Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 29 Mac 2012

Beraksi Berahi di Tiang, Ketiga-tiga Gadis Ini Hanya Dikenakan Denda RM25



[Kosmo] SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu. 

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. 

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. 

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut. 

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.


P/s: Hukumannya memang tidak munasabah. Sebelum ini DCM ada menyiarkan berita berkaitan dengan kes wanita China yang hanya dikenakan denda sebanyak RM1.80 atas kesalahan melacur di Sri Lanka. Apabila dibaca lanjut, rupa-rupanya undang-undang yang berkaitan digubal pada zaman penjajahan. Adakah hukuman RM25 ini digubal pada zaman penjajahan British?

Ketiga-tiga gadis ini tampak tersenyum apabila gambar mereka dirakam. Mungkin tersenyum kerana mahu selindung rasa malu, mungkin kerana memikirkan wang denda RM25. Apa-apa pun, hukuman tersebut tidak menghapuskan dosa yang telah dibuat. Apa-apa pun hukuman itu tidak dapat memadamkan arang yang telah terconteng pada muka ahli keluarga masing-masing.   

Kalau denda yang dikenakan hanya RM25, jangan terkejut selepas ini berduyun-duyun gadis Melayu beraksi ghairah di tiang-tiang besi kelab malam.

Hasan Ali dan geng tidak mahu komen, tidak mahu bantah?

  1. hahaha...nak harap kan pakatan??

    kelaut la..isu penjualan arak d shah alam pun kelaut dengan org2 PAS sekali.negara islam pun tunda..mcm2 pun tunda...

    segala benda yg berbentuk islamik kne pesetujuan DAP n PKR...mmg masak la...

    jadi nk harap kn siapa??

    BN?..
    PAKATAN??

    demokrasi adalah ciptaaan org kafir....

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Mac 29, 2012 3:22:00 PTG      
  2. sedap ni awek melayu...slurrpp

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Mac 30, 2012 5:14:00 PTG      
  3. DOUBLE STANDARD!
    ni baru kes stripper!

    x lagi issu kes toyo!
    haih!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Jun 01, 2012 3:59:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH