Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label ubah suai pejabat. Papar semua catatan

, ,

Selasa, 27 Mac 2012

Hasan Ali JUARA! Juara Apa???



[MK] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata bekas exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali membelanjakan lebih mahal daripada rakan-rakannya untuk mengubahsuai pejabatnya.

Mendedahkan perkara itu di sidang DUN Selangor hari ini, Khalid berkata perbelanjaan Hasan mendahului senarai, iaitu RM329,000 diikuti Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).

Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Ia merupakan satu tamparan terhadap Hasan yang semalam mendakwa Xavier dan Halimah membelanjakan lebih banyak daripadanya untuk mengubahsuai pejabat mereka.

Pada hari yang sama Jeyakumar menafikan dakwaan tersebut manakala Halimah menjelaskan bahawa pejabatnya tidak pernah diubahsuai.

Sebelum ini, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan - ketika menjadi exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam - boros membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat.



P/s: Pejuang Islam, Melayu, Raja! 

Kah kah kah!

Kenyataan MB Selangor mengesahkan bahawa Hasan Ali memfitnah Xaxier dan Dr Halimah!

Pejuang Islam atau Kaki Fitnah?

Aduhai!







, , , , ,

[Wajib Baca] Respons Azmin Ali terhadap Tuduhan Peribadi yang Dikutip Hasan Ali daripada Blog Pro-UMNO


[SH] SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

"Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

"Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.

"Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

"Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah," katanya.

Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

"Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

"Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya," katanya.

Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya".

Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.

Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, beliau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.

"Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.

"Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini," katanya.



P/s: Hasan Ali perlu menjawab dahulu pendedahan Azmin dengan mengemukakan dokumen dan fakta untuk menafikan dakwaan yang dibuat, bukannya menjaja kisah peribadi yang berunsur fitnah atau cuba mengalih perhatian masyarakat dengan menuduh orang lain.

Berdasarkan respons Azmin, isu pemilikan saham yang dikatakan mencecah jutaan RM masih tidak disentuhnya. Hal ini perlu dijelaskan kepada umum agar tiada lagi ruang untuk blog-blog pro-UMNO memanipulasikan isu tersebut untuk kepentingan politik bos mereka.

Kiriman awal tentang isu ini di sini.

, , , ,

Isnin, 26 Mac 2012

Hassan Ali Nafi Walaupun Ada Dokumen Bukti, Kemuka Tuduhan Peribadi Azmin yang Dimainkan Jurublog Pro-UMNO Sejak Sekian Lama untuk Alih Isu


Cerita Azmin itu dan ini sudah kedengaran sejak dahulu lagi. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan, ada pihak yang mendakwa mempunyai bukti salah laku Azmin semasa menjadi SU DSAI ketika beliau berada dalam Kabinet Che Det. Laporan polis juga dibuat, laporan SPRM juga dibuat. Ironinya, sehingga kini tiada pendakwaan dibuat. Malah isu pasir, isu penyalahgunaan dana wakil rakyat, isu dana RM10 juta yang melibatkan LGE, isu pemberian tender di Perak, dan macam-macam lagi dakwaan masih tidak didakwa sehingga kini. Yang pasti, seorang pembantu wakil rakyat PR, mendiang TBH, kehilangan nyawa dalam keghairahan SPRM mencari bukti salah laku pemimpin PR.

Dalam hal ini, TM tidaklah mengatakan bahawa pemimpin PR adalah malaikat, tidak melakukan sebarang kesalahan, cuma jika ada pihak yang mempunyai bukti yang sahih, maka buatlah pendakwaan bagi memastikan Malaysia bebas daripada pemimpin yang korup dan tidak bermoral.  Memandangkan semua agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan pusat, sukar sangatkah agensi ini mencari bukti salah laku tersebut?

Noh Omar baru-baru ini turut mendakwa mempunyai bukti penyelewengan kerajaan Selangor berkaitan dengan beberapa perkara termasuk industri pasir yang kini memberikan pulangan berlipat ganda berbanding semasa dikendalikan di bawah BN. Namun apabila dipanggil untuk memberikan keterangan di hadapan SELCAT, bayang pun tidak nampak, bukti pun entah ke mana. Yang pasti, 1Malaysia ingin mengetahui gerangan wanita yang menjadi teman dansanya di sini. Siapakah wanita itu?

Yang memualkan apabila HA mengutip dakwaan dan fitnah blogger pro-UMNO yang sejak sekian lama berlegar-legar di internet untuk menutup atau mengalih dakwaan salah laku yang didedahkan oleh Azmin. Jika Azmin mengemukakan dakwaan itu bersama-sama dengan dokumen bukti, HA hanya mengemukakan tuduhan bersifat peribadi bersumberkan tulisan-tulisan pencacai UMNO di internet. Apa bukti yang ada di tangan HA?

Berdasarkan laporan media, MB Selangor mengesahkan perbelanjaan RM300 ribu yang digunakan untuk mengubah suai pejabat HA sambil menegaskan segala urusan dijalankan mengikut prosedur. Sebaliknya, kedua-dua exco yang didakwa oleh HA menggunakan wang rakyat untuk mengubah suai pejabat masing-masing melebihi kos RM300 ribu menafikan tuduhan HA dan menjemput wartawan ke pejabat mereka untuk membuat penilaian.

 Selain mengemukakan dokumen penggunaan RM300 untuk tujuan ubah suai pejabat, Azmin juga mendakwa HA menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri untuk mengeluarkan senarai persendirian melibatkan 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR dengan membelakangkan prosedur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan walaupun ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan. Dalam hal ini, hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Cerita dan video di sini.

 
Berita Berkaitan:

[SH] PETALING JAYA - Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan tiga perkara yang didakwa oleh Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri Jumaat lalu, sebaliknya menuntut Timbalan Presiden PKR itu menjawab lima persoalan sebelum mempersoalkan kredibiliti pihak lain.

Salah satu persoalan, menurut Hasan, beliau mahu Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangannya bersama isteri untuk membeli saham mencecah RM2juta pada 1992 hingga 1994.

Katanya, Azmin juga perlu menafikan laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia S.A Vickneswaran yang mendakwa dia bersama isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham mencecah RM8.5juta pada awal 90-an.

Hasan terus menuntut Azmin untuk menafikan tuduhan adik kandunganya, Ummi Hafilda yang mengatakan dia sudah lapan bulan tidak menziarahi ibunya yang kini berusia 78 tahun dan berada dalam keadaan uzur.

“Saya telah menjawab segala tohmahan Yang Berhormat, sekarang giliran Yang Berhormat Bukit Antarabangsa pula untuk menjawab bagi pihak rakyat negeri ini yang ingin tahu setelah bertahun-tahun tidak mendapat respon mengenainya,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, hari ini.

Malah, Hasan berkata, Azmin juga perlu menyahut cabaran para blogger yang memintanya untuk menjalankan ujian DNA ke atas anaknya di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan biologinya.

Menurutnya, beliau mahu Azmin menafikan tuduhan dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk 'Tuhan, Politik dan Seks' yang mendakwa Azmin mengetahui hubungan intim isterinya bersama Penasihat PKR merangkap ketua pembangkang.

Hasan menegaskan, beliau menimbulkan persoalan tersebut kerana padanya Azmin tidak mempunyai 'locus-standi' untuk berbicara mengenai soal intergriti, ketelusan dan soal kredibiliti.

“Banyak pihak yakin selagi dia (Azmin) tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihat Yang Berhormat menutup mulut sahaja dan lebih sesuai untuk mencermin muka sendiri sebelum menuduh orang lain,” katanya.

Hasan berkata, beliau merasakan tuduhan jahat dilakukan Azmin terhadapnya selama ini mungkin disebabkan kerisauan dialami Pakatan Rakyat (PR) terhadap kejayaan siri jelajah politiknya sejak dipecat dari Pas dan digugurkan sebagai Exco.

“Saya merasakan mereka (PR) termasuk Azmin melihat saya sebagai ancaman kepada mereka.

“Inilah saya rasa sebab barangkali mereka mencari jalan dalam minggu-minggu terakhir ini untuk ‘menebas’ saya bermati-matian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun),” katanya.



 P/s: Pelik! Apabila PR mengemukakan bukti UMNO negeri cuba dan telah menggadaikan tanah rizab Melayu di Selangor, langsung tidak kedengaran komen daripada HA. Walhal pendedahan yang dibuat lengkap dengan dokumen yang berkaitan.

Siapa lagi percaya auta HA? Anda?


, , ,

Isu Ubah Suai Pejabat: 2 Exco Selangor Nafi Tuduhan Hasan Ali

Dalam suatu kenyataan, Hasan Ali mendakwa kos pengubahsuaian pejabat melibatkan dua exco Selangor berkali ganda lebih besar daripada kos pengubahsuaian pejabatnya. Menjawab tuduhan HA, Dr Halimah Ali dan Dr Xaxier menafikan tuduhan tersebut, sambil menjemput wartawan mengunjungi pejabat mereka.


Berita Berkaitan:

Kos Pejabat: 2 Exco Nafi Tuduhan Hasan Ali

[SH] SHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri petang ini menafikan dakwaan bahawa jumlah kos ubahsuai pejabat mereka lebih tinggi berbanding kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang didakwa bernilai RM300,000.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya.

“Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai,” kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau.

Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu.

“Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil.

“Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan,” katanya.


Halimah Ali: “Saya Merempat, Tumpang Pejabat Orang”

[WRLR] SHAH ALAM, 26 MAC: Tuduhan Adun Gombak Setia, Dato Dr Hassan Ali yang mendakwa Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah melakukan pengubahsuaian ke atas pejabatnya disangkal hari ini.

Menurut Dr Halimah, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpanginya semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

“Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan,” kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Halimah turut mempelawa wartawan melawat pejabatnya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata.

“Ini mesti tak pernah datang pejabat saya, esok boleh datang supaya boleh tengok sediri pejabat saya.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” katanya lagi.

Sementara itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat.

“Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah ‘partion’, itu sahaja.

“Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah RM300,000 tak?

“Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000.

“Esok saya akan berikan detail kos pengubahsuaian pejabat saya, cuma sekarang saya boleh jamin kos ubah suai pejabat saya cuma memakan kos yang rendah sahaja,” ujar beliau.

Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya ketika mula menjadi exco.

, , ,

Ahad, 25 Mac 2012

“Boleh jadi Azmin hendak membandingkan pejabat Menteri Besar yang tidak diubah suai, tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru," - Khalid Ibrahim


[TMI] KUALA LUMPUR, 24 Mac — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh menggunakan kos yang tinggi untuk mengubah suai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri.

Khalid (gambar) berkata, peruntukan hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan.

“Saya rasa tidak sebab untuk ambil tindakan terhadap perbelanjaan itu kerana ia mengikut tatacara Perbendaharaan.

Bagaimanapun menurut Khalid, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.

“Boleh jadi Azmin hendak membandingkan pejabat Menteri Besar yang tidak diubah suai, tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru,” katanya lagi.

Semalan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam itu membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata Hasan turut membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, yang mana jumlah itu lebih baik disalurkan kepada rakyat.

Hasan telah dilucut keanggotaan oleh PAS kerana mempunyai pendapat dan ideologi yang berbeza daripada kepimpinan parti.

Beliau kemudiannya menubuhkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Jati demi mempertahankan maruah bangsa Melayu, agama Islam, dan institusi raja di negara ini.


P/s: Soalnya duit rakyat dibelanjakan sehingga begitu banyak untuk sesuatu yang mungkin tidak perlu. Jika Hasan Ali menyoal perbelanjaan orang lain yang kononnya membazirkan wang rakyat, maka rakyat juga perlu tahu bagaimana Hasan Ali membelanjakan wang rakyat.


, , ,

Jumaat, 23 Mac 2012

Pekung "Pejuang Islam, Melayu, Raja" Terbuka: Belanja Rm300 Ribu Ubah Suai Pejabat, Membelakangkan Dasar Tender Terbuka


Azmin: Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat

[MK] Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Ali pada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Badan Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan





BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH