Susulan Kes Pelajar Didakwa Diculik Tetapi Lari Dari Rumah: Remaja Hanya Main SANDIWARA
Polis berjaya merungkai drama penculikan lakonan remaja itu oleh dua rakan lelaki dan seorang wanita dipercayai ibu saudaranya apabila Nur Fatihah dikesan berada di rumah lelaki berusia 26 tahun yang baru enam bulan berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu.
Narenasagaran menegaskan kejadian itu bukan kes culik seperti didakwa keluarga remaja berkenaan, sebaliknya anak sulung daripada tiga beradik terbabit keluar rumah secara sukarela untuk bersama teman lelakinya.
Katanya, ketika kejadian, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, menghubungi dua rakan dikenali sebagai Zaidi dan Hafiz serta ibu saudaranya meminta tolong menjemput sebelum menghantarnya ke rumah teman lelaki.
“Polis percaya tindakannya melarikan diri disebabkan tertekan akibat rasa terkongkong hidup bersama keluarga.
“Teguran ibu bapa yang mungkin tidak dapat diterimanya menyebabkan dia memilih mencari ketenangan dengan menemui teman lelakinya,” katanya.
Menurutnya, polis merekodkan keterangan teman lelakinya namun menolak kemungkinan menahan anggota polis itu berikutan kejadian berlaku secara sukarela dan tidak membabitkan unsur paksaan.
Polis juga mengenalpasti dua lelaki dan wanita dipercayai ibu saudaranya untuk diambil keterangan.
“Kami tidak faham kenapa ibu bapanya menghebohkan kejadian ini kepada media kerana ia berlaku akibat masalah keluarga,” katanya.
Sementara itu, ibu gadis terbabit, Nor Mala Mohd Lazin, 33, berkata, dia terkejut dengan apa yang berlaku tetapi menafikan mengongkong Nur Fatihah.
“Saya juga tidak tahu yang dia ada teman lelaki dan tidak faham mengapa dikata mengongkong Nur Fatihah sedangkan kebebasan diberi jika wajar.
“Sesekali memarahinya memang ada, anda sendiri tahu bagaimana marah ibu kepada anak, begitulah juga apa yang saya lakukan sebagai tanda sayang,” katanya.
Menurutnya, keputusan memindahkan anak sulungnya itu ke SMK Pandan atas kerelaannya sendiri selepas tidak lagi mendapat tempat di asrama sekolah berkenaan.
“Saya bingung dan tidak tahu hendak cakap apa lagi,” katanya.
15 tahun masih di bawah umur lg kan,knapa tidak didakwa atas menculik je teman lelaki nya,tmn lelaki nya pegawai polis jd tk payah didakwa ke??
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Mac 22, 2012 11:33:00 PGKalau keluarga terus kan lapuran.,,pgawav tu ttp kne dambil tindakan! Pgawai ni pun brani sb kedudukan dia la.mentang2 dia ni polis.!
Comment by don corleone @ Jumaat, Mac 23, 2012 12:25:00 PTG