Jamuan 1Malaysia Hidang Bir dan Penyanyi Seksi, Jadi Medan Kutuk Pembangkang di Tenang
Saya petik:
[MK] Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.
Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.
Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.
"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.
"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.
"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.
"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.
Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.
Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.
"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.
P/s: Kempen BN sudah bermula! Aktiviti "rasuah" pun bermula! Seolah-olah menjadi "trademark" apabila membuat jamuan untuk masyarakat Cina, masyarakat bukan Islam amnya, maka gadis seksi diupah sebagai penyanyi atau penari, pengunjung pula dijamu bir. Sedangkan pengunjung boleh dihidangkan dengan makanan yang "menyihatkan", dan dihiburkan dengan persembahan yang tidak menjejaskan moral pengunjung. Biarpun sasaran jamuan ini untuk orang Cina, namun jamuan itu digelar "jamuan 1Malaysia"!
Saya tidak kisah jika hipokrit ini mahu mempersenda tokoh yang menjadi seteru politiknya, namun tindakannya membandingkan pemahaman pemimpin DAP terhadap Islam dengan pemahaman umat Islam tentang Islam, menunjukkan betapa "baghalnya" Isa Samad. Dia mengaku kadangkala orang Islam (dia la kot?) kurang faham tentang Islam dan mempersoal pemahaman Lim Kit Siang dan Karpal Singh terhadap Islam, walhal baru bekerjasama dengan PAS dalam tempoh 2-3 tahun. Karpal dan Lim Kit Siang bukannya memahami Islam sebagai penganut, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang sewajarnya mengetahui budaya dan agama kaum lain di Malaysia. Dia sepatutnya memuji langkah PAS mendekatkan orang bukan Islam dengan Islam, menjelaskan Islam kepada orang bukan Islam, mengikis persepsi buruk orang bukan Islam terhadap Islam, bukannya membuat kenyataan yang mengelirukan. Janganlah kerana kepentingan politik habis semua usaha pembangkang dibakulsampahkan, walhal usaha tersebut untuk kebaikan masyarakat berlainan agama di negara ini.
Berdasarkan sikap Isa Samad ini, maka tidak hairanlah ada orang MCA, parti yang sudah berkawan dengan UMCO lebih 50 tahun, tidak dapat membezakan azan Subuh dengan kuliah agama. Kejahilannya itu telah mendorong ahli MCA itu menghantar surat kepada PM agar bunyi azan dikawal dan diperlahankan. UMCO dan BN memerintah negara ini selama lebih 50 tahun, namun majoriti orang bukan Islam masih kurang memahami agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini./www.duniacacamarba.blogspot.com
Buruk nya perangai Isa Samad tetapi betul lah tu dia mengaku dia dah tua pun tak faham Islam.
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Januari 18, 2011 12:29:00 PTGTeruk nya pemimpin UMNO ni! Memalukan!
Alaaa... apa bezanya dengan para pemimpin Pakatan Rakyat pun! Mengata dulang paku serpih, mengata kat orang, depa yang lebih2!!!
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Januari 18, 2011 1:17:00 PTG