[Video] Akhirnya, Najib Bagi Jawapan DEBAT...
Baru tengah duduk berehat sambil menonton berita Astro AWANI muncul berita yang memaparkan PM Najib di majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki. Apabila ditanya tentang cabaran debat Anwar, Najib akhirnya tanpa segan silu rela membiarkan orang ramai melabelkan beliau sebagai "penakut" selepas berdolak-dalik untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang itu berkaitan dengan Program 100 Hari Pakatan Rakyat dan isu ekonomi yang lain. Kata Najib, "DEBAT TIDAK BERHASIL". Terperincinya Najib memberitahu pemberita, "Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat."
Dalam pada itu, Najib tidak akan menghalang jika ada pihak lain dalam UMNO/kerajaan untuk berdebat dengan Anwar. Berita AWANI kemudiannya menyiarkan kenyataan KJ yang kelihatan angkuh menyatakan kewajarannya berdebat dengan Anwar. Nada KJ hari ini jauh berbeza tatkala dia mengumumkan bahawa dia tidak akan mempertahankan kerusi MP di Rembau baru-baru ini. Sudah bertukar fikirankah KJ?/www.duniacacamarba.blogspot.com
Sebelum itu, Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat PKR menyatakan, “Saya mencabarnya kerana beliau (Najib) berkata kita memperolokkan rakyat, maka sebaiknya Najib sebagai seorang tokoh negara tampil secara berani menyahut dan mempertahankan hujah masing-masing."
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Kemas Kini (13/1):
* Jemputan rasmi dihantar, Khairy ajak Anwar debat
* Khairy patut debat dengan saya bukannya Anwar, Saifuddin
* Anwar stands by debate challenge but willing to accept conditions


Tak ada hasil? Mana boleh tak ada hasil? Kalau mulut kau terkancing masa debat tu kira hasillah. Kalau Anwar boleh berhujah belasah kau bertubi-tubi itu hasillah. Maknanya ialah tiada hasil (kepentingan pada Najib), tapi bukan bermakna tiada hasil bagi rakyat Malaysia. Memang dasar satu-satunya 'Bugis Bacul di Malaysia' - takut serba serbi.
anwar ajak najib debat
kah kah kah
debat pasal plan dasar ekonomi BN dan pakatan
kah kah kah
anwar nak leraikan masalah ekonomi
kah kah kah
soalan ? anwar tahu ke bab ekonomi
kah kah kah
yang aku tahu anwar pakar bab ekoliwat
kah kah kah
anwar nak debat ekonomi
kah kah kah
masalah ringgit kena serang tahun1997 pun dia panggil IMF
nasib baik tun mahathir tambat
kalau ikut cakap anwar konpem malaysia kena liwat
kah kah kah
kena liwat dengan siapa ?
kena liwat dengan IMF
kah kah kah
macam indonesia, thailand dan argentina
itu cite dolu dolu
la ni anwar punaisihat ekonomi selangor
kantung kerajaan negeri 2 tahun alami penyusutan
kah kah kah
kasi settle ini kantung la samdol
baru lu boleh tunjuk terra
Salam Tanpa nama 2,
Ironinya, orang inilah yang disanjung Tun M suatu ketika dahulu, orang ini jugalah merupakan bekas TIMBALAN PERDANA MENTERI semasa memegang jawatan dalam kerajaan pimpinan Tun M, malah orang ini juga adalah bekas TIMBALAN PRESIDEN UMNO sebelum dipecat daripada jawatannya atas tuduhan salah laku seks yang akhirnya terbukti palsu. Lebih menarik, orang ini jugalah bekas MENTERI KEWANGAN selama 10 tahun dalam Kabinet Tun M.
Takkan Tun M mengambil masa 10 tahun untuk mengetahui Anwar Ibrahim tidak tahu fasal ekonomi? Semasa debat dengan Shabery Anwar Ibrahim ada menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti menyangkal tuduhan IMF, mungkin ada baiknya beliau menyatakannya sekarang...