amat bernilai bagi negara China, kini sisa najis haiwan itu juga menghasilkan sesuatu yang amat berharga. Menurut laporan di itn.co.uk, seorang usahawan dari Chengdu telah melancarkan teh hijau organik yang tumbuh menggunakan baja daripada najis haiwan itu.
Pada kos hampir £2 000 (RM9 748) bagi setiap 500g - teh itu dianggap teh paling mahal di dunia.
Pengeluar teh itu, An Yanshi berkata, teh itu amat bernilai kerana benar-benar teh semula jadi. Menurutnya lagi, panda hanya makan buluh yang ditanam di hutan, jadi teh yang tumbuh menggunakan najis haiwan itu adalah organik sepenuhnya.
"Kemampuan penghadaman dan penyerapan panda tidak begitu baik. Haiwan itu terus makan dan mengeluarkan najis."
"Panda seperti mesin yang mengeluarkan baja organik. Malah, haiwan itu menyerap kurang daripada 30 peratus khasiat daripada makanan. Hal ini bermakna lebih daripada 70 peratus nutrien tertinggal dalam najisnya."
Yanshi berharap usaha ini akan menggalakkan lebih banyak petani menggunakan najis haiwan bukannya baja kimia untuk menyuburkan tanaman mereka.
"Teh Panda" adalah versi teh hijau yang hanya boleh dituai secara manual oleh petani untuk memilih pucuk teh muda.
Pucuk pada asasnya ialah tunas, bukan daun teh. Oleh sebab itu, proses penuaiannya adalah satu proses buruh yang intensif dan mahal.
Beliau mempertahankan harga teh yang mahal dengan mendakwa akan menyalurkan keuntungan ke dalam dana yang menyokong projek alam sekitar. -DCM

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.