Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label bajet. Papar semua catatan

,

Selasa, 10 November 2015

'Tolak Bajet 2016 Tak Jejas Gaji Penjawat Awam' - Mahfuz




MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menolak tanggapan kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan kakitangan kerajaan tidak akan menerima gaji bulanan mereka.

Beliau berkata bajet "anti rakyat" wajar ditolak bagi membolehkan belanjawan baru "pro rakyat dan negara" dibentang semula bagi melancarkan pengurusan kewangan negara supaya tidak membebani hidup rakyat.

"Salah faham kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan negara tidak boleh berbelanja dan kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji adalah suatu yang salah. Menolak bajet perlu dilihat bahawa suatu bajet yang lebih baik diperlukan.

"Menolak bajet bermakna suatu bajet baru perlu dibentangkan semula," katanya dalam satu kenyataan.

Mengukuhkan hujahnya, Mahfuz mengemukakan bukti bahawa bajet tahun 2000 dibentang dua kali, kali pertama pada 29 Oktober 1999 oleh Menteri Kewangan ketika itu Tun Daim Zainuddin.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata belum pun sempat Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskannya bajet tersebut, Parlimen dibubarkan pada 11 November 1999.

"Selepas PRU ke-10, Mesyuarat Pertama Parlimen ke-10 berlangsung pada 20-23 Disember 1999 selama 4 hari.

"Selepas upacara angkat sumpah, suatu peruntukan perbelanjaan untuk 2 bulan pertama tahun 2000 dibentang, dibahas dan diluluskan.

"Bajet baru tahun 2000 hanya dibentangkan pada 25 Februari 2000," katanya.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata tiada masalah untuk pengurusan negara yang berjalan lancar dengan kakitangan kerajaan terus mendapat gaji bulanan seperti biasa sekiranya Bajet 2016 ditolak.

"Menolak Bajet 2016 sama dengan Bajet 2000 yang tidak diluluskan kerana parlimen dibubar. Yang membezakan keduanya ialah menolak Bajet 2016 bererti menolak kepimpinan Najib dan anggota kabinet yang ada," katanya.

Justeru, Mahfuz berkata jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, pembentukan kabinet baru dan membentang bajet baru untuk rakyat dibuat dengan mengambil kaedah sepertimana yang berlaku kepada bajet tahun 2000.

"Jika Najib enggan meletakkan jawatan beliau hendaklah bentang dan luluskan peruntukan untuk 2 bulan pertama 2016 kemudian bulan Feb 2016 membentang bajet baru 2016.

“Jika Najib terus berdegil dia boleh mohon perkenan Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sepertimana yang berlaku pada Parlimen ke 9 dan begitulah seterusnya,” kata Mahfuz. - Malaysia Kini/8/11/15

Respon Timbalan Presiden Pas fasal tolak bajet di sini.

, , , ,

Ahad, 1 November 2015

PAS Berkecuali Cadangan Tolak Bajet 2016, Apa Respon PKR dan DAP?


PAS mengambil langkah berkecuali daripada rakan pembangkang yang lain dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kesemua ahli parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan langkah tersebut, lapor Sinar Harian hari ini.

"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.

Hadi mengulas kenyataan MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyarankan kesemua ahli parlimen pembangkang menolak usul bajet sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Najib.

Dalam pertentangan bajet bulan lalu, MP pembangkang menyambut pembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis "Mana 2.6 bilion?"

Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa anggota parlimen dari PAS tidak mengangkat plakad itu. -Malaysia Kini/1/11/15

Berkaitan:

Tolak Bajet 'Tanggungjawab Moral', Kata PKR kepada PAS

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti Islam itu tidak akan menolak Bajet 2016.

"Saya harap PAS akan mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak menolak bajet itu.

"Saya takut keputusan tidak menolak bajet oleh mana-mana anggota parlimen pembangkang daripada mana-mana parti memberikan kedudukan yang tidak baik pada hati nurani dan rakyat," katanya kepadaMalaysiakini.

Rafizi berkata ini kerana bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "terburuk yang pernah berlaku".

Naib Presiden PKR itu juga berkata ia juga merupakan harapan takyat untuk melihat Najib disingkirkan daripada perjabatnya.

"Empat daripada lima orang tidak gembira dengannya," katanya.

"Oleh itu, saya rasa tiada ada apa yang tinggal yang baik tentang pentadbirannya yang menjamin pendekatan dua parti.

"Hakikatnya, saya fikir ia adalah tanggungjawab moral setiap ahli Parlimen untuk mengundi menolak bajet untuk menyingkirkan Najib," katanya.

Sinar Harian hari ini melaporkan Hadi berkata keputusan berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 dipersetujui sebulat suara oleh kesemua ahli Parlimen PAS.

"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.- Malaysia Kini/1/11/15


DAP: Enggan Tolak Bajet Tunjuk PAS Mahu Bersama BN



Keengganan PAS untuk menolak usul Bajet 2016 adalah bukti bahawa dakwaan parti Islam itu bersama dengan parti pembangkang adalah tidak benar.

"Kami kecewa bahawa mereka (PAS) tidak menyokong undi tidak percaya.

"Itu menunjukkan kenyataan sebelum ini bahawa PAS mengatakan mereka bersama-sama dengan parti-parti pembangkang, adalah tidak benar.

"Dan mereka sebenarnya bekerja rapat dengan BN,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika ditemui pemberita pada konvensyen DAP Selangor hari ini.

Menzahirkan rasa kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, Lim berkata rakyat kini perlu memutuskan parti mana yang harus disokong berdasarkan keputusan PAS itu .

"(Dulu), mengundi PAS adalah sebahagian daripada alternatif (untuk BN). Kini mereka telah menunjukkan bagaimana mereka mahu bersama dengan BN.

"PAS pada satu masa menjadi sebahagian dengan Pakatan Rakyat, tetapi kini kenyataan (Hadi) menunjukkan bahawa mereka (PAS) kini adalah sebahagian masalah bersama BN," kata Lim.

Hadi hari ini dilaporkan berkata, keputusan untuk mengambil tindakan berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 dipersetujui sebulat suara oleh kesemua ahli Parlimen PAS.

"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Hadi seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini. - Malaysia Kini/1/11/15


P/s: Agenda Unity Government (UG).

Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?

2. https://www.youtube.com/watch?v=Qjo_A7Izr0g (penjelasan HA tentang usaha menyingkirkan geng progresif (G18), halangan etc)
5. https://www.youtube.com/watch?v=FVwjIhrltdw (pengakuan pak lebai, TGNA tidak tahu-keluar kenyataan boneka UMNO, penjelasan Nasa tentang UG)

"Selagi Nik Aziz ada di situ Pas tidak mungkin sama sekali bergabung dengan UMNO."

"Nik Aziz ada di situ, Anwar ada di situ, parasit-parasit (G18) ada di situ, jalannya terlalu sukar bagi saya."

Anwar sekarang di penjara, TGNA sudah tiada, parasit-parasit (G18) sudah disingkirkan (antara sebab Amanah diwujudkan), apa langkah berikutnya?


, ,

Isnin, 24 November 2014

Dua Berita, Azmin Bentang Bajet Terbesar, Khalid Ibrahim Tinggalkan Sidang DUN


Selangor Umum Bajet Defisit, Terbesar 2015

[Malaysia Kini] Belanjawan Selangor bagi tahun 2015 merupakan satu belanjawan defisit dan terbesar sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ini kerana, anggaran perbelanjaan negeri pada tahun depan berjumlah RM2.42 bilion untuk melaksanakan rancangan pembangunan sementara kutipan hasil negeri itu dianggarkan berjumlah RM1.97 bilion.


Jumlah defisit yang dihasilkan ialah sebanyak RM450 juta. 

Jumlah yang dibentangkan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali juga antara terbanyak berbanding perbelanjaan tahun lalu yang dibentangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu sebanyak RM1.85 bilion.

"Kutipan hasil negeri Selangor bagi tahun 2015 dianggarkan meningkat 6.49 peratus kepada RM1.97 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2014.

"Berdasarkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan meyakinkan, maka kerajaan negeri mencadangkan agar anggaran perbelanjaan 2015 berjumlah RM2,422,500,000 bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan khususnya program kesejahteraan rakyat," kata Azmin.


Beliau berkata demikian ketika membentangkan belanjawan negeri itu 2015 di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam.

Menurut Azmin lagi, daripada jumlah perbelanjaan itu, sebanyak RM1.29 bilion (53.19%) diperuntukan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.13 bilion (46.81 peratus) bagi perbelanjaan pembangunan.

Pada 2014, jumlah belanjawan negeri bagi kegunaan perbelanjaan ialah sebanyak RM1.225 bilion (66.2%) manakala RM625 juta pula digunakan untuk tujuan pembangunan. - Zulaikha Zulkifli/24/11/14

Berkaitan:

Khalid Ibrahim tinggalkan DUN sebelum Azmin bentang bajet


PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa lembaga disiplin berhubung isu penstrukturan industri air, hutangnya dengan Bank Islam dan projek lebuhraya Kinrara-Damansara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2014.

[The Malaysian Insider] Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum penggantinya, Mohamed Azmin Ali membentangkan Bajet 2015.

Khalid yang menerima kecaman hebat ekoran bayaran pampasan lebih RM2.5 juta kepada bekas pembantunya dilihat meninggalkan perkarangan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam pada pukul 11 pagi tadi, separuh masa semasa sesi soal jawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu bagaimanapun tidak bercakap dengan sesiapa tanpa sempat dihidu warga media.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, RM2.27 juta pampasan dan RM376,000 tiga bulan gaji diberikan kepada lapan bekas kakitangannya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin menerima jumlah pampasan tertinggi, iaitu sebanyak RM695,400.

Azmin mengakui wujudnya unsur penyalahgunaan pemberian pampasan tersebut dan akan membincangkan tindakan sewajarnya selepas pelantikan pengurusan MBI baru angkat sumpah bulan depan.

Namun, Khalid dilaporkan akhbar The Star berkata, bayaran dibuat sebagai skim pemberhentian sukarela (VSS) yang diberikan kepada pembantunya apabila meletakkan jawatan September lalu.

Khalid turut mempertahankan bayaran VSS itu dibuat kurang daripada 2% daripada RM112 juta rizab tunai MBI.

PKR memecat Khalid pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa lembaga disiplin berhubung isu penstrukturan industri air, hutangnya dengan Bank Islam dan projek lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Tekanan itu diterima Khalid sejak awal tahun, apabila pemimpin PKR mahukannya berundur bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi ketua eksekutif negeri.

Krisis pentadbiran Selangor selesai apabila istana melantik Timbalan Presiden PKR Azmin sebagai menteri besar baru. – Jamilah kamaruddin/24 November, 2014.


,

Isnin, 13 Oktober 2014

Nota Perbahasan Bajet 15 Ketua Pembangkang



NOTA PERBAHASAN
BAJET 2015
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
13 OKTOBER 2014


Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 10 Oktober 2014 yang lalu.


MUQADDIMAH

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan cara yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada para penguasa kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, ketika kamu mengetahui (salahnya)”. Al-Baqarah 188


PENDEKATAN DAN KONSEP BELANJAWAN 

  1. Belanjawan negara bukannya hanya mengenai angka perbelanjaan yang berubah dan meningkat saban tahun. Pastinya ianya bukan hanya lakaran yang dihiasi dengan akronim-akronim menarik yang dikitar semula tetapi tidak ketara dalam penghasilannya.
  1. Belanjawan negara sewajarnya menjawab dua persoalan utama. Pertama, mengukuh paksi ekonomi dan memacu pertumbuhan rancak, dengan maksud meningkat hasil dan pendapatan negara. Kedua, mempastikan perbelanjaan terurus untuk memperkemas prasarana dan memastikan pengagihan adil dan saksama buat segenap lapisan masyarakat.
  1. Justeru itu, pendekatan belanjawan Pakatan Rakyat 2015 disandarkan kepada sepuluh asas utama iaitu;
    1. Pengukuhan tatakelola untuk menghapuskan rasuah dan ketirisan
    2. Pengurangan defisit belanjawan negara kepada kadar 2.6%
    3. Lebihan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan
    4. Menentang GST yang mencukai gologan miskin dan memperkenalkan CGT untuk mencukai keuntungan modal
    5. Menjaga amanah khazanah minyak dan gas negara
    6. Mempertahankan perdagangan bebas yang adil untuk semua
    7. Penetapan gaji yang adil untuk hidup bermaruah
    8. Bebas daripada kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang meningkat
    9. Pembangunan desa yang menyeluruh
    10. Menjamin hak perumahan untuk rakyat
  1. Lantaran kerangka dasar dan kebijakan ekonomi kami bermula dari pimpinan dan pengurus tertinggi mengamalkan tatakelola baik dan urustadbir yang berkesan. Apakah kita punyai tekad politik dan keupayaan menghentikan amalan boros dan rasuah, memperkaya kroni dan elit yang mengakibatkan peningkatan kos dan bebanan terhadap rakyat terbanyak? Disinilah pada asasnya pertembungan ketara pendekatan Bajet 2015 BN dan Belanjawan PR.
  1. Di dalam belanjawan Pakatan Rakyat 2015, kami juga telah mengenalpasti beberapa kepincangan pentadbiran ekonomi amalan Barisan Nasional yang bakal mendatangkan kesan negatif kepada rakyat dan ekonomi negara. Pada hemat saya, kepincangan ini wajar diperbetulkan dahulu sebelum perancangan ekonomi jangka sederhana dan panjang dapat dilaksanakan:
    1. Sistem cukai yang lebih mesra golongan maha kaya untuk kekal kaya manakala golongan bawahan dipaksa menanggung bebanan cukai negara
    2. Tatakelola yang lemah, akibatnya budaya rasuah terus membarah didalam kerajaan dan pentadbiran ekonomi
    3. Ketidaktelusan dan ketidakcekapan dalam menangani rundingan peringkat antarabangsa seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang boleh memberikan kesan yang besar kepada daya saing industri tempatan dan kos sara hidup rakyat
    4. Pergantungan berterusan kepada hasil industri minyak dan gas, ditambah pula dengan pengurusan hasil sedia ada yang tidak berhemah
KRITIK BELANJAWAN BARISAN NASIONAL
  1. Tinjauan Pakatan Rakyat mendapati bahawa rakyat dan komuniti perniagaan rata-ratanya melihat belanjawan ke 6 ini sebagai ‘non-event’ kerana masih tiada usaha dari pihak kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan asas yang mengakibatkan defisit negara membengkak sementara ketirisan dan amalan boros tetap berleluasa berlaku.
  1. Perbelanjaan pengurusan negara yang sentiasa bertambah setiap tahun semenjak belanjawan-belanjawan yang terus dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan bertambah kepada RM 223.4bn (2015) daripada RM 217.7bn (2014). Kadar pertambahan tahunan dilihat sedikit berkurangan kepada 3.71% berbanding 4.96% tahun sebelumnya. Walaupun ini relative satu pembaikan boleh dikira sebagai pembaikan dari segi disiplin fiskal, namun soal tatakelola masih parah.
  1. Perbelanjaan pembangunan pula memecahkan tradisi pengurangan tahun ke tahun, di mana ianya bertambah kepada RM 50.5bn (2015) daripada RM 46.5bn (2014).
  1. Nisbah perbelanjaan mengurus kepada pembangunan kekal sekitar 82:18, sama seperti 2014. Perlu dinyatakan bahawa nisbah yang lebih baik telah diunjurkan oleh Menteri Besar Selangor yang baru untuk digunakan sebagai asas belanjawan negeri Selangor 2015.
  1. Meskipun belanjawan Barisan Nasional diramalkan akan mengurangkan defisit negara kepada 3% KDNK pada 2015 daripada 3.5% 2014. Namun belum tampak tanda-tanda permasalahan deficit mampu dibendung.
  1. Pertambahan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri terus meningkat belanjawan ini dengan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM 22.62bn. JPM perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah. Perbelanjaan JPM dibawah PM sekarang adalah tertinggi dalam sejarah.
  1. Kementerian Belia dan Sukan juga tidak terelak dalam mencatatkan kadar peningkatan pembangunan tahunan tertinggi sebanyak 138.5% kepada RM 415juta? Sementara kita akui keperluan latihan dan aktiviti belia, namun acara pesta-pestaan yang membazir wajar dihentikan. Peruntukan sukan perlu diukur dengan keupayaan mengangkat mutu sukan negara.
  1. Saya anggap satu keanihan manakala  terdapat peruntukan sebanyak RM10 juta di bawah Perbendaharaan bagi penubuhan cawangan Bank Dunia di Malaysia. Bank Dunia seharusnya menyalurkan ransangan tetapi Malaysia memilih untuk menyediakan dana.

KEMURUNGAN EKONOMI DUNIA 

  1. Permasalahan tatakelola lebih merebak tatkala kita berhadapan dengan kemelut ekonomi dunia kini. Umpamanya, dasar Amerika Syarikat untuk menamatkan program ‘Quantitative Easing’ bakal mengakibatkan peningkatan kadar faedah pada pinjaman. Jerman dan Jepun dilaporkan bakal mengalami kemelesetan ekonomi, manakala ketidaktentuan terus menyelubungi ekonomi China akibat dari kejatuhan nilai sektor hartanah dan tahap hutang (credit bubble).
  1. Ketidaktentuan ini bakal menyebabkan kemurungan ekonomi pada rakan dagang utama negara seperti China, Kesatuan Eropah, Jepun dan seterusnya menjejaskan pendapatan eksport Malaysia sebagai sebuah negara dagang.
  1. Tentunya apabila pendapatan eksport terjejas, permintaan domestik harus digalakkan untuk terus menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan. Akan tetapi, beberapa petanda awal menunjukkan bahawa negara juga sedang dilanda kemurungan ekonomi.

PERBELANJAAN NEGARA TERUS TIRIS

  1. Pakatan Rakyat saban tahun telah menegur pihak kerajaan akan amalan boros dan rasuah yang diamalkan kerajaan. Namun begitu, teguran ini adalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Saban tahun kita terus menyaksikan pembaziran demi pembaziran dilaporkan dalam laporan Ketua Audit negara. Jika diteliti teguran-teguran Ketua Audit Negara menzahirkan pembaziran dan ketirisan berterusan. Slogan NKRA yang mensasarkan pemberantasan rasuah kekal sebagai slogan semata.
  1. Hutang kerajaan persekutuan untuk 2013 berjumlah RM 569bn atau 53% KDNK, jumlah contingent liability RM 158bn serta anggaran kehilangan dana terkumpul berjumlah RM 1.2 trillion dari Malaysia semenjak 2002 hingga 2011 menurut laporan Global Financial Integrity. Mengapa masalah besar ini tidak disentuh dalam kerangka bajet negara?
  1. Malah, perangkaan Corruption Perception Index meletakkan Malaysia sebagai negara ke-53 dilihat paling rasuah daripada 177 negara, dibelakang Rwanda dan Botswana. Laporan terkini Asia Pacific Fraud Survey Report series 2013 bertarikh Oktober 2014 daripada Ernst & Young mengatakan Malaysia adalah negara paling rasuah di Asia Pasifik selepas China dan lebih gemar mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran ekonomi, akibat peningkatan persaingan dan keadaan ekonomi yang mencengkam.
  1. Kajian Pakatan Rakyat yang dalam belanjawan 2015 mendapati bahawa terdapat 4 komponen perbelanjaan kerajaan persekutuan yang terdedah besar kepada amalan rasuah akibat tatakelola yang lemah. Ianya adalah komponen khidmat dan bekalan, aset, bayaran/kenaan tetap dan belanja pembangunan. Jika diandaikan 15% sebagai kadar ketirisan dan rasuah yang konservatif, pada jumlah perbelanjaan ini, maka sebanyak RM 18bn ke RM 20bn boleh dijimatkan. Ini bersamaan dengan pengurangan angka defisit negara sebanyak 1.5%. Nah, jika ini berlaku, negara tidak perlu pada GST 6% dan langkah pengurangan subsidi petrol yang mendadak.
  1. Penaiktarafan Lebuhraya Pan-Borneo yang dicanangkan setiap tahun semenjak 2010. Ia bermula dengan jarak 2239km dan kos RM 22bn, juga telah diulang kembali dalam ucapan Perdana Menteri. Anehnya jajaran ini kini berjarak lebih pendek, iaitu 1663km tetapi kosnya telah melonjak naik ke RM 27bn (+23%). Perlu ada penjelasan mengapa lebuhraya dipendekkan dan kos meningkat.
  1. Malaysia juga dilihat terperangkap dengan ekonomi nilai rendah dan kini terpaksa pula bersaing dengan negara-negara baru yang struktur kosnya lebih rendah. Akibatnya kadar peningkatan pendapatan rakyat jauh ketinggalan berbanding kadar kenaikan kos sara hidup.
KENYATAAN PENDAPATAN RAKYAT
  1. Angka Jabatan Perangkaan Negara melaporkan bahawa purata kenaikan gaji tahunan semenjak 2010 hingga 2013 hanyalah pada kadar 4% setahun, manakala kos pengangkutan dan makanan (menurut sub-indeks CPI) masing-masing mencatatkan kenaikan yang berterusan pada kadar 5.4% dan 3.6% setahun. Harga rumah kediaman pula naik pada kadar purata 8% hingga 10% setahun.
  1. Akibatnya, rakyat terpaksa berhutang semata-mata untuk menampung perbelanjaan asas. Angka terkini nisbah hutang isirumah keluarga Malaysia kepada pendapatan lebihan (disposable income) adalah pada kadar 140%, antara yang tertinggi di dunia. Jumlah hutang isirumah Malaysia juga telah mencecah 86.6% daripada keseluruhan nilai ekonomi negara, berbading 81% pada tahun 2012.
  1. Laporan awal Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014 ke atas 42,000 isirumah menunjukkan bahawa 50% pewarta berpendapatan kurang daripada RM 4,258 sebulan manakala masih terdapat 28.7% daripada rakyat negara ini yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.
  1. Sejak tahun lalu, karya menarik Thomas Piketty ”Capital In The 21st Century” telah mengundang wacana segar termasuk Paul Krugman dan Joseph Stieglitz. Penekanan tesis beliau adlah tentang pertumbuhan ekonomi tanpa kepedulian dan peningkatan taraf hidup serta pendapatan rakyat terbanyak TIDAK mampan dan mampu dipertahankan. Dalam sidang belanjawan kali ini saya le3bih merujuk penyelidikan Muhammed Abdul Khalid dalam bukunya “The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia” ada menggambarkan beberapa realiti pencapaian ekonomi rakyat Malaysia yang akan saya sebut di sini;
    1. Dalam sektor pengilangan dan pekerja bawahan, bumiputera berjumlah 30%, Cina 20% dan India 46% pada tahun 2011. Untuk sektor pengurusan dan professional, Bumiputera hanyalah 15%, manakala Cina 23.4% dan India 16.8%. Masyarakat Melayu/Bumiputera melahirkan kebimbangan kerana terbatas peluang di sektor swasta. Kami merujuk kajian oleh Dr Lee Hwok Aun (Universiti Malaya) dan Dr Muhd Abdul Khalid (UKM) ”Does Race Matter In Getting An Interview” (2012). Manakala masyarakat bukan Melayu mengungkit kerana peluang terhad di sektor awam. Bagi memperbaiki perbezaan ini, ingin saya mencadangkan agar diwujudkan suatu ‘Equal Opportunites Commission’ untuk memastikan bahawa ruang-ruang pekerjaan terus dibuka tanpa mengira kaum bagi mengelakkan pengekalan diskriminasi pekerjaan mengikut kaum.
    2. Perdana menteri ada menyebut akan pentingya negara mempunyai pasaran saham yang rancak. Soalnya siapa yang untung, kerana realitinya lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang aset kewangan dan lebih 70% daripada golongan ini adalah Bumiputera.
    3. Golongan 10% terkaya dilaporkan memiliki 77% aset kewangan negara pada tahap 14,211% lebih tinggi daripada purata rakyat. Manakala 80% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% daripada aset kewangan.
    4. Walaupun Amanah Saham Bumiputra (ASB) dikhaskan untuk Bumiputra, lebih 55% bumiputra tidak mempunyai akaun ASB. Orang-orang kaya dari kalangan Bumiputra (yang hanya berjumlah 0.2% dari kesemua penabung ASB) memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB dari keseluruhan 80% penabung biasa yang lain.
    5. Majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai aset kewangan dengan indeks Gini melebihi 0.8 untuk kesemua kaum.
    6. Gologan 10% terkaya juga dilaporkan memiliki aset hartanah pada tahap 294% lebih tinggi daripada purata rakyat. Dari segi pemilikan hartanah, 32% daripada penduduk bandar tidak memiliki hartanah manakala kadarnya hanyalah 17% untuk penduduk desa.
  1. Jelas golongan maha kaya terus membolot kekayaan negara. Ingatlah larangan Allah:


“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).” Al-Hasyr, 7



RASIONALISASI SUBSIDI DAN KESANNYA KE ATAS EKONOMI DAN ISI RUMAH MISKIN MALAYSIA

  1. Kajian daripada Professor Dr Fatimah Kari (Universiti Malaya) juga menunjukkan bahwa nisbah pendapatan pekerja bandar adalah 2 kali ganda melebihi pekerja. Lebih membimbangkan lagi bahawa nisbah ini terus kekal semenjak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan pada 1970-an.
  1. Kajian Dr Lee Hwok Aun, 2013 menunjukkan bahawa pencapaian pendidkan bumiputera di Sabah dan Sarawak lebih jauh ketinggalan daripada kaum Melayu di sana. Lebih kurang 58% kanak-kanak Iban dan 46% kanak-kanak bukan Kadazan hanya berpendidikan tahap sekolah rendah. Sudah tentunya ini akan mengakibatkan pendapatan bumiputera Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan berbanding rakyat di Semenanjung.
  1. Emolumen penjawat awam yang dunjurkan bertambah pada kadar 3.3% untuk 2015 dijangka lebih rendah daripada anggaran CPI kami pada 4%. Oleh itu, penjawat awam dijangka akan merasai himpitan kos sara hidup pada tahun perlaksanaan GST, 2015, meskipun pihak kerajaan mengatakan akan terus membela nasib mereka.

GST SISTEM CUKAI REGRESIF, CGT SISTEM CUKAI PROGRESIF

  1. Ahli ekonomi Perancis, Thomas Picketty menyarankan supaya cukai-cukai yang bersifat progresif (iaitu mencukai golongan kaya dan melindungi golongan miskin) diperkenalkan malah diperkukuhkan.
  1. Mengambil pakai saranan ini, Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tanggungjawab kerajaan adalah untuk menggunapakai kaedah yang paling adil untuk mencukai pelbagai bentuk modal dan keuntungan modal yang diperolehi kerana modal serta keuntungan itu lebih tertumpu di tangan golongan kaya. Kami juga berpendapat bahawa cukai konsumpsi seperti GST yang bakal dikenakan kepada semua hanya akan berkesan apabila kesemua penerima gaji membayar cukai. Lebihan cukai wajar dikenakan kepada penerima gaji yang bergaji besar bagi mengimbangi pengurangan cukai kepada golongan bergaji rendah, apabila cukai konsumpsi dilaksanakan. Dalam keadaan hanya 18% penerima gaji membayar cukai di Malaysia, langkah mengenakan cukai konsumpsi kepada semua amatlah tidak wajar.
  1. Keghairahan kerajaan untuk melaksanakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang regresif pada kadar 6% perlu dipersoal. Regresif disini bermaksud kesan bebanan cukai akibat GST adalah lebih besar kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah, berbanding golongan berpendapatan tinggi.
  1. Perbendaharaan Malaysia menganggarkan bahawa isirumah yang berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan akan menyaksikan kesan pertambahan perbelanjaan di antara RM 140 hingga RM 700 setahun akibat GST. Manakala, isirumah berpendapatan lebih RM 4,000 sebulan dijangka mencatakakan kenaikan sekurang-kurangnya RM 1,550 setahun.
  1. Ini bermakna GST bakal mengurangkan pendapatan lebihan rakyat terbanyak. Misalnya bagi golongan berpendapatan rendah di bawah RM 4,000 sebulan, 32.6% perbelanjaan bulanan mereka dijangka tertakluk kepada GST, manakala bagi golongan berpendapatan sederhana peratusan ini naik kepada 60%.
  1. GST akan dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbelanja. Pakatan Rakyat menganggarkan bahawa GST akan memberi pendapatan tambahan kepada kerajaan sebanyak RM 8bn untuk 2015. Ini disokong oleh kenyataan dari Jabatan Kastam yang menganggarkan angka RM  5bn ke 6bn dan juga bahagian percukaian KPMG yang menganggarkan RM 9 ke 10bn untuk 2015. Jelas ini berbeda daripada kenyataan Menteri Kewangan bahawa hasil bersih kutipan GST hanyalah RM 0.69bn, kerana sekiranya betul sekalipun, maka apakah gunanya GST dilaksanakan jika pendapatan tambahan hanya kurang dari RM 1bn!
  1. Komuniti perniagaan juga banyak menyuarakan kebimbangan bahawa sekiranya GST dilaksanakan, kelewatan pembayaran rebat GST dapat menjejaskan aliran tunai (cashflow) syarikat. Sekiranya kelewatan pembayaran berlaku, maka para peniaga terpaksa menaikkan harga barang bagi memastikan aliran tunai yang baik dapat dikekalkan. Sebab inilah Pakatan Rakyat tetap berkeras bahawa GST akan menyebabkan kenaikan harga barang yang bakal menekan rakyat.

KELEBIHAN CGT BERBANDING GST

  1. Cukai Keuntungan Modal (CGT) seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat akan hanya dikenakan pada sebilangan kecil rakyat Malaysia yang mendapat keuntungan daripada urusniaga melibatkan modal seperti saham, instrumen kewangan dan bon. Walaupun bilangan yang bakal dicukai CGT adalah jauh lebih sedikit daripada GST, Pakatan Rakyat menganggarkan pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan dalam tahun 2015 sebanyak RM 3bn.
  1. Sudah tentunya golongan yang dicukai CGT ini berpendapatan besar kerana mereka tentunya mempunyai lebihan pendapatan untuk dilaburkan dalam urusniaga berisiko tinggi seperti saham dan bon. Tidak wujud kerisauan bahawa CGT akan merencatkan pelaburan kerana Amerika Syarikat dan United Kingdom kekal menjadi hab pelaburan kelas dunia walaupun masing-masing mempunyai kadar CGT yang tertinggi di dunia pada 50.8% dan 46.7%.
  1. Malahan, jika CGT dikenakan kepada para spekulator saham maka pasaran saham akan tertebat daripada aktiviti spekulasi. Ini akan mencerminkan asas sebenar syarikat-syarikat yang disenaraikan dan menjamin kestabilan pasaran. Pasaran saham yang stabil juga akan menarik minat lebih banyak institusi-institusi asing dengan modal yang lebih besar untuk melabur dalam syarikat-syarikat Malaysia untuk jangka masa panjang.
  1. Matlamat utama polisi percukaian Pakatan Rakyat adalah untuk mengekalkan kadar cukai pendapatan yang rendah dan pada masa yang sama meningkatkan nisbah pendapatan cukai kepada KDNK. Dalam kata lain, jumlah cukai ditingkatkan dengan menggalakkan peningkatan jumlah pembayar cukai tetapi mengurangkan kadar cukai bagi setiap pembayar secara keseluruhan.
  1. Untuk memastikan ini berjaya dilakukan, taraf hidup majoriti rakyat miskin mesti ditingkatkan, golongan elit yang mengelak membayar cukai mesti terus diburu dan segala kelemahan di dalam sistem percukaian perlu diperbaiki untuk memudahkan rakyat membayar cukai.

KADAR SIFAR (ZERO-RATED) DAN TIDAK DIKENAKAN (EXEMPTED)

  1. Kefahaman mengenai barangan kadar sifar (zero-rated) dan barangan tidak dikenakan cukai (exempted) perlu diterapkan kepada rakyat. Perbezaan antara keduanya adalah, barangan berkadar sifar (zero-rated) tidak akan terdedah kepada risiko kenaikan harga, manakala barangan yang dikatakan tidak dikenakan cukai (exempted) boleh dinaikkan harganya kerana para peniaga enggan menelan kos-kos akibat perlaksanaan GST.
  1. Perdana Menteri ada menyebut beberapa barangan makanan dan ubat-ubatan yang tidak dikenakan GST. Kami percaya barang-barang ini akan mengalami kenaikan harga kerana kenaikan kos komponen-komponen dan perkhidmatan lain yang tidak dikenakan cukai digunakan dalam rangkaian pembuatannya. Mengambil kenyataan dari Presiden Malaysian Automotive Association (MAA) baru-baru ini bahawa: “It is not correct to say that car prices will come down simply because the current 10% sales tax will be replaced by a 6% GST come April next year. Under the GST system there will be a different implication to businesses in various areas ranging from tax computation, collection, refunds, reconciliation, costing, etc. when compared to the existing Sales and Services tax regime. As such, vehicle distributors would need to review their entire cost structures and supply chain in the light of these implications.”
  1. Penting juga dinyatakan bahawa jumlah kutipan daripada barang-barang yang dikenakan GST adalah RM 23.3bn manakala jumlah kutipan daripada barang-barang yang tidak dikenakan cukai hanyalah RM 3.8bn. Jelas, barang-barang yang akan dikenakan GST adalah lebih banyak bilangannya.

BR1M TIDAK CUKUP MENAMPUNG KESAN GST

  1. Pada pembentangan yang lalu Perdana Menteri ada menyebut bahawa BR1M akan dinaikkan dari RM650 kepada RM 950 untuk isirumah berpendapatan bulanan RM 3,000 ke bawah. Manakala untuk isirumah berpendapatan di antara RM 3,000 dan RM 4,000 sebulan nilai BR1M ditingkatkan daripada RM 450 kepada RM 700.
  1. Perbendaharaan Malaysia menganggarkan bahawa isirumah yang berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan akan menyaksikan kesan pertambahan perbelanjaan di antara RM 140 hingga RM 700 setahun akibat GST. Jelas, sebahagian besar daripada BR1M terpaksa digunakan untuk menampung bebanan cukai GST.

KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK 40sen/liter SEMENJAK PRU13

  1. Pengumuman bahawa subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 40sen/liter semenjak PRU13, dianggarkan akan memberikan penjimatan tambahan kepada kerajaan hampir RM 9bn untuk 2015. Mengikut anggaran kami, setiap 10sen/liter pemotongan subsidi petrol dan diesel bersamaan dengan penjimatan subsidi hampir RM 2.2bn setahun.
  1. Bagi pengguna Myvi dan proton Exora (kenderaan paling popular di Malaysia), berdasarkan andaian jumlah perjalanan 15,000km setahun, masing-masing akan mencatatkan kenaikan kos petrol tahunan sebanyak RM 428 dan RM 812 akibat pengurangan subsidi 40sen/liter. Walaupun kelihatan kecil, jumlah ini cukup untuk membiayai perjalanan pergi-balik KL ke Alor Setar sebanyak 4 kali setahun. Besar kemungkinan pemandu-pemandu ini juga adalah penerima BR1M. Jika ditambah dengan kenaikan kos petrol dan juga bebanan cukai GST ternyata rakyat masih perlu berbelanja lebih daripada pemberian BR1M.
  1. Berdasarkan laporan Maybank Research, dianggarkan juga sebanyak 3.5bn liter diesel diseludup setiap tahun. Ini bersamaan dengan 35% daripada jumlah penggunaan diesel negara dan subsidi yang dibazirkan berjumlah hampir RM 1.5bn setahun. Justeru perlu ada lebih banyak usaha daripada pihak kerajaan untuk mengurangkan pembaziran sebegini.
  1. Penjimatan RM 9bn setahun ini juga adalah jauh lebih kecil daripada penjimatan yang bakal diperolehi sekiranya hanya 15% (bernilai minima RM 18bn) daripada ketirisan perbelanjaan kerajaan persekutuan diberhentikan. Nyata, kerajaan terus menekan rakyat akibat kelemahan tatakelola dan pengurusan di pihak mereka.

PENGURANGAN  KADAR CUKAI, MENGUNTUNGKAN SIAPA?

  1. Langkah Perdana Menteri untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan amatlah dialu-alukan. Walaubagaimanapun, tindakan mengurangkan kadar cukai maksimum 26% kepada 24%, 24.5% dan 25% serta menaikkan kadar maksimum kepada RM 400,000 daripada RM 100,000 dilihat masih tidak dapat merapatkan kesenjangan pendapatan yang semakin melebar di negara ini.
  1. Sebagai contoh, isirumah (4 orang) yang berpendapatan RM 4,000 sebulan atau RM 48,000 setahun akan hanya mencatatkan penjimatan cukai sebanyak RM100 setahun. Golongan hartawan seperti Pengarah Eksekutif Genting Berhad yang berpendapatan RM 136juta setahun (pada 2013), dapat menjimatkan hampir RM 3juta sekiranya kadar cukai pendapatan beliau dikurangkan daripada 26% kepada 24%.
  1. Inilah bukti, bukan retorik, bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan mesra maha kaya dan mengenepikan kepentingan rakyat terbanyak. Justeru, CGT lebih wajar dilaksanakan untuk memastikan golongan maha kaya ini dicukai sewajarnya bagi menambah pendapatan negara.

KOMITMEN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN RAKYAT

  1. Mengenalpasti keperluan untuk menambah pendapatan rakyat, Pakatan Rakyat dalam belanjawan 2015 telah menyatakan komitmen untuk mencapai nisbah pendapatan kepada KDNK kepada 50% pada 2020.
  1. Hasrat kerajaan Barisan Nasional (bukan komitmen) pula seperti yang disebut Perdana Menteri dalam ucapannya; “…adalah menjadi hasrat kerajaan agar komponen gaji dalam KDNK ditingkatkan daripada takuk 34% pada masa ini kepada 40% daripada KDNK menjelang 2020”.
  1. Bandingkan betapa berbedanya komitmen kami berbanding dengan hasrat kerajaan yang juga ditetapkan pada tahap yang lebih rendah.
  1. Diantara langkah drastik yang kami unjurkan adalah untuk memperluaskan skop dan bidang kuasa Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan (National Wages and Consultative Council) dengan memberikannya mandat dan kuasa membina consensus menetapkan kadar kenaikan gaji tahunan keseluruhan bagi semua pekerja dan industry di Malaysia (berbanding skop sekarang yang hanya menetapkan gaji minima). NWCC ini perlu diwakili secara tripartite-plus iaitu wakil daripada pihak majikan, pekerja, masyarakat sivil dan kerajaan.

KELEMAHAN TATAKELOLA, KETIDAKTELUSAN

  1. Belanjawan yang hanya dihiasi angka-angka besar tanpa disiplin tatakelola yang baik sudah pasti tidak akan dapat mencapai matlamat pengagihan hasil negara untuk dinikmati rakyat terbanyak.
  1. Laporan daripada juruaudit antarabangsa seperti KPMG, Ernst & Young dan juga penemuan didalam laporan Ketua Audit negara perlu dipandang serius dan beberapa pembaikan perlu dilakukan segera.
  1. Dalam keadaan ekonomi yang berdefisit, serta tanggungan hutang negara pada tahap RM 569bn, setiap sen pendapatan haruslah dibelanjakan sebaiknya. Suatu proses tatakelola yang didasarkan kepada usaha yang ikhlas dan serius amat diperlukan bagi memerangi rasuah.
  1. Ukuran sebenar keikhlasan dan kesungguhan Dato’ Sri Najib memerangi rasuah adalah jumlah ahli politik yang didakwa dengan kesalahan rasuah sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Angka terkini daripada YB Senator Dato’ Paul Low menunjukkan hanya 9 orang ahli politik yang disiasat dan hanya 5 akhirnya didakwa semenjak 2010 hingga Ogos 2013.
  1. Negara digemparkan dengan pertuduhan rasuah oleh orang kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan kepada adik-beradik Maran ketika mereka di Kementerian Komunikasi India bernilai hampir RM 700juta untuk kepentingan didalam Aircell melalui Astro All Asia Networks (AAAN) Plc, yang kini difailkan di New Delhi. Apabila Khazanah Nasional memegang 21% daripada saham AAAN, maka akan adakah siasatan dilakukan SPRM ke atas Khazanah dan juga pemegang saham utama AAAN iaitu Usaha Tegas Entertainment Systems Sdn Bhd (42.3%) untuk penjelasan transaksi ini kiranya ia benar berlaku? Apakah SPRM akan menyiasat bagaimana Tan Sri Ananda memenangi bidaan lesen operator mudah alih MAXIS di Malaysia, sekiranya beliau dengan berani boleh merasuah kakitangan kerajaan asing?
  1. Bagaimana pula dengan 1MDB yang dibenarkan untuk terus berhutang walaupun pinjaman terkininya bernilai RM 36.25bn dan ianya juga tidak mempunyai aliran tunai sepertimana perniagaan-perniagaan yang biasa. Bagaimana 1MDB boleh diberikan projek 3B yang bernilai RM 11bn dan ura-ura bahawa sebuah janakuasa gas di Melaka juga telah diberikan secara rundingan langsung dengan TNB?
  1. Walaupun dibebani hutang, 1MDB dijangka akan menyenaraikan aset tenaganya di Asia menerusi Virtus Energy yang dianggarkan menjana RM 16.5bn (IPO terbesar Asia) pada Januari 2015. Adakah ini bertujuan untuk menjana dana bagi membayar hutang-hutang awalnya (bail-out)?
  1. Sekiranya Perdana Menteri sanggup mengungkap sabda nabi Muhammad:
Diampuni bagi orang yang syahid semua dosa kecuali hutang’-riwayat Muslim

bagi menggesa para graduan universiti kita untuk segera membayar balik hutang PTPTN mereka, perlu juga beliau menyampaikan sabda ini kepada 1MDB agar ia membayar balik hutang-hutangnya sebelum 1MDB benar-benar menjadi 1Malaysia Debt of Billions.
  1. Dalam Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA), Pakatan Rakyat tidak menentang dagangan bebas, tetapi perdagangan bebas haruslah adil dan tidak berat sebelah. Bagaimana kita hendak menilai kedudukan rundingan TPPA apabila kita tidak dibekalkan dengan angka cost-benefit dan segala maklumat bertulis? Ahli-ahli Parlimen kami, rakyat dan juga industry tempatan dibiarkan dalam kegelapan tanpa sebarang penjelasan, kononya rundingan ini penuh kerahsiaan. Amerika diwakili oleh lebih 400 penasihat lantikan, peguam dan pakar dari pelbagai industri Malaysia. Kami telah berkali-kali menggesa pihak kerajaan untuk melantik pakar-pakar tertentu dari dalam dan luar negara untuk memastikan kita dapat mendepani proses rundingan ini dengan lebih cekap dan memastikan industri kecil dan sederhana di Malaysia mendapat imbuhan yang adil (fair deal).

PERGANTUNGAN KEPADA HASIL MINYAK & GAS

  1. Pergantungan kepada hasil tahunan minyak dan gas yang kini membentuk 31% daripada pendapatan kerajaan persekutuan ini berbahaya kerana 2 sebab utama:
  1. Pertama, ianya memberikan gambaran seolah-olah kedudukan ekonomi negara adalah baik sedangkan kerajaan terus gagal membina industry yang lebih mampu bertahan. Pendapatan negara juga terus terdedah kepada turun naik harga minyak di pasaran antarabangsa.
  1.  Keduanya, pergantungan ini akan terus melemahkan kedudukan kewangan PETRONAS secara mendadak apabila keuntungganya dipindahkan oleh kerajaan persekutuan untuk perbelanjaannya yang sememangnya diketahui tiris. Kewangan yang lemah ini akan merencatkan kebolehan PETRONAS untuk bersaing di peringkat antarabangsa untuk meneroka dan membeli rizab minyak dan gas yang baru untuk negara.
  1. Oleh itu, Pakatan Rakyat mencadangkan agar kerajaan persekutuan perlu meletakkan sasaran yang drastik untuk mengurangkan pergantungan ini dalam tempoh 5 tahun. Langkah-langkah khusus juga perlu dilaksanakan segera untuk memastikan pengurusan hasil ini dilakukan dengan penuh ketelusan dan kebertanggungjawaban.

MEMPERBAIKI PENGANGKUTAN AWAM

  1. Bajet 2015 telah mengumumkan beberapa projek infrastruktur, antaranya termasuk tiga projek lebuh raya yang berkaitan dengan negeri Selangor, iaitu: Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Pantai Barat (LBP) dari Taiping ke Banting. Khusus untuk projek SUKE dan DASH, saya ingin menegaskan dalam dewan yang mulia ini bahawa pembinaan lebuh raya sahaja bukan jalan penyelesaian kepada masalah kesesakan memandangkan penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur masih terpaksa bersesak biarpun jaringan lebuh raya bertol banyak dibina. Lebih inisiatif patut diambil bagi memastikan penyediaan sistem pengangkutan awam yang sempurna.
  1. Kita juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji dan menggunapakai konsep ‘Bus Rapid Transit’ seperti yang diamalkan di Colombia dan Brazil untuk menyelesaikan masalah penghubungan (connectivity) diantara stesen-stesen MRT dan LRT untuk keselesaan rakyat. Sistem ini terbukti berkesan untuk menyelesaikan masalah feeder bus yang ada kini.

RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

  1. Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja mempunyai kedudukan yang istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu raja atau sultan harus patuh dan bertindak seiring dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan yang istimewa ini juga bererti bahawa YDP Agong dan raja-raja merupakan institusi yang neutral dan tidak melibatkan diri dalam hal-hal politik.
  1. Malaysia telah menyaksikan berakhirnya sistem beraja mutlak apabila pemimpin-pemimpin negara yang mendapat kemenangan dalam Pilihanraya Umum 1955 telah membuat keputusan bahawa sistem politik dan pentadbiran di negara ini adalah Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Sistem ini adalah formula yang ditinggalkan Suruhanjaya Reid yang menjadi rujukan negara kita sejak itu, baik di peringkat Persekutuan atau di negeri-negeri. Sistem ini menjadi pilihan kerana negeri-negeri Melayu pada ketika itu yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu dilihat sangat lemah dan gagal untuk membawa keamanan dan menguatkuasakan undang-undang yang akhirnya terpaksa meletakkan negeri di bawah telunjuk kuasa-kuasa asing seperti British dan lain-lain.
  1. Sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu pada ketika itu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan bertulis. Untuk rekod, saya pernah menyebut tentang ‘feudalisme’ di dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO Yang Ke-51 di mana saya sebut bahawa Dato’ Onn Jaafar pernah berkata konsep kemerdekaan di negara ini bukan beerti menghidupkan semula feudalisme. Ini juga harus jelas bahawa mengkritik feudalisme dan menggesa supaya menukar cara berfikir tidak sama dengan menggesa supaya institusi beraja dihapuskan.
  1. Pokoknya, kekuatan pemerintah itu mestilah berdasarkan sokongan dan dokongan rakyat. Konsep ini jugalah yang dianjurkan Pakatan Rakyat dimana kepentingan rakyat dinobatkan menjadi asas kekuatan. Apa saja keputusan haruslah berlandaskan Perlembagaan dan selari dengan kehendak rakyat. Rakyat berkuasa mengangkat kita ke atas, dan rakyat juga berkuasa untuk menurunkan kita.
  1. Dr Siddiq Fadzil dalam bukunya ‘Melayu dan Islam: Martabat Umat dan Daulat Rakyat’ merujuk kepada peringatan Raja Ali Haji (pengarang kitab Tuhfat-al  nafis) dalam bukunya “Thamarat al- Mahammah”: “Raja Ali Haji mengingatkan makna raja bukan membuat apa sukanya di atas rakyatnya, tetapi merujuk pengertian tiga istilah politik Islam; khalifah, sultan dan imam. Raja dalam pengertian khalifah bermaksud pengganti dan pelanjut pemerintahan nabawi. Raja dalam pengertian sultan pula sebagai penguat kuasa keadilan dan undang-undang dan Raja dalam pengertian imam pula dimaknai sebagai pemimpin dan ikutan.”

PENUTUP

  1. Saban tahun belanjawan negara dibentangkan dan kami selaku pembangkang mewakili rakyat, saban tahun juga akan terus membahasnya bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela. Permasalahan kesempitan hidup rakyat akibat kebobrokan dasar-dasar kerajaan yang mesra golongan maha kaya perlu diatasi. Apakah gunanya kita terus mengejar kebendaan tanpa segan silu akan halal-haram cara perolehannya.
  1. Memimpin negara suatu amanah. Ingatlah bahawa setiap kita datang dari Allah dan pastinya kita akan kembali kepada-Nya jua;

“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudia Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat), akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)” Al-baqarah, 28
  1. Permasalah kesenjangan pendapatan wajib ditangani kerana masalah ini dilihat semakin meruncing wujud dalam setiap kaum, di antara kaum dan diantara lokasi di Malaysia.
  1. Ingin saya cadangkan disini agar suatu ‘Budget Oversight Committee’ yang dianggotai kerajaan dan pembangkang diwujudkan dengan kuasa untuk memastikan setiap yang dijanjikan kerajaan, dikotakan dengan betul dan telus. Ini penting bagi memastikan tatakelola yang baik dapat diterapkan. Berdosa kita sekiranya kita mewariskan bebanan hutang dan ekonomi yang rosak kepada generasi akan datang.

, ,

Selasa, 29 Oktober 2013

[PANAS] Gaji MELAMPAU Staf Jabatan Perdana Menteri...


Gaji Melampau Pekerja Jabatan Perdana Menteri, Satu Lagi Contoh Pembaziran Kerajaan

okm

[Roketkini] KUALA LUMPUR 29 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming hari ini menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan merupakan satu lagi contoh pembaziran yang masih tidak dapat ditangani.

Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan telah dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) memperoleh bayaran sebanyak RM49,000.

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi itu melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara telah menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Dalam jawapan Parlimen saya pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500, gaji bulanannya kira-kira sebanyak RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

“Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai gaji bulanan RM23, 577,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, tadi.

Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162 ribu dan bonus sebanyak RM60 ribu.

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30 ribu dan elaun kereta bulanan sebanyak RM5,000.

Disamping itu, kakitangan di JPM, dimana kebanyakkannya berkontrak sahaja turut dibayar lebih tinggi daripada penjawat awam.

“Sebagai contoh, seorang pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam memiliki gaji maksimum sebanyak RM49 ribu sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam mempunyai gaji maksimum sebanyak RM31,600 sebulan.

“Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 mempunyai gaji maksimum bernilai RM21 ribu sebulan,” ujarnya.

Agensi-agensi lain dibawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.

Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

“Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.

“Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau telah melonjak sebanyak 13 peratus daripada tahun lalu, berbanding 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya telah menerima salah satu peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion dibawah Bajet 2014. -29/10/13



, ,

Isnin, 28 Oktober 2013

[Video] Mansuh Subsidi Gula, Taikun Gula Untung RM1 Bilion


Anwar: Mansuh Subsidi Gula, Taikun Untung RM1 Bilion

[MK] Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.

Membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.

"Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.

"Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mempersoalkan mengapa syarikat korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula, sedangkan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang makanan itu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat lalu, mengumumkan penghapusan sebanyak RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 dan menyebabkan kenaikan harga gula sebanyak 34 sen bagi sekilogram.

'Segan' umum pengurangan subsidi minyak masak

Sehubungan itu, Anwar mencadangkan supaya liberalisasi gula dilakukan untuk mengelakkan monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pengurangan subsidi dengan kemasukan syarikat-syarikat pembekal baru.

Dalam perbahasannya juga, Anwar turut membidas berhubung pengurangan subsidi sebanyak RM505.356 juta untuk minyak masak melalui Skim Penstabilan Harga Minyak Masak oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Anwar mempersoalkan mengapa Najib dalam ucapan bajetnya "segan" mengumumkan kenaikan minyak masak yang hampir sama dengan pengurangan subsidi gula yang dihapuskan.

"Kita sedia maklum, bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan yang banyak kerana syarikat-syarikat ini memiliki ladang-ladang kepada sawit yang banyak.

"Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak? Di dalam keadaan semasa, di mana pengeluaran minyak mentah kelapa sawit dunia berada pada tahap yang tertinggi," katanya.

Dengan memberi contoh, Anwar berkata negara Indonesia telah memperuntukkan subsidi minyak kelapa sawit (CPO) sebanyak dua liter kepada setiap isi rumah dan juga subsidi biofeul.

"Mengapa kerajaan Malaysia tidak pilih inisiatif sebegini untuk mengeluarkan CPO yang berlebihan sebaliknya membebankan rakyat dengan harga minyak yang bakal dinaikkan?

"Jelas apabila dilihat kepada pengurangan subsidi bahan makanan seperti gula dan minyak masak ini, yang rugi dan terus dibebankan adalah rakyat. Sebaliknya korporat-korporat besar terus dibelai dan dilindungi daripada kerugian," katanya. - 28/10/13





, ,

Ahad, 27 Oktober 2013

Najib: Potongan Subsidi Gula Baik untuk Kehidupan SEKS Anda...



[MK] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.

Berucap merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini, beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet semalam, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis.

Beliau kemudiannya mengkritik kecenderungan pembangkang untuk menentang apa juga inisiatif kerajaan tanpa mengambil kira akibatnya, dan berkata bangkangan seumpama itu adalah tidak membina.

Pemansuhan subsidi gula berkuatkuasa hari ini diumumkan dalam ucapan bajet Najib semalam, membabitkan kenaikan harga 34 sen sekilogram.

"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri," katanya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa melakukan perkara yang betul dan bercakap benar kepada rakyat.

Merujuk langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuat kuasa hari ini yang bertujuan mengurangkan pengambilan gula, Najib berkata langkah itu sememangnya baik, memandangkan subsidi gula adalah membazir dan usaha untuk merasionalkan subsidi adalah penting untuk negara.

Rakyat Malaysia, tegasnya, perlu belajar untuk mengurangkan pengambilan gula demi kesihatan mereka.

Ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen.

Najib berkata kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat alasan di sebalik keputusan itu.

"Kita mesti terus mengulangi mesej berulang-ulang kali kerana pembangkang akan melakukannya (menentang langkah yang diambil kerajaan).

"Mereka akan berkata perkara yang sama berulang-ulang kali kerana pembohongan yang buat berulang-ulang akan diterima (secara silap) sebagai benar," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap pemansuhan subsidi gula itu akan menjurus kepada penurunan kes diabetes pada masa depan.

"Sepatutnya sejak awal kerajaan tidak beri subsidi gula. Apabila subsidi dikurangkan (dimansuhkan), ini adalah masa untuk masyarakat kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu simposium mengenai imunologi. -26/10/13


, ,

Sabtu, 26 Oktober 2013

[Wajib Baca dan Sebar] Bagaimana GST Akan MENYUSAHKAN Hidup Rakyat?




[Blog Dr Dzulkefly Ahmad] Menjelang pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai ‘Twin Deficit’ atau ‘Defisit Berkembar’, debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.
Secara mudahnya, pertama -‘Defisit Fiskal/Budget’ kerana “Berbelanja lebih besar daripada Pendapatan” dan kedua - Defisit Perdagangan kerana “Mengimpot lebih daripada Mengekspot”. Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan ‘Penarafan Kredit’nya atau ‘Sovereign Rating’.

Terkini, dua hari lalu ‘Fitch Rating’ sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A – daripada ‘Stabil’ pada Julai kepada ‘Negatif’. Implikasi penurunan ‘penarafan’ harapnya pemimpin negara – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan.

Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan.

Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.

Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara.

Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga islsh kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan.

Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. Barulah menjadi berteraskan maklumat - knowledge politics.

Apa itu cukai GST?

Kalau sekarang ini kerajaan mengenakan ke atas rakyat sejenis cukai yang dipanggil sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau Sales and Services Tax atau SST dalam Bahasa Inggeris, maka ia akan digantikan dengan cukai GST atau Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Apa bezanya SST dan GST?

Nampaknya macam sama tetapi tidak serupa. Ia mempunyai perbezaaan yang ketara daripada segi jumlah yang dipungut kerajaan. Kalau tidak apa perlu kerajaan BN beria-ia sangat hendak melaksanakannya.

Perbezaan ketaranya ialah SST adalah cukai yang dikenakan ke atas ‘jualan dan perkhidmatan’ tertentu iaitu bukan semua yang disenaraikan, di mana cukai jualan adalah dikenakan pada kadar 5-10% dan cukai perkhidmatan pada kadar 5% sementara GST adalah cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan kecuali yang ditentukan sebagai ‘dikecuali cukai’ (tax-exempt) atau ‘sifar-cukai’ (zero-rated) kepada perniagaan pemilik tunggal (individu) dan perkongsian yang jualannya ialah RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan.

Perbezaan kedua adalah lebih rumit lagi dan saya cuba permudahkan. GST adalah cukai berperingkat berbanding dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat.

Mudahnya, dalam SST cukai diperolehi kerajaan hanya pada peringkat pengilang sahaja sebagai cukai jualan iaitu kalau barangan berharga RM100 seperti kopi, maka pada cukai 10%, kerajaan hanya mendapat RM10, meskipun pemborong membuat keuntungan (nilai tambah) 20% (harga RM100+RM20=RM120) dan peruncit membuat 30% (RM120+RM36=harga RM156) tetapi tidak dikenakan cukai.

Sebaliknya dalam GST (ini rumit), kerajaan memungut 10% pada setiap peringkat pengilang, pemborong dan peruncit atas ‘Nilai Tambah’ mereka yakni (RM10+RM2+RM3.60)=RM15.60.

Sebab itu ada sesetengah negara sepertu United Kingdom menyebutnya sebagai VAT atau Value-Added Tax atau Cukai Tambah Nilai kerana dikenakan cukai pada setiap peringkat tambah nilai daripada pengilang, pemborong dan peruncit.

Jelasnya perbezaan ialah harga barang akan naik kerana dalam cukai SST barangan tadi seperti kopi akan dijual dengan harga RM156 kalau pemborong buat 20% untung dan 30% untung oleh peruncit tetapi harga pada cukai GST akan melonjak ke paras RM171.60.

Jelasnya kerajaan akan dapat memungut cukai yang lebih lumayan. Itulah sebabnya kerajaan beriya sangat.

Apakah GST akan membebankan rakyat?

Daripada penjelasan tadi tentunya GST akan membebankan rakyat. Tidak syak lagi. Lebih parah lagi kepada golongan berpendapatan rendah. Bandingkan harga cukai SST pada kadar 10% dan harga barangan pada kadar 10%. Tentunya harga akan mengalami inflasi iaitu dari RM156 ke paras RM171.60.

Sebab itu kerajaan akan cuba memulakan dengan kadar GST 5% atau 6% untuk memujuk rakyat menerimanya tetapi pengalaman semua negara yang mengenakan GST kadar akan dinaikkan dalam waktu terdekat. Berapa banyak yang dapat ditambah akan tergantung kepada kadar GST dan kecekapan mengendalikan sistem cukai baru yang sangat rumit ini.

Benar Najib akan menambah pendapatan, tetapi apakah beliau sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat teramai dan keupayaan serta kuasa membeli rakyat dikekang dengan inflasi yang pasti akan berlaku? Bukan pertumbuhan dalam tiga suku yang lalu dipacu oleh permintaan domestik dengan kata lain perbelanjaan isi rumah? Mengapa pula dikekang keupayaan mereka dengan GST? Najib jelasnya celaru serta tidak punya konsistensi dari segi kerangka pemikiran ekonomi kerana tertekan dengan pelbagai ancaman akibat dosa berbelanja dan berhutang besar dahulu.

Kalau begitu kenapa kerajaan paksakan juga GST ini kalau jelas membebankan rakyat?

Menyambung huraian tadi, mudahnya adalah kerana kerajaan menguruskan kewangan negara dengan tidak pruden atau bijak maka sekarang setelah dibebankan hutang sebanyak RM513 bilion atau 53% daripada KDNK (GDP) sementara menjamin hutang (Contingent Liabilities) oleh pihak GLCs sebanyak RM147 bilion maka kerajaan ini melepasi had hutang 55% yang diizinkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.

Tabiat kerajaan Najib pulak sejak 2009 membuat Budget Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 bilion setiap tahun. Sebelum tahun 2000, perbelanjaan tambahan tidak pernah melebihi RM5 bilion dan di antara 1992-1995, kerajaan berbelanja kurang daripada yang diperuntukan.

Nah, ketika sudah terbeban dengan hutang yang besar seperti ini maka mana lagi sumber yang Najib nampak? Tentunya rakyat. Ini yang dimaksudkan beliau bahawa rakyat didahulukan.

Apakah pendirian Pakatan Rakyat tentang GST?

Kami tegaskan beberapa kali dan kami berkempen dalam round pertama ‘Tolak GST 1.0’ dan mungkin kami akan jalankan kempen GST 2.0 kalau kerajaan hendak laksanakan juga.

Hujah kami mudah dan jelas. GST sebagai satu sistem cukai hanya boleh dilaksanakan kalau pendapatan rakyat di negara dapat dipertingkatkan. Buat hari ini hanya 15% daripada 13 juta warga kerja dalam pasaran kerja yang membayar cukai pendapatan iaitu yang melebihi gaji RM2,500 sebulan. Bermakna ramai yang tidak mampu. Mengikut statistiknya secara tepat hanya 1.7 juta sahaja yang membayar cukai pendapatan daripada 6.4 juta yang berdaftar sebagai pembayar cukai.

Ini bermakna warga kerja di negara ini mengalami tekanan kenaikan gaji sejak beberapa dekad lamanya seperti yang didedahkan Bank Dunia. Ini berlaku, antara lainya kerana pekerja asing dengan ketrampilan yang rendah atau ‘low-skilled’ dan dibayar yang murah dan sekaligus industri pembuatan atau pengilangandi negara ini juga kekal tidak berganjak dari membuat produk yang rendah nilai tambahnya.

Maka bagaimana hendak mendapat keuntungan dan produktiviti baik yang boleh menghasilkan gaji yang tinggi. Justeru itu kerajaan mesti menangani masalah ini secara serius di segi ketrampilan warga kerja melalui pembangunan modal insan dan pemberian insentif kepada industri khasnya Enterprise Kecil Sederhana (SMEs) dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

Kedua bagi Pakatan Rakyat kami ingatkan kerajaan Najib-BN supaya jangan menipu rakyat. Dulu kata GST tidak akan dilaksanakan sehingga waktunya. Persoalannya ialah apakah ini waktunya setelah rakyat berikan mereka mandat kembali lalu mereka mahu bebankan rakyat sebagai hadiah.

Kami tegaskan supaya tutup lubang ketirisan dan kebocoran sama ada dengan menangani rasuah, perbelanjaan boros, tidak berguna dan culas seperti didedahkan setiap tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

Itu sahaja boleh menjimatkan hampir RM10 bilion setahun paling tidaknya. Juga hentikan monopoli dan pemberian kontrak secara runding langsung atau direct-nego. Itu juga akan menyelamatkan dana rakyat tidak kurang daripada RM10 bilion setahun berpandukan prestasi negeri Selangor contohnya yang menyelematan 26% dari segi perolehan yang dibuatnya.

Bukan GST ini sepatutnya lebih baik dari SST?

Daripada sudut koleksi dan komplian atau pengelakkan penipuan daripada segi sistem percukaian memang diakui GST lebih baik. Dua golongan yang sangat suka apabila GST dilaksanakan. Satu, pengekspot mereka sangat suka kerana mereka tidak dikenakan cukai lagi kerana diambil alih oleh GST dan kedua tentunya akauntan kerana servis atau khidmat mereka adalah sangat dihajatkan kerana saya tegaskan sekali lagi GST memang rumit terutama pada mula diperkenalkan.

Walaupun GST dikatakan juga sebagai ‘Cukai Penggunaan’ atau ‘Consumption Tax’ atau siapa guna dia bayar atau ‘tak guna tak bayar’ tetapi saudara akan tahu kenapa GST adalah buruk bagi rakyat kalau kita kaji golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.

Contohnya seorang yang berpendapatan RM1,000 dan berbelanja sebanyak RM900, kalau dikenakan GST pada 4% maka akan membayar cukai sebanyak RM36 bersamaan 3.6% daripada gajinya. Tetapi seorang yang berpendapatan RM20,000 dan berbelanja RM10,000 akan membayar GST sebanyak RM400 bersamaan dengan 2% gaji pokoknya.

Nah jelasnya keluarga yang berpendapatan rendah yang dibebani oleh GST lebih daripada yang kaya. Daripada segi ini GST adalah tidak adil atau ‘Regressive’.

Dikatakan bahawa selepas GST dilaksanakan, cukai pendapatan individu dan korporat akan turun?

Ini juga satu hal kerana sekali lagi kita nampak ketidakadilan dalam sistem cukai ini. Memang betul banyak negara yang menggunkan sistem cukai GST akan menurunkan cukai individu dan korporat sebab memang lumayan pendapatan kerajaan.

Tetapi kalau kita renungi dengan mendalam, kita akan dapati bahawa prinsip cukai ini melakukan ketidakadilan kepada rakyat teramai khasnya golongan berpendapatan rendah kerana golongan ini yang tidak membayar cukai tentunya tidak akan mendapat menafaat dari system penurunan cukai ini.

Apakah pandangan Islam terhadap sistem cukai GST?

Sememangnya tidak ada perbahasan di kalangan Fuqaha tentang GST secara khusus di kalangan Fuqaha d ibidang muamalat.

Namun sedikit kajian yang saya buat perkara ini mungkin boleh kita fahami kalau dalam perbincangan bab “Tauudzif al-Amwal” atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini. Tetapi ada beberapa syarat yang tegas. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu. Kedua, supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara dan ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu.

Cukup dengan tiga syarat ini dahulu pun saudara akan dapat membuat keputusan sendiri apakah wajar atau syarie kerajaan yang berbelanja besar dan bermewah lantas berhutang besar tiba-tiba menekan rakyat untuk membayar GST. Saudara fikrkanlah sendiri dan menjadi lebih tidak adil apabila dipungut daripada golongan yang berpendapatan rendah. Ini sudah songsong daripada prinsip Islam yang menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin. Islam menganjurkan Cukai Progresif dan bukan Regressif seperti ini.Maka saya minta ulama dan ilmuwan Islam mewacanakan topik GST ini. Jangan hanya berpolemik tentang kalimah Allah tidak sudah-sudah tetapi syariat dan muamalat Islam tidak ramai yang mahu peduli sehingga negara diurus boros, tempang dan sarat rasuah - ketirisan sekali gus khianat serta berlawanan dengan tuntutan syariat Allah.

Isu tadbir urus adalah aspek yang besar dan penting dalam syariat Islam yang wajar didahulukan daripada segi keutamaan pelaksanaan dan membawa ‘maslahah syariah’ di segi keadilan agihan kekayaan sekali gus membenteras ‘mafasadah syariah; di segi kebejatan rasuah, ketirisan, pembaziran dan menangani kerakusan dan pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang bersekongkol dengan penguasa politk. -Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.


P/s: Tolong sebarkan artikel ini di laman sosial.

Like laman FB DCM di sini.



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH