Contoh Sikap Pemimpin yang MERUGIKAN Bangsa
Kenyataan menteri Melayu UMNO yang menolak cadangan agar subjek Sastera dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah amat mengecewakan. Lagi menyedihkan apabila dia berkata pengenalan subjek itu sebagai subjek wajib memerlukan kajian yang terperinci (oklah) dan melibatkan kos dan perubahan jadual pembelajaran di sekolah. Berapa banyak kos yang diperlukan untuk membuat kajian? Adakah semahal kapal selam yang tidak boleh menyelam?
Jika kenyataan ini dibuat oleh pemimpin PKR atau DAP, saya rasa anda tentu sudah maklum respons yang akan diberikan oleh pemimpin UMNO dan sekutu, anda juga sudah tentu maklum bagaimana TV dan akhbar pencacai akan memanipulasi isu ini untuk kepentingan politik dan sebagainya. Malang sekali apabila menteri yang kononnya berjuang untuk memartabatkan bahasa dan sastera memberikan respons yang begitu negatif terhadap cadangan yang dilontarkan oleh Gapena.
Apabila membandingkan respons dan tindakan kerajaan/pemimpin dalam menangani isu pelajar kurang menguasai BI dengan isu yang membabitkan bahasa kebangsaan dan sastera, sudah tentu banyak pihak yang berasa kecewa. Walhal sastera merupakan identiti dan warisan bangsa Malaysia. Jika orang Inggeris (orang bukan Inggeris pun kemaruk) berbangga dengan karya sastera mereka, orang Malaysia tanpa mengira kaum seharusnya berbangga dan menyanjung sastera tanah air. Jika kanak-kanak hari ini semakin menguasai tulisan dan bacaan Jawi, janganlah pula kerajaan mengulangi kesilapan yang pernah dibuat terhadap Jawi yang suatu ketika dahulu hampir-hampir pupus di bumi Malaysia ini.
Saudara, kita baru mempersoal perkara yang berkaitan dengan bahasa dan sastera. Bagaimana pula nasib subjek Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah. Seperti yang anda maklum, subjek agama di kedua-dua peringkat pengajian ini hanyalah bersifat sampingan dan tidak diwajibkan dalam peperiksaan awam. Kalau tidak lulus pun tidak memberikan kesan terhadap permohonan ke IPT dan sebagainya.
Walaupun ada pihak menyaran Kementerian Pelajaran mengangkat subjek Pendidikan Islam sebagai syarat asas pensijilan untuk UPSR, PMR, dan SPM untuk pelajar beragama Islam, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil. Oleh sebab statusnya yang dianggap sebagai subjek tidak penting, maka adakalanya sesi pengajaran dan pembelajarannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Lagi menyedihkan apabila subjek ini dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi dan keperluan pasaran kerja. Mengapa terjadi begitu? Yang menentukan sesuatu subjek itu mempunyai nilai atau tidak ialah majikan atau pihak penemu duga. Jika di peringkat temu duga dan asas pemilihan pekerja, kriteria pendidikan agama tidak dipandang, maka sampai bila-bila pun subjek agama terus dipinggirkan.-DCM
P/s: Siang malam...hidup Melayu...hidup Melayu, Islam, Islam, namun....

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.