[UM] KUALA LUMPUR 25 Jan. - ''Walaupun saya bersimpati dengan nasib perayu sebagai seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak yang cacat tetapi saya tidak melihat sifat keinsafan perayu mengenai apa yang dilakukan ke atas mangsa.''
Sejurus selesai membaca penghakiman tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ghazali Cha memutuskan menolak rayuan suri rumah, Hau Yuan Tyng, 45, bagi mengetepikan sabitan salah atas tiga tuduhan mencederakan bekas pembantu rumah warga Indonesia, Siti Hajar Sadli.
Beliau turut meminda hukuman penjara lapan tahun dan denda RM5,000 yang dikenakan ke atas bekas ejen hartanah itu kepada penjara 11 tahun bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
Sebaik sahaja dimaklumkan oleh jurubahasa, raut wajah Yuan Tyng jelas kelihatan marah dan tidak puas hati dengan keputusan tersebut.
Bagaimanapun, wanita itu yang diwakili peguam bela, M. Manoharan sekali lagi berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan terakhir.
Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt.
Pada 20 Mei tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Siti Hajar menggunakan air panas dan tukul besi yang boleh menyebabkan kematian.
Hukuman penjara tersebut diperintahkan berjalan secara berasingan.
Komathy turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan mangsa dengan menggunakan gunting dan diperintahkan berjalan serentak dengan hukuman terdahulu.
Yuan Tyng didapati bersalah melakukan perbuatan itu antara Februari hingga 7 Jun 2009 di kediamannya No. 1-19-1, Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara di sini.
Selain hukuman penjara, ibu kepada dua anak itu turut diperintahkan membayar pampasan berjumlah RM5,000 kepada bekas pembantu rumahnya.
Terdahulu, dalam penghakimannya, Hakim Ghazali menyatakan, walaupun terdapat beberapa bahagian dalam keterangan mangsa yang kelihatan tidak logik atau bercanggah, apa yang penting, keterangan itu telah disokong oleh keterangan pakar-pakar dan juga laporan-laporan forensik serta kimia.
Beliau turut bersetuju bahawa pembelaan pihak perayu adalah satu perkara yang ditokok-tambah bagi menimbulkan keraguan dan isu yang dibangkitkan tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana saksi di peringkat pembelaan.
''Selepas merujuk kembali kepada kes pendakwaan melalui bukti dan keterangan perubatan serta kecederaan yang dialami oleh mangsa, saya berpendapat tiada kemungkinan kecederaan itu direkacipta oleh mangsa bagi meletakkan perayu dalam kesusahan.
''Tiada juga kemungkinan kecederaan itu sesuatu yang boleh disifatkan dilakukan sendiri oleh mangsa,'' kata hakim tersebut.
Beliau kemudian meminda hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah menggunakan air panas dan tukul besi kepada penjara lima tahun setiap pertuduhan.
Bagi pertuduhan ketiga iaitu menyebabkan kecederaan menggunakan gunting, hukuman penjara enam bulan dipinda kepada penjara setahun.
Hakim Ghazali turut memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan berasingan bermula dari tarikh jatuh hukum sebelum ini iaitu pada 20 Mei tahun lalu.
Walaupun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman, hakim tersebut menaikkan jumlah jaminan perayu daripada RM15,000 kepada RM25,000 dengan dua penjamin.
P/s: Berdasarkan nama, wanita yang mendera amahnya dengan kejam ini bukan beragama Islam, namun, dia memakai pakaian seperti wanita Islam semata-mata mahu melindungi identitinya.
Guna agama Islam untuk 'bersembunyi' dari kesalahan dan mengharapkan bahawa hakim akan bertolakansur bahawa macam nyonya ni dah insaf... Ingat insaf manusia ni... boleh jual beli ker? Tahniah kepada hakim di atas hukuman yg setimpal kepada manusia binatang nih...kalau aku, aku kasi seumur hidup jer, baru tau... rumahtangga sendiri pun nak upah org jaga... cari la 'China Doll' jaga... nasihat aku... L.A.N.C.H.A.U. LU.
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Januari 26, 2011 11:25:00 PTGmagua_putra@2000