Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label sastera. Papar semua catatan

,

Selasa, 3 April 2012

Contoh Sikap Pemimpin yang MERUGIKAN Bangsa




Kenyataan menteri Melayu UMNO yang menolak cadangan agar subjek Sastera dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah amat mengecewakan. Lagi menyedihkan apabila dia berkata pengenalan subjek itu sebagai subjek wajib memerlukan kajian yang terperinci (oklah) dan melibatkan kos dan perubahan jadual pembelajaran di sekolah. Berapa banyak kos yang diperlukan untuk membuat kajian? Adakah semahal kapal selam yang tidak boleh menyelam?

Jika kenyataan ini dibuat oleh pemimpin PKR atau DAP, saya rasa anda tentu sudah maklum respons yang akan diberikan oleh pemimpin UMNO dan sekutu, anda juga sudah tentu maklum bagaimana TV dan akhbar pencacai akan memanipulasi isu ini untuk kepentingan politik dan sebagainya. Malang sekali apabila menteri yang kononnya berjuang untuk memartabatkan bahasa dan sastera memberikan respons yang begitu negatif terhadap cadangan yang dilontarkan oleh Gapena.

Apabila membandingkan respons dan tindakan kerajaan/pemimpin dalam menangani isu pelajar kurang menguasai BI dengan isu yang membabitkan bahasa kebangsaan dan sastera, sudah tentu banyak pihak yang berasa kecewa. Walhal sastera merupakan identiti dan warisan bangsa Malaysia. Jika orang Inggeris (orang bukan Inggeris pun kemaruk) berbangga dengan karya sastera mereka, orang Malaysia tanpa mengira kaum seharusnya berbangga dan menyanjung sastera tanah air. Jika kanak-kanak hari ini semakin menguasai tulisan dan bacaan Jawi, janganlah pula kerajaan mengulangi kesilapan yang pernah dibuat terhadap Jawi yang suatu ketika dahulu hampir-hampir pupus di bumi Malaysia ini.

Saudara,  kita baru mempersoal perkara yang berkaitan dengan bahasa dan sastera. Bagaimana pula nasib subjek Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah. Seperti yang anda maklum, subjek agama di kedua-dua peringkat pengajian ini hanyalah bersifat sampingan dan tidak diwajibkan dalam peperiksaan awam. Kalau tidak lulus pun tidak memberikan kesan terhadap permohonan ke IPT dan sebagainya.

Walaupun ada pihak menyaran Kementerian Pelajaran  mengangkat subjek Pendidikan Islam sebagai syarat asas pensijilan untuk UPSR, PMR, dan SPM untuk pelajar beragama Islam, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil. Oleh sebab statusnya yang dianggap sebagai subjek tidak penting, maka adakalanya sesi pengajaran dan pembelajarannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Lagi menyedihkan apabila  subjek ini dianggap tidak  mempunyai nilai ekonomi dan keperluan pasaran kerja. Mengapa terjadi begitu? Yang menentukan sesuatu subjek itu mempunyai nilai atau tidak ialah majikan atau pihak penemu duga. Jika di peringkat temu duga dan asas pemilihan pekerja, kriteria pendidikan agama tidak dipandang, maka sampai bila-bila pun subjek agama terus dipinggirkan.-DCM



P/s: Siang malam...hidup Melayu...hidup Melayu, Islam, Islam, namun....




,

Jumaat, 16 Disember 2011

Akhirnya, Demi Undi dan Desakan Politik, Kerajaan tarik Penggunaan INTERLOK Sebagai Teks KOMSAS


Saya sudah banyak kali menulis komen berkaitan dengan INTERLOK yang dipolitikkan dan dijadikan isu perkauman oleh pemimpin dan NGO India. Tidak perlulah saya ulang apa-apa yang telah ditulis.

Selepas isu ini reda baru-baru ini, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan lima mulai tahun depan.

Menurut, S. Subramaniam, perkara itu telah diputuskan kerajaan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap keputusan itu akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekali gus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Jelas penarikan ini ada kaitannya dengan PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Kita kecewa kerana karya yang ada nilai sejarah ini menjadi mangsa pihak-pihak yang mahu melupakan sejarah dan dimanfaatkan pula oleh pihak yang ada kepentingan dalam politik.

Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, teks KOMSAS untuk tingkatan tiga yang bakal digunakan tahun depan juga menghadapi masalah yang sama. Salah sebuah teks novelnya terpaksa dirombak kerana salah satu wataknya (bukan Melayu) digambarkan secara negatif. Oleh sebab takut mendapat bantahan kaum watak tersebut, maka novel itu dirombak/ditulis semula agar kontroversi yang berlaku pada Interlok tidak berulang. Anda bayangkan, sampai begitu sekali takutnya pihak kerajaan terhadap isu ini. 

Hal ini disindir secara sinis oleh seorang penulis di Facebook. Katanya, lebih kurang, jika begitu, biarlah watak orang Melayu sahaja yang "jahat", biarlah watak kaum lain baik-baik belaka.

Persoalan yang wajar kita difikirkan: Adakah dengan penarikan Interlok, orang yang melenting dengan novel ini dapat memadamkan sejarah silam? Seperkara lagi, cubalah fikir mengapa hal ini diumumkan secara tidak rasmi oleh MIC? Kalau bukan kerana menagih undi, apa alasan MIC yang kini dilihat sebagai hero?


P/s: Pengumuman ini bukan sahaja menghanguskan wang rakyat yang digunakan untuk menerbitkan buku ini untuk cetakan pertama, cetakan kedua selepas pembetulan, malah merugikan syarikat penerbitan buku silibus di negara ini. Bayangkan berapa banyak buku terbitan syarikat-syarikat tersebut yang terpaksa ditarik semula dan diubah suai selepas penarikan novel ini.

 




,

Jumaat, 8 Julai 2011

100 Seniman Pertahan Sajak Pro-BERSIH Pak Samad. Sokong BERSIH!


Saya petik:

[MK] Lebih seratus seniman pelbagai bidang hari ini tampil mengkritik tindakan polis menyiasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang disiasat bawah akta polis dan akta hasutan kerana membaca sebuah sajak pro-BERSIH.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu mempersoalkan sama ada benar penyair 76 tahun itu melakukah jenayah besar hanya dengan membacakan puisi 'Unggun Bersih' pada pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

"Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam.

"Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi budaya ketakutan," kata mereka.

Antara sekumpulan pelukis itu, seniman bidang lain yang tampil termasuklah kolumnis Farish A Noor, penulis Dr Siti Zainon Ismail, aktivis teater Marion D'Cruz dan Jo Kukathas serta pengkritik sastera Eddin Khoo.

Selain itu, turut menyokong, lima organisasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk penggiat teater Rumah Anak Teater, Five Arts Centre dan Instant Cafe Theatre.

Sebelum ini, diketuai aktivis teater Che Samsuddin Othman atau Dinsman, sekumpulan penulis, kebanyakannya sasterawan, tampil menyatakan pendirian sama dalam sidang media di Shah Alam.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu menjangkakan lebih banyak tindakan tidak masuk akal "menggari" dan "membelenggu" akan terus dikenakan terhadap "pencipta budaya" yang mendokong keadilan dan mengejar demokrasi .

Sehubungan itu, "tindakan berat berhelah politik" itu akan membawa rakyat Malaysia mundur 50 tahun ke belakang dalam pembangunan budaya negara ini.

Kenyataan bersama 128 seniman itu, mereka juga menegaskan:
  • Semua pencipta budaya memiliki hak memilih pendirian politik peribadi dan kebebasan kreatif yang merupakan salah satu hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur.
  • Menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras.
  • Menyokong lapan tuntutan yang diperjuangan BERSIH 2.0.

"Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan!" kata mereka.
 
 
P/s:  Regim UMCO bakal tumbang! Salut seniman!
 
 

,

Selasa, 5 Julai 2011

Salut Sasterawan Negara: 4 Sasterawan Gesa Polis Bebaskan Tahanan BERSIH 2.0

Ada masyarakat Malaysia tidak kenal Sasterawan Negara. Dari kiri: Datuk A Samad, Datuk Shahnon Ahmad, Dr. Muhamad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan, Datuk Dr Anwar Ridhwan
Saya petik:
[MK] Empat sasterawan negara tampil menggesa semua yang ditahan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual Sabtu ini dibebaskan segera.

Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.

Mereka berkata, sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam. Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya di bawah ordinan darurat.

Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said  yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya "Unggun-Bersih" yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.

"Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini," katanya.

Tuntut kebebasan berkata, berkarya

Menurut mereka lagi, sebagai karya sastera, sajak “Unggun-Bersih” sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik.

"Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang," kata mereka.

Justeru, mereka berharap anggota masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya.

Ini kerana, ucapan setiap warga negara dan karya sastera serta seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.

Walaupun jarang-jarang mengeluarkan kenyataan, kumpulan sasterawan negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mempertahankan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.

Abdullah dan seorang lagi sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang baru menerima gelaran itu tidak terlibat dalam kenyataan bersama itu.

Sejak diperkenalkan pada 1981, Yang di-Pertuan Agong telah 11 kali memberikan anugerah paling berprestij dalam dunia sastera negara 
 P/s: Salut! Pening UMCO!


,

Ahad, 3 Julai 2011

Demi Keadilan, Pak Samad Diugut & Ditohmah


Pak Samad orangnya lemah lembut, tidak sombong. Tutur katanya juga lembut. Namun, ketegasannya mempertahankan pendirian terlalu keras, lebih keras daripada batu dan besi. Semasa mempertahankan maruah bahasa kebangsaan semasa pelaksanaan PPSMI, beliau ke depan menghadapi gas pemedih mata pasukan keselamatan. Berapa banyak tokoh bahasa dan sastera yang terlibat dan menentang PPSMI secara terang-terangan?

Baru-baru ini tokoh sastera yang baru menerima anugerah sastera tertinggi negara membidas Pak Samad kerana terlibat dengan BERSIH yang konon baginya sebuah perhimpunan yang mempromosikan keganasan. Bagi saya jika beliau tidak berani atau mendengar sumber maklumat daripada sebelah pihak sahaja, lebih baik berdiam diri daripada membidas orang!

Hari ini anak muda yang menyokong UMCO dengan biadap/kurang ajar mengugut dan mentohmah Pak Samad. Ada yang mencadangkan agar gelaran Datuk dan gelaran Sasterawan Negaranya ditarik semula, ada yang mencadangkan agar karyanya tidak diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran sebagai teks KOMSAS, ada yang menggelarkannya musang berjanggut, biawak hidup (lihat petikan blog exco Pemuda UMCO/Pengerusi Unit Media di atas).Karyanya dikaitkan dengan tokoh Freemason. Apalah bingainya jurublog UMCO apabila menuduh karya Pak Samad dipengaruhi pemikiran tokoh Freemason hanya semata-mata apabila Pak Samad mengingatkan kita peristiwa Sam Adams menentang cukai yang dikenakan oleh Parlimen Britain terhadap orang Amerika.

Sebagai tokoh yang begitu tinggi jati dirinya, saya tidak fikir Pak Samad gentar dengan segala ugutan dan tohmahan itu. Apalah sangat dengan gelaran yang diberikan dengan nilai keadilan yang diimpikan. Tanpa gelaran Sasterawan Negara atau Datuk, Pak Samad tetap tokoh sastera terunggul dan bermaruah di negara ini!


P/s: Saya salut Pak Samad! Saya salut tokoh bahasa dan sastera yang tidak hipokrit dan bermuka-muka!


,

Ahad, 26 Jun 2011

Identiti Penulis SBDJ Tamar Jalis Terbongkar

Tamar Jalis atau Ahmad Mahmud

Tamar Jalis adalah penulis kegemaran banyak orang termasuk TM.  Sejak di bangku sekolah, karyanya, iaitu Siri Bercakap Dengan Jin menjadi novel seram paling popular. Khabarnya kisah benarnya itu telah diterbitkan dalam lebih 200 siri dan dibukukan dalam 16 jilid. Kesemuannya telah dijual melebihi 1 juta naskhah. Walaupun tidak lagi memiliki buku ini, saya kepingin memilikinya suatu hari nanti jika ada pihak yang mahu menerbitkan semula kesemua karya penulis hebat ini. 

Cerita lanjut tentang Tamar Jalis di sini.


, ,

Selasa, 29 Mac 2011

Apa Sudah Jadi dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)?


Apa sudah jadi dengan DBP yang pernah dibangga-banggakan suatu ketika dahulu? Pertanyaan ini selalu kedengaran daripada rakan-rakan/staff yang sedang berkhidmat atau mereka yang pernah berkhidmat di badan berkanun itu termasuklah saya, TM.

Saya petik sedikit berita yang disiarkan oleh Keadilan Daily yang melaporkan berita penyerahan memorandum daripada Gerakan Darurat Bahasa di Parlimen hari ini, Gerakan itu menggesa kerajaan mengembalikan  semula peranan DBP yang semakin menyimpang dalam membina serta mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Gabungan itu terdiri antaranya termasuklah Teras Keupayaan Melayu (Teras), Persatuan Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), mahu agar kedudukan DBP dikaji semula secara kritikal kerana badan berkanun itu adalah institusi tunggak pembangunan, pengembangan, dan pengkayaan bahasa, sastera dan budaya negara.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, gesaan itu yang selaras dengan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta 213, Akta DBP sudah sekian lama dibuat namun tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan.

Atas alasan tersebut, mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang untuk menuntut perhatian dalam beberapa perkara, termasuklah:

1. Penswastaan: Sejak diswastakan pada 2001, DBP terus mencatatkan kerugian berterusan di antara RM20juta sehingga RM40 juta setiap tahun. Sebelum diswastakan, DBP memperoleh keuntungan sekitar RM20 juta setahun.

2. Rombakan struktur DBP: Lembaga Pengelola DBP menubuhkan Bahagaian Pengembangan Bahasa pelbagai kaum yang sebelumnya merupakan unit kecil di DBP. Unit ini yang diangkat kepada bahagian menafikan peranan Jabatan Sastera dalam membina dan mengembangkan sastera Melayu, yang merupakan fungsi utama DBP.

3. PPSMI dan Interlok: Gerakan Darurat Bahasa kesal kerana sejak PPSMI diperkenal kerajaan pada 2003, DBP hanya mengambil sikap membisu. Gerakan Darurat Bahasa berpendapat sebagai institusi yang mempertahankan bahasa, DBP wajar memberikan pandangan benar tentang kebaikan dan keburukan PPSMI.

DBP juga membisu dalam isu Interlok malah langsung tidak mempertahankannya kerana tiada sesiapa yang berani membantah atau menyanggah pendapat umum.

Justeru, mereka menuntut beberapa perkara antaranya:

1. Membatalkan penswastaan yang dilaksanakan ke atas lima bahagian dan dikembalikan semula kepada DBP.

2. Kerajaan memulihkan semula peranan DBP dengan memberikan juga peranan kepada Timbalan menteri Pelajaran kerana Menteri Pelajaran sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Timbalan Perdana Menteri.

3. Jabatan Bahasa dan Jabatan sastera DBP diwujudkan semula secara berasingan dengan lengkap seperti dahulu.

P/s: Saya pernah berkhidmat di DBP sekitar awal tahun 2000. Waktu itu, DBP sedang dalam proses menswastakan bahagian prapenerbitannya kepada DAWAMA. Waktu itu DBP sudah berada di ambang "kejatuhannya". Waktu itu DBP sudah hilang taringnya. Waktu itu sudah kedengaran pelbagai suara yang mengkritik DBP. Waktu itu...!

Kini, DBP semakin "hancur". DBP semakin dayus dalam memperjuangkan bahasa dan sastera. Mengapa saya berkata begitu? Bayangkan DBP tanpa JABATAN khusus untuk BAHASA dan SASTERA seperti yang disuarakan oleh gabungan di atas. Apa lagi yang ada pada DBP jika jabatan untuk sastera dan bahasa tidak mampu diangkat dan dipertahankan?

Kata orang Menara DBP yang gah di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur itu umpama "anu" yang mati pucuk!!!!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, , ,

Khamis, 10 Mac 2011

Pelajar Pulangkan "Interlok" Didakwa Ugut Mahu Bunuh Guru


Saya petik:
[HM] HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.

Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan.
“Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

“Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar,” katanya.

Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

“Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka,” katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu. - Raja Noraina Raja Rahim


P/s: Malang kerana pelajar-pelajar ini berkemungkinan tidak pun membaca novel itu, namun terus menerima segala-gala perkara buruk yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

,

Selasa, 8 Mac 2011

4 Sasterawan Sokong "Interlok", DCM Pun Sama


Saya petik:
[MK] Empat sasterawan negara hari ini tampil mempertahankan novel Interlok, karya, Datuk Abdullah Huseein dan menganggap tidak ada masalah dilihat pada istilah dan lukisan yang digambarkan oleh pengarang dalam novel berkenaan.

Malah keempat-empat mereka - Muhammad Haji Salleh, Datuk Anwar Ridhwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Noordin Hassan - menyifatkan tujuan penulis itu cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya bersatu menerima negara dan harapan baru.

“Kami juga tidak mengesan tujuan untuk menghina mana-mana kaum. Akhiran karya ini menawarkan harapan dan kecerahan. Itulah tujuan terpenting pengarang,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara tersebut mengajak rakyat membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya dapat dikutip pemikiran dan kearifan sasterawan negara.

“Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi. Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya.

“Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum. Peristiwa di luar - peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan - dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang. Ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara,” kata mereka.
Tidak selau rapi dan cantik

Mereka berkata sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan. Sebaliknya, sastera ialah lukisan kehidupan, dan kehidupan tidak
selalu rapi dan cantik.

“Inilah bahan sastera, dan untuk berlaku adil kepada bahan ini sastera melukis dengan warna berbagai-bagai - ada yang merah, kuning, kelabu dan hitam. Itulah warna kehidupan yang lebih banyak jalurnya. Malah pengarang- pengarang dari benua kecil India, telah turut menyentuh isu dalam Interlok yang oleh segelintir orang di sini disensasikan, kerana sistem sosial masyarakatnya telah dinormakan dalam perjalanan panjang peradabannya,” kata mereka.

Menurut mereka Interlok adalah sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu, watak dan latardari 1910 hinggalah sebelum merdeka.

“Tujuan penulis cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum yang terdapat di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya telah bersatu untuk menerima negara dan harapan baru.

“Inilah tujuan pengarang. Manusia yang dilukiskan juga cukup mulia, terutama Maniam, yang besar hati dan jiwanya, dan masih ingin membantu orang lain, walau pun dia pernah dimangsakan,” kata mereka.
Dicairkan

Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara berkenaan berkata mereka merasa sangat prihatin sekiranya pengarang terus didesak untuk merubah karya mereka sehingga gagasan awal mereka sudah dicairkan.

“Dan sekiranya perubahan pada lukisan satu kaum hanya dibuat, dan tidak pada kaum yang lain, maka akhirnya terdapat suatu lukisan yang tidak lagi berimbang dan benar – hanya cantik pada suatu kaum dan comot pada yang lainnya,” kata mereka.

Justeru, mereka meminta masyarakat membenarkan penulis negara ini melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kenyataan itu.

“Kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita, dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawannya untuk menulis,berfikir dan berpendirian,” kata mereka lagi.

P/s: Sehingga kini, saya masih mahu bertanya, berapa banyak orang yang mempertikaikan novel ini telah membacanya dari awal hingga akhir, sepatah demi sepatah kata, sebaris demi sebaris ayat, dari perenggan ke perenggan yang lain, dan dari bab ke bab seterusnya?

, ,

Ahad, 23 Januari 2011

MIC Bertegas Mahu Kerajaan Gugurkan "Interlok" Sebagai Teks KOMSAS

Palanivel, sudahkah anda membaca sepenuhnya Interlok?

Seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider, MIC melalui Presidennya, Senator G. Palanivel hari ini mendesak Putrajaya untuk mengugurkan Interlok sebagai teks KOMSAS.   

Palanivel berkata, partinya tetap berpendirian dengan keputusan yang dibuat oleh wakil-wakilnya yang sebelum ini telah menyeru Interlok digugurkan ketika pertemuan dengan pegawai kementerian Selasa lalu, kerana novel itu menurut mereka mengandungi perkataan yang merendahkan-rendahkan orang India.
 
 
"Kami berharap Kementerian Pelajaran memahami dan menghargai keinginan dan perasaan komuniti kami dan membuat keputusan yang cepat dan tegas dalam menyelesaikan masalah ini," kata Palanivel dalam kenyataannya hari ini. 

"Meletakkan nota kaki tambahan, glosari, dan panduan tidak akan membantu menyelesaikan masalah ini," tambahnya. 


Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan beberapa beberapa solusi untuk menyelesaikan kontroversi Interlok, seperti membuat nota kaki tambahan, glosari dan panduan mengajar
pada hari Jumaat.

  Muhyiddin juga mendakwa bahawa perbincangan yang berlansung pada hari Selasa itu telah mencapai konsensus bahawa novel kontroversi itu tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan masyarakat India.
Muhyiddin telah menyatakan bahawa perbincangan lanjut dengan pemimpin MIC akan dijalankan sebelum memutuskan sama ada teks sastera itu akan digugurkan dari silibus sekolah. 

 
Salah seorang wakil MIC, Dr A. Nagappan menyatakan bahawa kenyataan Muhyiddin berkaitan dengan keputusan konsensus itu tidak tepat. 


"Kami telah sepakat bahawa novel ini harus ditarik balik. Tidak ada saranan lain selain untuk meminta novel itu tidak digunakan di sekolah," Kata A Nagappan yang jiga bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia. 
Interlok mendapat kecaman daripada kelompok MIC dan beberapa NGO India yang mendakwa bahawa isinya mengandungi  sistem kasta India dan penggunaan "paria" yang bersifat ofensif. 

Cukuplah, saya malas untuk menterjemah sepenuhnya berita di TMI itu. Cuma, sebagai orang yang telah membaca Interlok dan mendapati buku itu tidak berniat merendah-rendahkan kaum India, maka saya menyarankan juga kepada MIC agar meminta kerajaan membakar semua buku yang mengandungi perkataan "paria" atau "kasta" di Malaysia ini. Moga-moga mereka dapat memadamkan sejarah silam.

Dalam hal ini, jelas MIC telah menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mempolitikkan isu novel ini demi meraih kembali sokongan masyarakat India. Parti itu yang dilihat sudah dipinggirkan oleh kaum India mula mencari jalan untuk mengukuhkan kembali kekuatan mereka untuk menghadapi PRU13.

Justeru, tidak mustahil Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran akan menuruti keinginan MIC sama ada takut akan pendirian MIC dalam hal ini atau menggunakan helah itu untuk memastikan MIC mendapat sokongan kaum India.

Saranan saya, belilah Interlok, baca dan fahaminya! 

 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

Rabu, 19 Januari 2011

Luahan Hati Penulis "INTERLOK"


Saya petik:

[Mstar] “BACA secara keseluruhan, baca kesemuanya, baca sampai habis,” demikian pesan berulang-ulang kali Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, 91, kepada penulis sepanjang perbualan berhubung kontroversi yang menyelubungi novelnya Interlok di Petaling Jaya baru-baru ini.

Bagi Abdullah, polemik yang tidak berkesudahan mengenai novel Interlok yang dihasilkannya 40 tahun lalu berpunca daripada sikap prejudis segelintir pihak yang tidak cuba memahami intipati sebenar karya itu.

Menurut Abdullah, menerusi Interlok beliau hanya menggambarkan bagaimana wujudnya penyatuan di kalangan penduduk peribumi Tanah Melayu iaitu orang Melayu dengan masyarakat Cina dan India yang dibawa masuk oleh Inggeris sebagai pekerja buruh di lombong bijih timah dan ladang getah.

“Tak rasis, saya cerita tentang penyatuan orang Melayu, Cina dan India.

“Hubungan mereka dan penyatuan pada ketika itu yang membawa kepada wujudnya sebuah negara,” katanya penuh bersemangat berkongsi mengenai niatnya yang disalahertikan.

Secara keseluruhannya menerusi Interlok, Abdullah secara halus memaparkan titik tolak bermulanya hubungan antara kaum di Tanah Melayu iaitu sekitar tahun 1910 sehingga 1940-an.

Sasterawan Negera kelapan itu juga berjaya memecahkan tembok pemisah antara ketiga-tiga kaum ini yang dirancang Inggeris menerusi dasar pecah dan perintah sama ada dari segi hubungan sosial mahupun ekonomi.

Namun setelah puluhan tahun novel berkenaan dihasilkan, ia kini secara tiba-tiba menjadi isu hangat bukan sahaja di kalangan peminat karya sastera, malah menembusi pelbagai lapisan dan golongan masyarakat.

Kontroversi mengenainya tercetus apabila wujudnya desakan pihak tertentu yang cuba menafikan sejarah, mahukan novel itu diharamkan daripada dijadikan teks untuk komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Malah kira-kira 100 orang kaum India bertindak melampau membakar novel itu dan salinan gambar Abdullah di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) Selangor kerana mendakwa Interlok mengandungi unsur rasis yang menghina kaum itu.

Rupa bangsa
Sungguhpun berada dalam keuzuran, Abdullah yang kini bergerak menggunakan kerusi roda tetap tegas mempertahankan niat murninya iaitu mengangkat sumbangan ketiga-tiga kaum tersebut.

Jelasnya semangat muhibah masyarakat Melayu, Cina dan India pada ketika itu menjadi penyumbang kepada pembentukan ‘rupa bangsa’ Malaysia pada ketika ini.

“Kalau sudah baca sampai habis, pasti nampak maksud sebenar. Saya gambarkan orang Melayu, Cina dan India ada peranan masing-masing.

“Sebenarnya tiga bangsa yang bersatu inilah yang membentuk rupa kebangsaan kita... bangsa Malaysia,” ujarnya yang masih petah berbicara sungguhpun mengalami masalah pendengaran.

Terang Abdullah lagi, beliau faham mengapa masyarakat India begitu marah mengenai karya sastera berkenaan.

Namun jelasnya perkataan ‘paria’ yang terdapat dalam novel tersebut bukan bertujuan menghina atau memperkecilkan kaum India.

“Kena faham betul-betul, ‘paria’ memang ada di India, tapi di Malaysia tak ada... itu bezanya antara di India dan Malaysia.

“Lagipun perkataan itu wujud dalam kamus, tapi orang India di sini mula lupakan mengenai pegangan sistem kasta seperti ‘paria’,” jelasnya.

Legasi perjuangan sosial
Bagi Abdullah, sebagai seorang penulis, beliau mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam membentuk pemikiran masyarakat menerusi nukilan karya-karyanya.

Justeru, novel Interlok yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka itu merupakan salah satu sumbangannya dari perspektif pembangunan sosial masyarakat.

Menurut Abdullah sekiranya novel berkenaan tetap diangkat menjadi bahan Komsas pelajar sekolah, legasi perjuangannya akan diteruskan oleh golongan pendidik hari ini.

“Guru boleh mainkan peranan mereka, boleh terangkan kepada pelajar mengenai penyatuan orang Melayu, Cina dan India.

“Soal hubungan penyatuan ini mesti selalu diingatkan supaya kita boleh terus hidup dengan baik,” pesannya.
Bagaimanapun seakan sudah pasrah dengan apa yang berlaku, Abdullah menyerahkan nasib karyanya itu kepada Kabinet untuk membuat kata putus.

“Biarlah Kabinet yang tentukan, tunggu apa keputusan mereka,” katanya ringkas.

Ditanya mengenai perasaannya tatkala karyanya kini menjadi mangsa prasangka, beliau termenung sejenak.
Walaupun tanpa linangan air mata, namun dari mata dan raut wajahnya tersembunyi perasaan sedih dan remuk lebih-lebih lagi dituduh sebagai seorang rasis.

“Saya sedih, saya kecewa sebab orang tak faham (intipati) Interlok.

“Orang salah faham maksud saya, saya tak hina orang India... bacalah Interlok sampai habis, baca betul-betul,” katanya mengakhiri perbualan sambil mengalihkan kerusi rodanya masuk ke dalam bilik.


Karya ilmiah
Sepanjang perbualan penulis bersama Abdullah, beliau sentiasa ditemani isterinya, Datin Siti Soraya Basri, 65.

Menurut Siti Soraya, beberapa tahun dahulu Abdullah pernah memberitahunya bahawa sejak dari awal beliau berharap novel Interlok dijadikan bahan rujukan ilmiah.

Katanya, Abdullah menghasilkan novel berkenaan dengan harapan ia dapat dijadikan rujukan untuk pembangunan sosial masyarakat.

“Beliau beritahu saya bahawa Interlok ditulis dengan penuh berhati-hati serta kesungguhan kerana sejak dari awal beliau mahu novel itu dijadikan rujukan masyarakat hari ini dan akan datang.

“Jadi apabila pihak Kementerian Pelajaran putuskan bahawa Interlok akan dijadikan buku teks sekolah, suami saya sangat bersyukur kerana niat yang dipendamnya selama ini menjadi kenyataan,” katanya yang masih aktif menyertai pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut Exco Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia itu, beliau bersyukur kerana suaminya diberikan ketabahan oleh Allah untuk mengharungi situasi ini.

Bangga
Jauh di sudut hati, penulis begitu bangga dan kagum dengan semangat Abdullah berdasarkan keadaan kesihatannya ketika ini kerana walaupun hanya boleh membaca soalan-soalan yang ditulis kepadanya, Abdullah tetap bersemangat memberi penjelasan mengenai karyanya itu.

Jika dihayati novel Interlok dengan berlapang dada dan rasional, jelas sekali ia sebenarnya sarat dengan mesej hubungan sosial yang tinggi terutamanya bagi mengingatkan masyarakat hari ini mengenai asas hubungan antara kaum di Malaysia.

Asas kehidupan bertolak ansur dan tolong menolong inilah yang menjadi ramuan penting terhadap keharmonian antara semua masyarakat berbilang kaum di negara ini. - Affifudin Ishak

,

Selasa, 11 Januari 2011

Anwar, Abdullah Hussain: "Interlok" Tidak Bersifat Rasis & Menghina Orang India


Saya petik:
[TMI] PETALING JAYA, 11 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, novel Interlok yang menjadi kontroversi dan pertikaian sejak kebelakangan ini sebenarnya tidak membawa elemen “rasis” dan minta pihak-pihak yang mempersoalkannya supaya berbincang menyelesaikan pertikaian mereka.

“Saya dah baca novel ini (Interlok) sudah lama, saya tidak nampak apa-apa yang rasis pun.

“Saya rasa kita perlu adakan perbincangan untuk selesaikan perkara ini,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Anwar  yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu satu novel yang baik tetapi bukan istimewa.

Saya juga lihat novel ini tidak ada penghinaan kepada mana-mana kaum, jadi saya cadangkan Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyuddin Yassin) perlu dengar setiap teguran,” katanya.

Dalam kenyataannya disiarkan media hari ini, Abdullah mempertahankan novelnya sambil menegaskan beliau tidak bermaksud mahu menghina masyarakat India negara ini.

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang mempertikaikannya agar membaca kandungan novel itu dengan mendalam sebelum melahirkan pendirian mereka.

Novel itu yang kini berusia empat dekad telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran untuk dijadikan teks sastera mulai tahun ini.

Baca betul-betul (teks Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India,” kata beliau.

Semalam lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis mengenai insiden pembakaran novel Interlok oleh sekumpulan penduduk di depan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang di Klang, Sabtu lepas.

NGO berkenaan ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Majlis Permuafakatan PIBG Nasional dan Persatuan Ikatan Melayu Asli Nusantara.

Kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa mendesak kerajaan mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks sastera.

Sebelum ini, Pena menegaskan pihaknya tidak tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha mahu meminda atau menarik balik buku teks sastera Interlok tulisan Abdullah, yang menjadi kontroversi setelah 40 tahun digunakan sebagai tulisan sastera.

Malah, Pena bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dalam tempoh terdekat bagi membincangkan kontroversi tersebut.

Muhyiddin dilapor telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula penggunaan novel Interlok sebagai buku teks subjek sastera mulai tahun ini.

Menurut timbalannya Dr Mohd Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.

Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Ada pandangan yang mengatakan aspek kontroversi juga membabitkan kaum-kaum lain.

Interlok memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.

P/s: Saya tanya lagi, Siapa antara orang yang melenting fasal Interlok ini sudah membaca setiap helaian novel itu? Sila angkat tangan!

,

Sabtu, 8 Januari 2011

PENA Bertegas Pertahan "Interlok"

Saya petik:
[MK] Bagi menyatakan kesungguhan mereka menentang penarikan balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain, Persatuan Penulis Nasional (PENA) berkata akan memaklumkan pendirian mereka kepada menteri pelajaran serta-merta.

"Hari ini juga kami akan telefon pembantu Tan Sri Muhyiddin Yasssin. Soal angkat atau tidak angkat (telefon), itu hal lain.

"Yang penting, PENA ambil tindakan cepat," kata timbalannya Amirrudin Md Ali Hanafiah.

Dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini, Amirrudin juga berkata, pihaknya mahu memaklumkan bahawa menteri tidak harus "ikut telunjuk" mana-mana pendesak yang mahukan buku itu ditarik balik sebagai teks sastera tingkatan lima.

Katanya, pendirian itu juga diambil setelah bertemu sendiri dengan Abdullah sendiri bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu.

Hadir sama dalam sidang media itu Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Md Salleh Yaapar.

Sementara itu, presidennya Mohd Saleeh Rahamad pula berkata, mereka mahu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri bagi menyampaikan tentangan mereka tanpa kompromi terhadap cadangan penarikan dan penyuntingan Interlok.

Bimbang komposisi panel
Mengulas tindakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula penggunaan novel itu di sekolah menengah, Mohd Saleeh berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan perkara itu.

"Kita bimbang bila kaji semula, jawatankuasanya dibarisi (wakil berkepentingan) secara tidak seimbang.

"Kita bimbang ada keputusan lain," katanya yang juga pensyarah pengajian media di Universiti Malaya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mempelbagaikan bantahan supaya dan bukan sahaja berorientasikan diplomasi, Mohd Saleeh menjawab perkara itu mestilah dibincangkan dengan persatuan lain terlebih dahulu.

"PENA di (bernaung) bawah Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional). Kita kena bincang dengan NGO lain juga. Kalau tak ramai, kalau kami tiga orang sahaja hendak berdemo, tidak jadi juga," katanya.

Sementara itu, Md Salleh pula berkata berkata, tindakan kerajaan mengkaji semula buku itu mungkin disebabkan terdapat kecenderungan untuk mendengar pendapat "sebelah lagi".

Sambil mendakwa, tentangan pada Interlok disebabkan tidak faham, Md Salleh berkata:

"Apa yang disebut (pengarang) semua betul. Apa yang disebut semuanya fakta." - Jimadie

Berkaitan:


,

[Kemas Kini] 100 Orang India Bakar "Interlok" & Gambar Abdullah Hussain. Bolehkah Mereka Membakar Hangus Sejarah dan Fakta?


Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyentuh isu perkauman dan bersifat provokasi kerana isu ini asalnya hanyalah berkisar tentang fakta sejarah dan kritikan sastera yang terkandung dalam novel Interlok. Kritikan dan fakta sejarah itu kemudiannya disalah tafsir dan disensasikan oleh sesetengah pihak selepas novel tersebut diangkat sebagai teks KOMSAS di sekolah. Beberapa pihak cuba menjelaskan isu tersebut dan menyatakan garapan sasterawan itu tidak menghina kaum India malah novel ini digarap untuk menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya bersatu padu dan hormat-menghormati berdasarkan garapan dan gambaran realiti masyarakat pelbagai bangsa sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Namun tindakan penduduk berketurunan India di sekitar Klang membakar naskhah Interlok dan gambar Abdullah Hussain hari ini sudah dikira melampau dan biadap. Mereka bukan sahaja enggan menerima hakikat namun seolah-olah mahu membakar hangus sejarah lalu. Bolehkah mereka membakar hangus fakta dan sejarah?

Saya sudah menulis panjang dan memautkan beberapa artikel tentang hal ini. Jadi tidak perlulah menulis lagi dengan harapan orang yang enggan menerima hakikat dan cuba memadamkan sejarah itu membacanya. Karya sastera negara pun tidak pernah disentuh oleh mereka, masakan mereka akan meluangkan masa berhujah dengan pelbagai pihak di majlis dialog, mahupun di blog. Bayangkan selepas 40 tahun diterbitkan, baru ada orang India perasan tentang novel ini.

Yang saya geram apabila kumpulan ini bertindak melulu ini dan tidak mengkaji atau mengkhatam novel agung itu. Saya perturunkan semula halaman yang dianggap mereka menghina orang India:
Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211) 

Salahkah Abdullah Hussain menulis begitu? Sedangkan dalam novel yang sama orang Melayu dan Cina turut dikritik oleh Abdullah Hussain. Jika anda membaca novel itu, masyarakat yang sepatutnya melenting ialah orang Melayu kerana watak Pak Musa dalam novel ini digambarkan begitu bodoh sehingga dipermainkan, dimanipulasi oleh watak Cing Huat demi kepentingan dirinya. Namun, garapan novel itu bukanlah bertujuan untuk menghina atau memprovokasi masyarakat. Novel ini ditulis untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan perpaduan, tolak ansur, membalas budi, dan insaf akan kesilapan yang telah dibuat dengan menyelitkan unsur konflik, fakta sejarah yang  menyentuh perasaan kita.

Pada peringkat peleraian, watak Cina Panjang yang bongkak dan mementingkan diri akhirnya menyesal dan menyedari kepentingan bekerjasama dan bersatu padu. Cing Huat/Cina Panjang menyesal kerana memandang rendah kepada orang Melayu. Maniam yang berhijrah dari India memperoleh kehidupan yang lebih selesa. Maniam yang pada mulanya menjadi kuli di pelabuhan akhirnya berjaya menjadi mandor di ladang, anaknya pula menjadi inspektor. Seman, anak Pak Musa, yang dihalau oleh Cing Huat berjaya mendapat bantuan Maniam yang pernah terhutang budi dengan Pak Musa. Yang menariknya, novel ini turut menggambarkan masyarakat Simpang Empat menentang Malayan Union dan bersama-sama ke bandar untuk menyambut Hari Kebangsaan 1957.

Ayuh, kita beli buku INTERLOK! Mari kita baca dan ambil iktibar yang cuba diungkapkan oleh pengarang!

Saya petik:
[UM] KLANG 8 Jan. - Kira-kira 100 orang penduduk berketurunan India berdemonstrasi dan membakar novel Interlok di depan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini petang ini.

Mereka turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara, Abdullah Hussain.

Kumpulan itu mendesak kerajaan mengharamkan novel itu dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks mata pelajaran sastera tingkatan lima di sekolah. -Helmie Mohd Foad

,

Khamis, 6 Januari 2011

Jangan Hanya Pandai "Membakar', Datang Berhujah: Dialog "Interlok" di Rumah Pena Sabtu Ini (8 Januari)

Saya petik:
[HD] Seluruh warganegara Malaysia terutama yang tinggal di sekitar ibu negara yang berminat untuk mengikuti dialog mengenai novel Interlok, berpeluang menyertainya pada hari Sabtu, 8 Januari ini.

Peluang tersebut terbuka kepada orang ramai apabila Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) mengambil inisiatif menganjurkannya dengan mengadakannya di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, di sini, mulai jam 10 pagi.

Setiausaha Agung Pena, Syed Mohd Zakir Syed Othman dalam satu kenyataan akhbarnya menjelaskan, majlis tersebut akan dipengerusikan oleh Presiden Pena, Mohamad Saleeh Rahamad, manakala panelnya pula terdiri daripada Dr Ilias Zaidi dan Dr Fatimah Busu.

Menurut beliau, dialog tersebut diadakan bagi menjelaskan isi kandungan novel Interlok secara ilmiah kepada semua pihak dan memberikan kewajaran novel itu dikekalkan sebagai teks Komsas.

Katanya, sehubungan itu, satu sidang akhbar akan turut diadakan oleh pihak Pena pada hari dan tempat yang sama pada jam 12.30 tengah hari.

"Sidang akhbar itu diadakan bagi menyatakan pendirian Pena menyokong novel Interlok dikekalkan sebagai teks Kamsas tanpa sebarang perubahan terhadap mana-mana isi kandungannya," jelasnya.

Interlok merupakan sebuah novel bermutu yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein yang mengambil latar masa sekitar tahun 1910 hingga 1957. Ia mendapat hadiah saguhati dalam peraduan menulis novel sempena 10 tahun merdeka, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam peraduan itu, novel Sandera terpilih memenangi tempat ketiga, manakala hadiah pertama dan kedua tidak dimenangi sebarang novel.

Novel Interlok adalah satu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen. Ia adalah rakaman realiti semasa yang cukup baik, mengenai masyarakat Malaysia waktu itu iaitu zaman pra merdeka dan ia sangat sesuai dijadikan teks sekolah. Oleh itu, ia tidak sewajarnya menjadi mangsa politik perkauman di negara ini.

Bagaimanapun, kontroversi mengenai Interlok timbul apabila MIC dan Gabungan NGO India memandangnya sebagai sebuah novel yang menghina kaum India, khususnya pada bahagian-bahagian tertentu, sehingga ia dikatakan sebagai karya bentuk 'rasis'.

Lebih jauh dari itu, Pengerusi Gabungan NGO India Malaysia, Datuk A Vaithilingam, dalam kenyataannya, mengancam untuk mengadakan satu upacara membakar novel tersebut sekiranya ia tidak ditarik balik daripada menjadi sebahagian teks sastera SPM.

Tindakan dan bangkangan mereka itu dilihat tidak berasas dan melampau oleh pelbagai pihak. Bagi menjawabnya, semalam, Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI), telah mengadakan sidang medianya di rumah Pena untuk menyuarakan pandangannya dalam mempertahankan novel itu.

Pada sidang media itu, Presiden PAKSI, Dinsman, ketika menjawab soalan wartawan menjelaskan, jika kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran gagal mempertahankan novel itu dan gagal menangani masalah itu dengan baik dalam masa terdekat, pihaknya juga turut bercadang untuk mengadakan forum terbuka secara bersiri.

Forum tersebut akan diadakan di tempat yang dikunjungi orang ramai. Dalam konteks semasa, mereka bercadang untuk mengadakannya di Dun Tenang, memandangkan kawasan itu kini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara, sempena pilihanraya kecil kawasan itu yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Selain itu, beliau yakin, beberapa persatuan penulis lain juga sedang merancang untuk mengadakan tindakan tersendiri bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

P/s: Orang yang mahu membakar novel ini tolong datang, tolong berhujah pada hari itu!

,

Muhyiddin Arah Kaji Penggunaan "Interlok" Semula

Saya petik:
[MK] Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula penggunaan novel bertajuk "Interlok" sebagai buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah mulai tahun ini.

muhyiddin pc 200910 02Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.

"Tan Sri Muhyiddin (Menteri Pelajaran) berharap kajian itu akan merumuskan satu keputusan yang baik bagi memuaskan semua pihak," kata Puad kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Raub hari ini.

Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.
Novel berdasar apa yang berlaku
Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah mendakwa, buku teks sastera tingkatan lima itu telah ditarik balik kerana dikatakan mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.

azlanPuad berharap agar semua tidak mempolitikkan isu novel itu kerana niat kerajaan adalah untuk menambahkan pengetahuan di kalangan pelajar dan rakyat negara ini.

"Sepatutnya tidak timbul masalah itu kerana novel yang tulis Abdullah Hussain itu adalah berdasar kepada apa yang berlaku pada masa lampau.

"Sebarang keputusan untuk menentukan sama ada novel komponen sastera itu akan digunakan atau tidak akan diketahui dalam masa terdekat nanti," katanya.

P/s: Novel Interlok dikaji kerana dikhuatiri mengandungi unsur penghinaan selepas 40 tahun diterbitkan. Saya tetap mahu bertanya: Siapa antara mereka yang mahu membakar novel ini telah membaca setiap helaian novel Interlok? Sila angkat tangan!

,

Rabu, 5 Januari 2011

[Wajib Baca] "Interlok": Ulasan Bahagian yang Didakwa Menyinggung Kaum India

Saya petik:
[MK] Lazimnya, jarang sekali karya sastera, khususnya novel Melayu mendapat perhatian sebegitu meluas daripada masyarakat umum di negara ini seperti yang diperoleh Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Husain.

NONETetapi malangnya semua perhatian berkenaan atas sebab yang tidak sepatutnya.

Banyak pihak tampil membidas Interlok yang dipilih sebagai teks Komponen Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk tingkatan lima. Ia dikatakan sebagai karya berbentuk 'rasis' serta menyemai bibit-bibit unsur penghinaan.

Buku setebal 426 halaman itu bercerita daripada tiga sudut pandang watak utama - Melayu, Cina dan India - tentang situasi hubungan kaum ketika itu yang menghadapi pelbagai rintangan.

Ia dibahagikan kepada empat buku, bahagian pertama bercerita daripada sudut pandang Seman dan keluarganya di kampung, bahagian kedua tentang Cing Huat sekeluarga yang baru datang dari China dan ketiga tentang kehidupan Maniam di estet, sebelum semua itu dirangkum dalam bab terakhir.

Ia juga merangkumi sekurang-kurang tiga generasi yang mengambil latar sekitar 1910 dan berakhir pada latar masa 1957 ketika negara menyambut kemerdekaan.

Walaupun semua keempat-empat bahagian buku itu mempunyai kandungan yang kontroversial, namun bab yang mendapat publisiti meluas sekarang adalah yang berkisar mengenai keluarga Maniam.
India melenting!
Tidak seperti kaum lain di negara ini, yang melenting adalah hanya kaum India!

Bermula dengan bidasan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan ia diperpanjangkan oleh Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam yang mendesak Kementerian Pelajaran menarik balik buku itu.

azlanPersekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) dalam kenyataan medianya mendakwa Interlok memberikan gambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'paria' yang digunakan.

Buku mengenai Maniam itu bermula apabila lelaki berusia 30 tahun itu yang berbadan tegap dan bertulang rangka besar meninggalkan kampungnya di Tricur, Kerala, India kerana tidak tahan dicengkam kemiskinan.

Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211)

Sekumpulan masyarakat India di negara ini mempertikaikan kebijaksanaan Abdullah yang mengolah ceritanya dengan fakta-fakta sejarah dan hakikat sistem kasta yang membelenggui masyarakat di India ketika itu.

Maniam digambarkan gembira dengan peluangnya mendapat pekerjaan dan begitu serasi bukan sahaja dengan cuaca di Malaya yang hampir sama dengan kampung halamannya, tetapi juga makanan seperti kari yang digemari penduduk tempatan menepati citarasanya.

Di sini, pekerjaan yang membezakan kasta tidak ada.
(halaman 216)

Dia gembira hidup di negeri ini kerana untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dirinya sebagai manusia seperti orang lain. (halaman 218)

Di negeri ini, orang daripada kasta Brahma memakai punul yang melintang di tubuh, tetapi dia tidak takut menyentuh orang itu.

Dia boleh membeli barang daripada penjaja dengan memberikan wang dari tangan ke tangan; tidak seperti di negaranya, dia mesti meletakkan wang itu di suatu tempat dan penjaja itu akan menyiram wang itu dengan air sebelum diambil dan dimasukkan ke dalam petinya. (halaman 219)
Tidak puas hati
Bagi kumpulan masyarakat India, perenggan-perenggan di atas terlalu sensitif dan mereka tidak berpuas hati denggannya.

Cerita itu disambung mengenai kebahagian yang dikecapi oleh Maniam bagaimapun tidak lama, apabila orang kampungnya, Raman dan Suppiah datang membawa khabar berita, bahawa isterinya Ambika sudah mengikut lelaki lain.

Esakan Maniam berhenti dan dia mengesat air matanya. Barulah Suppiah, orang yang berair muka seperti keanak-anakan itu bercerita. Isteri Mania, Ambika sudah amat melarat hidupnya. Dia sudah mulai makan pucuk-pucuk kayu. Tukang pinjam wang sudah tidak membenarkan dia tinggal di rumah itu lagi kerana rumah itu sudah menjadi haknya dan lembu Maniam itu diambilnya.
(halaman 221)

Malah, Maniam yang tidak berpelajaran, setiap bulan mengirim wang kepada rakannya di India, Pillay supaya diberikan kepada isterinya. Pillay bukan sahaja gagal menunaikan amanah itu tetapi juga melarikan isteri sahabatnya itu.

NONEAkibat tertekan dengan berita itu dan menanggung malu yang besar, Maniam mengambil keputusan meninggalkan Pulau Pinang dan merayau dari satu kebun ke satu kebun sehingga dia tercampak di kebun orang putih di Cangkat Lima.

Dia berjaya mendapat pekerjaan dari tandil kebun kelapa itu - juga seorang India dari Madras, Perumal dan akhirnya berkahwin dengan anak perempuannya Malini dan hidup dengan bahagia, tanpa memberitahu latar perkahwinannya dengan Ambika.

Akibatnya, kebahagian itu tidak berkekalan - Suppiah kemudiannya datang ke kebun itu dan membawa cerita bahawa Maniam pernah berkahwin dan meninggalkan isterinya.

Akibatnya beliau diusir dari ladang itu dan semasa meninggalkan estet berkenaan, Maniam diserang dan cuba dibunuh oleh orang yang tidak dikenali. Mujur kehadiran seorang lelaki tempatan berjaya menyelamatkannya.

Sekilas pandang, tidak dapat dinafikan mungkin ada petikan yang menguris hati dan dikatakan berbaur perkauman, namun kita tidak boleh melihat ayat terpencil atau isu yang diambil di luar konteks novel. Tindakan seumpama itu, hanya menidakkan niat suci dan murni pengarang untuk menyatukan masyarakat Malaysia melalui karyanya itu.
Perlu dibaca menyeluruh
Interlok perlu dibaca secara menyeluruh. Untuk menuduh Abdullah sebagai penulis rasis dan menghina masyarkat India serta membakar karya sasterwan negara itu, sesuatu tindakan melampau.

Pandangan tajam Abdullah Hussain membidas keadaan ketika itu, juga tidak terkecuali ke atas masyarakat Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh dan malas.

Setelah guru besar itu berlalu, Pak Musa ketwa terkekeh-kekeh, diikuti oleh Mak Limah. Dia amat gembira kerana menipu guru besar itu.

“Buat apa sekolah? Tengok tu, tahu membaca dan menulis pun aku yang tak bersekolah ini dapat tipu bulat-bulat.”


Masyarakat Cina pula digambarkan bermata duitan dan sentiasa tidak ikhlas serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang.

Ini jelas dipaparkan dalam Buku Dua - Keluarga Cing Huat. Menghiasi halaman utamanya, dimasukan pepatah Cina yang berbunyi: “Kalau tak berwang, ke mana pergi terbuang.”

azlanLee Kim Lock yang melarikan diri dari tanah besar Cina akibat hasil tanaman mereka diserang belalang sanggup melakukan apa sekali perkerjaan pun termasuk mengangkat najis manusia.

Selain itu, demi wang, ikatan persaudaraan tidak penting. Malah mereka menikam satu sama lain seperti yang berlaku antara Paman Kok Leng yang menipu keluarga Cina yang dibawanya masuk ke Malaya. Hubungan adik-beradik juga menjadi tegang kerana wang.

Yew Hock lebih percayai oleh bapanya. Dia patuh pada ajaran bapanya, menimbang barang selalu kurang, berjual beli selalu bertegang urat.
Watak positif
Di sebalik watak dan nilai negatif yang ditunjukkan pengarang, pada novel ini menonjolkan watak positif untuk memberi keseimbangan dan memperlihatkan nilai terbaik bangsa dimanfaatkan untuk perpaduan kaum.

Dia terlalu memandang rendah kepada orang Melayu. Dia tidak pernah menganggap mereka manusia beradab seperti dia. Dia selalu mengatakan bahawa mereka malas. Dia mahu menarik keuntungan sahaja daripada mereka. Kalau mereka memberi keuntungan wang kepadanya, dia berbuat baik, kalau tidak dia menganggap mereka seperti sampah. Sekarang baru terasa bahawa kata-kata anaknya itu benar. Orang Melayu itu pun manusia juga. Mereka seperti kita, bukan orang biadap.
(Halaman 321)

Satu lagi contoh pada novel ini yang menonjolkan watak positif, bangsa berlainan yang cuba menghormati satu sama lain, boleh dilihat pada petikan ini.

Maniam menyusun jari kedua-dua belah tangannya memberi hormat kepada Mak Limah. Mak Limah tidak tahu apa-apa yang mesti dibuat. Dia melihat Seman dan ketika dia berpaling semula, Maniam telah berjalan jauh sambil menyeret basikalnya.

“Baik orang India tu, Seman,” kata Mak Limah ketika mulai menggobek sirih.


Selain itu, Abdullah Hussain juga cuba memecahkan tembok kasta dengan memperlihatkan bagaimana Maniam diterima bukan sahaja oleh masyarakat India tetapi juga penduduk tempatan.

Setelah bapanya meninggal, di kebun yang jauh dari kampungnya itu dia menemui seorang bangsa asing yang dapat dianggapnya sebagai bapanya. Hanyalah kerana berlainan agama dan bangsa yang memisahkan mereka, tetapi dalam pergaulan sebagai manusia Maniam memperlakukannya sebagai anak dan dia menganggap Maniam sebagai bapanya. (Halaman 316)

Justeru, mendakwa Interlok menghina kaum India bukan sahaja tidak tepat tetapi membawa malapetaka terhadap niat murni sasterawan negara itu cuba menegakkan hakikat bahawa masyarakat india memang tahu mengenang budi.

“Orang perempuan Melayu dari Kampung Nyiur Condong juga ada ditahan di sini. Dia ditahan bersama-sama papa, tapi belum disoal siasat lagi,” kata Ramakrrisynan.
“Anaknya mana?” tanya Maniam.

“Anaknya juga ada di sini, tapi tak ditahan. Dia mahu tolong ibunya.”

“Engkau tolonglah dia, Rama. Dia itu macam saudaraku sendiri. Suaminyalah yang menolong menyelamatkan aku dulu.'
(Halaman 359)
Kaki kayu
Kisah bangsa Melayu, Cina dan India dalam novel ini sebenarnya dibina secara terpisah dan diceritakan dalam bentuk mozaik, tetapi menjurus kepada pertemuan penyatuan bangsa seperti terkandung pada bab akhir.

Cerita diakhiri secara simbolik. Yew Seng yang terpaksa dipotong kakinya.

Waktu Yew Seng masih di dalam rumah sakit beberapa tahun yang lalu, mereka dari pekan itu dan dari kampung sekitarnya telah mengumpulkan wang untuk membeli kaki kayu tersebut, tetapi Cing Huat berkeras menolaknya. Dia mahu membeli sendiri. Dia ada wang. Dia tidak mahu menyusahkan orang ramai kerana anaknya itu, tetapi Lazim dan Raman pun berkeras juga. Mereka mahu menolong Yew Seng. Keputusan terakhir diserahkan kepada Yew seng, dan dia memilih kaki kayu yang akan diserahkan oleh masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina di pekan itu ikut sama kemudian. Itulah khaki kayu yang digunakan oleh Yew Seng sekarang. (Halaman 418)

P/s: Saya bercadang untuk menyiarkan bahagian-bahagian yang mencetuskan ketidakpuasan hati sesetengah kaum India, namun masih sibuk dengan tugas-tugas lain serta masih lagi membaca buku tersebut. Walaupun belum khatam novel ini namun saya sudah terlibat dengan penerbitan sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, perwatakan, dan binaan plot novel tersebut.

Hari ini MK sudah menyiarkannya dan ulasannya juga agak menarik. Saya salin dan tampal di sini.

Persoalannya, salahkah fakta yang ditulis oleh Abdullah Hussain (saya pernah menimbulkan dalam kiriman terdahulu kerana waktu itu masih belum membacanya)? Hinakah orang India dengan paparan perenggan-perenggan di atas? Bagaimana pula dengan unsur penyesalan, penyatuan, kerjasama, perpaduan, hormat-menghormati yang terkandung dalam novel ini?

Nasihat saya kepada orang yang mudah sangat melenting, bacalah karya sastera negara terutamanya yang ditulis dalam bahasa kebangsaan tanpa mengira latar belakang kaum dan keturunan anda, jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap atau provokasi orang. Jangan hanya menyelak halaman tertentu sesebuah novel kemudian menyalak tidak tentu fasal!  

Saya mahu bertanya, dalam banyak-banyak orang yang melenting tentang isi kandungan novel ini, SIAPA ANTARA MEREKA YANG SUDAH KHATAM NOVEL INI?

Sila angkat tangan!

,

Ahad, 2 Januari 2011

"Syair Siti Sainah" dalam Teks KOMSAS "Harga Remaja" Bukan Bersifat Pornografik

Saya baca surat yang ditulis oleh Mrs. Sheela R di blog Lim Kit Siang tentang komennya berkaitan dengan salah satu puisi tradisional yang terkandung dalam Antologi Harga Remaja yang menjadi teks terkini untuk pelajar tingkatan empat. Kata penulis surat, penggunaan kata dalam syair ini kurang sesuai dengan remaja berusia 16 tahun. 

Untuk makluman anda, Antologi Harga Remaja menggantikan teks KOMSAS terdahulu, iaitu Anak Laut.

Sebelum ini, timbul rasa tidak puas hati sesetengah kaum India terhadap novel Interlok yang dipilih sebagai  sebagai teks KOMSAS novel tingkatan lima di zon tengah. Rasa tidak puas hati itu berhubung dengan penggunaan istilah "paria" dan aspek keagamaan Hindu yang didakwa tidak tepat dengan konteksnya. Saya ada mengulas ringkas tentang isu ini sebelum ini.


Saya petik sedikit surat tersebut:
The poem selected for study at the Form four level is an excerpt from his lesser-known literary work entitled “Syair Siti Sianah”. The foreword written in Malay includes an explanation as to whom the poem is intended for and the purported advice it contains. I reproduce this extract below:
“Syair Siti Sianah pula mengandungi nasihat yang tujukan khas kepada golongan wanita supaya mereka sentiasa menjaga maruah diri, etika dan nama baik keluarga serta tidak melanggar ajaran, norma masyarakat dan budaya”.

(Translation: “Syair Siti Sianah” contains advice which is specially directed towards women to always guard their virtue, ethics and uphold their family name whilst not going against the teachings of religion, societal norms and culture”). 

Now, to the poem itself. A total of 11 verses have been selected for inclusion in the text. As an example, I reproduce three verses below with a brief/approximate translation:
Verse 7
“Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat
Dengan jantan suka berdekat”
(Some women bedeck themselves with jewellery and seek to entice men with flirtatious looks)
 
Verse 8
Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila
(With hands and legs lifted in a lascivious manner they try to seduce men) 
 
Verse 11
Laki-laki perempuan bertindih lutut
Banyak kelakuan yang tidak patut
Sembahyang ibadat sudah bantut
Kerana syaitan duduk di buntut
(Men and women indulge in close proximity, with piety forgotten, for the devil has trapped them, literally in the derriere with lustful behaviour!) 

Exactly how is a poem of this genre expected to encourage sixteen year olds not to “stray from the path of virtue”?

While poetic license is a virtue, poetry that denigrates women and at that too in a highly graphic manner cannot be considered appropriate study material for secondary schoolchildren. After all¸ the study of literature is to educate not titillate.

Benarlah kalau dibaca atau diterjemahkan secara langsung, orang yang tidak mengkaji syair ini membuat kesimpulan bahawa karya itu mempunyai unsur lucah. Namun, karya ini sebenarnya berunsur sindiran dan nasihat untuk mendidik atau memberitahu golongan muda terutamanya remaja perempuan tentang peri pentingnya menjauhi amalan seks bebas dan perilaku buruk yang lain. Umum tahu betapa teruknya moral remaja sekarang yang banyak terjerumus dalam pelbagai bentuk gelaja sosial. Umum juga tahu betapa seriusnya kes pembuangan bayi di negara ini. Jadi, pemilihan syair ini mungkin berpunca daripada situasi semasa moral remaja hari ini.

Bagi saya, penggunaan frasa atau baris seperti "laki-laki perempuan bertindih lutut" menggambarkan perlakuan negatif sesetengah golongan remaja hari ini. Begitu juga penggunaan perkataan "buntut" yang pada saya tidak berunsur lucah seperti yang mungkin terbayang di minda penulis surat tersebut. Dalam karya sastera generasi lama, unsur sindiran lazimnya digunakan untuk membetulkan kebejatan moral masyarakat. 

Bagi yang tidak biasa dengan sastera Melayu, penggunaan frasa "laki-laki perempuan bertindih lutut" samalah dengan penggunaan seks bebas pada hari ini. Bezanya pada waktu Raja Ali Haji, perkataan seks bebas tidak ada lagi dalam kamus kosa kata masyarakat pada waktu itu. Niat Raja Ali Haji adalah untuk menasihati golongan muda agar menjauhi pelbagai amalan negatif yang dapat merosakkan iman dan maruah diri serta bangsa. Malah, syair ini mengajak pembaca agar kembali kepada ajaran agama.

Bagi orang yang masih jahil dengan kritikan yang terkandung dalam karya sastera, gaya bahasa sastera, teks sastera lama, saya cadangkan kepada anda, tanpa mengira kaum, agar meluangkan masa untuk mendalami karya-karya tersebut agar anda tidak mudah mengganggap atau melabelkan sesebuah karya itu sebagai karya pornografik tanpa mengkaji dengan sedalam-dalamnya maksud tersirat dan penggunaan gaya bahasa dalam sesebuah karya.

Saya akan komen dengan lebih terperinci sedikit masa lagi termasuk menyiarkan maksud keseluruhan di balik  syair ini, nilai dan pengajaran yang terkandung dalam syair ini, serta beberapa aspek lain.


P/s: Ironi, orang yang mengkritik karya sastera ini menulis surat tersebut dalam bahasa Inggeris. Fahamkah dia tentang penggunaan bahasa dalam syair tersebut? 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH