Menantu Lahanat!
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Bukan sekadar cermin dua kereta dipecahkan, malah bapa mentua dan adik ipar sendiri turut dicederakan seorang lelaki yang naik angin selepas isterinya tidak mahu pulang ke rumah kerana menghadiri majlis pertunangan adiknya.Kejadian berlaku di rumah bapa mentua terbabit di Jinjang di sini, malam Ahad lalu, selepas dia yang berusia 50-an campur tangan untuk meredakan kemarahan menantunya yang berusia 30-an.
Sumber polis berkata, selepas mengamuk dan memecahkan cermin dua kereta di rumah bapa mentuanya, menantu berkenaan meninggalkan tempat kejadian selepas ditenangkan bapa mentuanya.
Namun, kemarahannya nyata belum reda apabila dia menghubungi adik iparnya yang berusia awal 20-an kira-kira jam 10 malam kononnya mahu berjumpa bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.
“Adik iparnya yang ditemani dua rakan berusia awal 20-an serta bapanya pergi menemui suspek di sebuah restoran berhampiran kawasan perumahan mereka.
“Bagaimanapun, semua mereka tiba-tiba diserang sekumpulan 10 lelaki tidak dikenali bersenjatakan kayu dan besi dipercayai rakan suspek,” katanya.
Sumber itu berkata, walaupun dapat melarikan diri, dua daripada empat mangsa termasuk bapa mentua suspek cedera pada tangan dan badan.
“Keempat-empat mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Jinjang. Dua daripada mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.
Menurutnya, semua kejadian itu berpunca daripada sikap baran suspek.
“Suspek berang apabila isterinya enggan patuh kepada arahannya supaya pulang ke rumah sebaliknya terus menghadiri majlis pertunangan adiknya,” katanya.
Difahamkan, suspek dan isterinya yang berkahwin dua tahun lalu memang mengalami masalah rumah tangga kerana sering bertengkar.
Sumber itu berkata, suspek bagaimanapun ditahan berhampiran kawasan rumahnya kira-kira jam 11 malam kelmarin, namun rakannya yang lain masih dikesan.
Suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. -Mohd Firdaus Ibrahim
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.