Takziah Badrul: Rakyat Bersorak & BN Mungkin Tidak Memerlukan Anda Lagi!
Malaysia Kini melaporkan bahawa Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Menurut Teng, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri yang tidak memperuntukkan ADUN untuk merayu. Mengikut Artikel 69 Perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh Speaker.
Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi. Dia kemudiannya meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.
Dengan kekosongan DUN Perlabuhan Kelang, maka negara bakal menyaksikan PRK ke-15.
Adios Badrul! Rakyat bersorak, BN dan UMCO mungkin tidak memerlukan anda lagi!
P/s: Ada jurublog UMCO mempersoal Speaker Selangor mengumumkan kekosongan tersebut kerana bagi mereka hanya SPR yang boleh berbuat demikian. Kata mereka, tindakan Speaker tidak mengikut protokol. Masalah besarkah isu ini?
Yang menentukan kekosongan/status kerusi ialah Speaker berdasarkan peruntukan yang diberi, SPR pula mengesahkan kekosongan tersebut kepada umum berdasarkan notis daripada Speaker dan membuat keputusan untuk melaksanakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan yang disahkan oleh Speaker. Dalam kes ini, pilihan raya perlu diadakan kerana sebab kekosongan itu sudah jelas kecuali UMCO menggunakan muslihatnya untuk menafikan hak Speaker dalam hal ini.
Badrul ketika ditanya tentang hal ini menafikan dakwaan Speaker dan akan berbincang dengan bosnya dalam UMCO.Jeng..jeng...jeng! Apa muslihat mereka?

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.