Lelaki Bunuh Nenek dengan Kejam Dihukum Penjara 19 Tahun
[Kosmo] KUALA TERENGGANU – Seorang bekas anggota tentera dihukum penjara 19 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian neneknya tiga tahun lepas.
Hakim, Datuk Mohd. Yazid Mustafa memerintahkan hukuman terhadap Mohd. Nassir Abdul Manan, 45, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 13 Oktober 2009.
Mohd. Nassir yang bekerja sebagai buruh binaan rumah selepas berkhidmat 13 tahun dalam tentera didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Muda Mat Zin, 80, di sebuah rumah di Jalan Baru, Bukit Pak Sabah, Dungun di antara 9 pagi dan 7.30 malam 12 Oktober 2009.
Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, hukuman itu setimpal dengan perbuatan tertuduh dan diharap menjadi pengajaran kepada sesiapa agar tidak terlibat dengan gejala dadah yang mampu menyebabkan seseorang hilang pedoman dan pertimbangan ketika melakukan jenayah walaupun dengan mereka yang mempunyai pertalian keluarga.
Laporan forensik mendapati tertuduh yang ketika kejadian di bawah pengaruh dadah telah menyebabkan kematian mangsa dengan melakukan sembilan luka hiris dan takikan di kepala serta 12 torehan di badan mangsa iaitu tujuh sebelum mati dan lima selepas mati bagi memastikan mangsa tidak lagi bernyawa.
P/s: Dadah membunuh!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.