Lelaki Adakan Hubungan Terlarang dengan Adik Ipar 12 Tahun
The Straits Times melaporkan seorang lelaki mengadakan hubungan kelamin dengan adik iparnya ketika tinggal bersama-sama dengan ibu bapa mentuanya di Singapura. Isterinya ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka. Sewaktu isterinya berada berada di hospital kerana melahirkan anak, lelaki itu mengadakan hubungan seks dengan adik iparnya yang berusia 12 tahun.
Pada Selasa lalu, mahkamah menjatuhi lelaki yang berusia 32 tahun itu hukuman penjara 60 bulan atas dua tuduhan penembusan seksual terhadap kanak-kanak.
Kedua-dua nama tertuduh dan mangsa tidak didedahkan untuk melindungi identiti kanak-kanak itu.
Menurut sumber, kejadian itu bukanlah kali pertama lelaki itu terlibat dalam salah laku seks dengan kanak-kanak tersebut. Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu pertama kali menumpang di rumah ibu bapa mentuanya bersama-sama dengan isteri dan anak perempuan yang berusia tiga tahun, selama seminggu pada Jun tahun lepas.
Suatu malam, lelaki itu menonton klip lucah di telefon bimbitnya di dapur. Ketika mangsa ke dapur, lelaki itu mengajak mangsa menonton klip tersebut bersama-sama dengannya.

Kiriman mangsa di Facebook telah membantu ibu bapanya membongkar kejadian tersebut. -DCM
P/s: Kiriman ini bukan untuk membangkitkan berahi atau imaginasi anda. Kiriman ini untuk memberikan pengajaran kepada anda bahawa nafsu tidak mengenal usia, pangkat, atau hubungan kekeluargaan. Berkira dan bertegaslah dengan batas atau perkara yang membabitkan hubungan antara lelaki dengan perempuan walaupun mereka adalah ahli keluarga sendiri.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.