Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Sabtu, 24 Mac 2012

PTPTN Batal Jika Pakatan Tawan Putrajaya - Anwar



[KD] PORT DICKSON 23 Mac: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

“Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

“Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

“Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

“Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya,” katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

“Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat,” tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.


P/s: Bagi TM, sudah memadai jika Kerajaan PR memansuhkan 75 peratus pinjaman dan pelajar hanya perlu membayar baki pinjaman 25 peratus seperti yang diamalkan oleh JPA sebelum wujudnya PTPTN. PR tidak perlu berjanji terlalu gah, takut-takut janji makan tuan!

Namun dari satu segi, tawaran pembatalan PTPTN ini merupakan strategi politik yang memeningkan Najib.  Tawaran yang dibuat DSAI ini sudah tentu memberikan impak positif terhadap sokongan golongan muda kepada PR. Adakah Najib akan membatalkan PTPTN atau sekurang-kurangnya mengurangkan beban pembayaran yang kini banyak dirungutkan oleh lepasan IPT.

Jika mahu tahu respons Najib, popularkanlah tawaran DSAI ini di media dan di media sosial. Tidak mustahil, Najib terpaksa tunduk dengan tawaran yang dibuat sama seperti beberapa perkara yang diceduknya dari Buku Jingga.



  

  1. tahniah my idol, kami xharap ptptn batal,kurangkan pun dah ok.atau hanya bayar pokok shj.dulu mcmmn kami nak bayar grad 6 bln terus kena bayar padahal nak cari keja punyala susah.kalau setakat gaji bwh 1000 mcmmn nak bayar.cayalah datuk sri, akan kami pastikan PR menang PRU akan datang

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Mac 24, 2012 10:41:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH