Anak Menteri Dikaitkan dengan Kes BUNUH?
[KD] KUALA LUMPUR 24 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan terhadap anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.
“AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.
“Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim,” kata Shamsul.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.
Sementara itu, NGO Jingga 13 turut menuntut siasatan segera dilakukan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri
“Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut.
“Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia,” kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa.
Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian’ itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka.
“Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela,” katanya.
Berkaitan:
Pihak keselamatan juga diharapkan tidak tunduk kepada sebarang tekanan termasuk sekiranya datang daripada menteri sendiri, demikian peringatan daripada Naib Presiden PKR N Surendran , Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan NGO JINGGA 13 yang dekat dengan pembangkang.
"Keyakinan umum pada polis sentiasa berada di paras rendah pada setiap masa dan polis mesti membuktikan mereka boleh menyiasatnya tanpa memihak," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.
Dalam masa yang sama, Surendran berkata, Nazri mesti menjelaskan bagaimanapun anaknya mampu memiliki kereta Porsche dan mempunyai pengawal peribadi sendiri.
"Ini juga masanya semua menteri patut mengisytiharkan harta masing-masing," katanya.
Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid sebelum ini mengesahkan dua laporan polis dibuat ekoran kejadian di Bukit Kiara itu dan menyiasatnya mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan.
Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu tetapi enggan mengulas lanjut butiran kejadian.
Kes anak menteri: Siasatan tak berat sebelah penting
[MK] Pihak polis digesa menjalankan siasatan secara bebas dan tidak berat sebelah berhubung dakwaan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.Pihak keselamatan juga diharapkan tidak tunduk kepada sebarang tekanan termasuk sekiranya datang daripada menteri sendiri, demikian peringatan daripada Naib Presiden PKR N Surendran , Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan NGO JINGGA 13 yang dekat dengan pembangkang.
"Keyakinan umum pada polis sentiasa berada di paras rendah pada setiap masa dan polis mesti membuktikan mereka boleh menyiasatnya tanpa memihak," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.
Dalam masa yang sama, Surendran berkata, Nazri mesti menjelaskan bagaimanapun anaknya mampu memiliki kereta Porsche dan mempunyai pengawal peribadi sendiri.
"Ini juga masanya semua menteri patut mengisytiharkan harta masing-masing," katanya.
Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid sebelum ini mengesahkan dua laporan polis dibuat ekoran kejadian di Bukit Kiara itu dan menyiasatnya mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan.
Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu tetapi enggan mengulas lanjut butiran kejadian.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.