Awas, Hati-hati dengan Posisi Bayi Ketika Tidur!
Apabila pengasuh bayi Wong Poh Chun meninggalkan bayi berusia 4 bulan yang dijaganya, bayi itu sedang lena tidur dalam keadaan mengiring/bertiarap (mungkin seperti dipaparkan dalam gambar di atas).
Namun empat jam kemudian, apabila dia mahu membangunkan bayi itu, Wong Poh Chun mendapati bayi itu tidak bergerak dan tapak tangannya menjadi ungu.
Pada inkues yang diadakan pada Khamis, Koroner Negeri Victor Yeo menyatakan bahawa beliau tidak dapat memastikan cara atau punca kematian bayi itu.
Patologi yang memeriksa badan bayi bernama Tan Yik Kiat memberitahu inkues bahawa bayi malang itu meninggal dunia disebabkan sebab semula jadi atau disebabkan Sindrom Kematian Mengejut Bayi atau disebabkan bayi itu lemas dengan tidak sengaja.
Kes ini berlaku di Singapura dan dilaporkan oleh The Straits Times.
P/s: Jika anda mempunyai bayi di bawah usia setahun, perhatikanlah posisi bayi anda tidur.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.