[Kemas Kini] Permastautin Sementara Pegang KP Biru? Adakah Ini Projek IC Pengkhianat Negara?
Berdasarkan tarikh luput, kad pengenalan ini memberikan status permastautin sementara untuk suatu tempoh kepada pemiliknya. Apakah terjadi selepas tarikh luput itu tamat? Adakah pemegang kad pengenalan ini perlu memohon semula status tersebut? Siapakah yang memegang kad pengenalan ini? Apakah ciri-ciri kerakyatan pemegang kad pengenalan ini? Persoalan itu tidak penting (saya cari maklumat lain kemudian), persoalan pentingnya, adakah pemberian KP ini merupakan Projek IC? Mengapa pemegang kad pengenalan permastautin sementara berwarna BIRU, bukan HIJAU?
Sebelum itu, berdasarkan alamat yang tertera, memang kawasan kampung yang dinyatakan itu mempunyai kawasan penempatan warga asing dari Thai atau mungkin juga Kemboja. Orang yang menggunakan jalan pintas dari kawasan Kota Damansara melalui Subang Bestari, kemudian ke Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak untuk ke Saujana Utama atau ke Desa Coalfields sudah tentu maklum tentang kewujudan warga asing di kawasan itu. Turun sahaja dari bukit di kawasan pangsapuri di Subang Bestari, sudah kelihatan koloni warga asing yang membentuk pekan kecil. Di situlah mereka menjalankan urus niaga terutamanya membabitkan masyarakat mereka.
Adakah permastautin sementara boleh mengundi? Tentulah tidak boleh kerana syarat pilihan raya menetapkan hanya warganegara yang sah layak mengundi. Berdasarkan tulisan di SabahKini di sini, pemegang kad pengenalan ini tidak layak mengundi melainkan jika mereka diberi kerakyatan penuh. Namun ada pihak yang mendakwa sesetengah pemegang kad pengenalan pemastautin diberi kerakyatan penuh untuk mengundi. Hal ini ada dibangkitkan oleh Aspan di sini.
Jika ini bukan Projek IC, bagaimanakah bentuk projek yang didakwa didalangi oleh sebuah Task Force seperti yang dibangkitkan oleh Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini? Tujuh orang yang didakwa terlibat setakat ini masih diam membisu, malah tidak bertindak terhadap Mahfuz. Pelik! -DCM
Jika ini bukan Projek IC, bagaimanakah bentuk projek yang didakwa didalangi oleh sebuah Task Force seperti yang dibangkitkan oleh Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini? Tujuh orang yang didakwa terlibat setakat ini masih diam membisu, malah tidak bertindak terhadap Mahfuz. Pelik! -DCM
P/s: Kita perlukan BERSIH 3.0. SERIUS!!!!
Kemas Kini:
Selidik punya selidik, rupa-rupanya isu ini dikupas oleh blog Semut di sini. Blog itu turut membuat sedikit penyelidikan tentang hal itu.
Contoh IC pemastautin tetap - rujuk SINI |
Contoh IC pemastautin sementara - rujuk SINI |
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.