Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan

,

Rabu, 29 April 2015

Cermin Gelap: Enam Bulan Sudah Cukup - JPJ



Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan cermin gelap bermula Jumaat ini selepas tempoh enam bulan diberi sudah mencukupi.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak-ansur terhadap pemandu yang gagal mengikut piawaian cermin gelap apabila operasi bermula kelak.

“Tempoh enam bulan yang diberi adalah mencukupi dan tiada lagi alasan selepas tarikh penguatkuasaan bermula Jumaat ini.

“Bermula Jumaat ini, pemilik yang gagal mematuhi peraturan ini akan disaman mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 mengikuti piawaian penggunaan cermin gelap yang ditetapkan JPJ,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya sepatutnya memulakan penguatkuasaan bermula 1 November tahun lalu, namun memberi kelonggaran selepas mengkaji pelbagai sudut keperluan sebelum ditangguhkan kepada 1 Mei ini. - Suraya Roslan/harian Metro/29/4/15


,

Selasa, 18 November 2014

Nombor Plat Kereta SAMA


[Sinar Harian] TELUK INTAN - Entah di mana silap, siapa yang melakukan kesalahan menjadi tanda tanya.

Semua persoalan itu pastinya mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik dua kenderaan, malah menjadi perhatian orang ramai yang mempersoalkan kenapa nombor pendaftaran sama boleh didaftarkan untuk dua kenderaan berbeza.

Itu yang yang berlaku kepada seorang ejen insurans yang tertanya-tanya bagaimana nombor pendaftaran AJK8033 yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya dikongsi bersama pemilik lain. 

Dalam kejadian di Jalan Speedy di sini, Sabtu lalu, dua kereta jenis Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran sama mengejutkan orang ramai dan mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini dalam siasatan termasuk mencari punca sebenar persamaan nombor pendaftaran tersebut setelah pengadu (ejen insurans) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan, pada hari yang sama.

Katanya, berdasarkan keterangan pengadu berusia 34 tahun (ejen insurans) terbabit, dia memberitahu menerima maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp dari rakan-rakannya yang mengatakan terlihat sebuah kereta jenis Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengannya.

Mohd Suhaily berkata, apabila pengadu sampai Jalan Speedy, dia mendapati ada sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran sama namun dimiliki oleh orang lain.

“Pihak polis dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian. Pihak kami juga menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang mengaku menggunakan kereta bernombor pendaftaran sama di tempat kejadian dan kereta dirampas,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemilik asal kereta sebelum dibeli pemilik sedia ada.

Bagaimanapun, pengadu iaitu ejen insurans berkenaan tidak ditahan dan hanya diambil keterangan. - SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI/17/11/14


,

Selasa, 20 Mei 2014

Disaman Cermin Gelap, Pemandu Boleh Cabar di Mahkamah - Peguam



[Selangorku] SHAH ALAM, 20 MEI: Pemilik kenderaan yang disaman Polis dalam operasi cermin gelap sebelum 16 Jun disarankan ke mahkamah untuk mencabar saman berkenaan.

Hal ini kerana, saman bukan bermaksud perlu membuat bayaran kerana polis sendiri perlu membuktikan kesalahan berkenaan.


Penasihat guaman Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff, berkata beliau mempertikaikan tindakan Polis yang mula mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap sedangkan tindakan itu sepatutnya bermula 16 Jun ini.

Katanya, pada 15 Mei Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abdul Latif dalam kenyataan media berkata pihak Polis memberikan tempoh sehingga 15 Jun ini kepada pemilik kenderaan menggunakan cermin gelap supaya menukar kepada cermin mengikut spesifikasi betul.

“Tiba-tiba malam semalam/ malam kelmarin polis buat operasi saman 23 orang kes cermin gelap apa cerita? itu sahaja.

“Isu cermin gelap ini tidak ada masalah kerana ia ada peraturan. Kaedah-kaedah kenderaan, jenis-jenis cermin dan dia boleh kuatkuasakan peraturan itu.

“Cermin depan depan ketelusan (cahaya) 70 peratus dan cermin lain 50 peratus. Itu tiada masalah, cuma orang ramai bermasalah dari segi peratusan tersebut,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya lagi, antara perkara lain yang dibangkitkan adalah mengenai prosedur pemeriksaaan cermin gelap yang dilakukan di malam hari.

“Kalau kalau polis tidak ikut (prosedur) kepada orang-orang yang kena saman jangan bayar. Pergi lawan di mahkamah.

“Sebabnya walaupun kita salah tetapi polis yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang turut salah, tidak timbul soal kita nak lawan peraturan,” jelasnya lagi. - Afix Redzuan/20/5/14


, ,

Sabtu, 12 Januari 2013

[Video & Gambar] Kereta JPJ Dibakar...


Kereta JPJ Dibakar Selepas Kemalangan 10 Buah Kenderaan
[MK] Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

NONETimbalan OCPD Manjung, Ahmad Mat Isa memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut, tetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital.

Beliau juga mengesdahkan tidak ada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Seorang saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Saksi-saksi mendakwa kemalangan itu disebabkan oleh kereta peronda JPJ yang cuba memintas sebuah lori, tetapi ia dinafikan oleh Ahmad, yang berkata kereta peronda itu telah dilanggar oleh lori.

Beberapa jam selepas kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga video dimuat naik di Facebook dan puluhan gambar dan komen tersebar di Internet. Orang ramai kelihatan mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit mereka.

Malaysiakini telah cuba untuk mendapatkan komen Pengarah JPJ Perak Ramli Awang Seberang, tetapi seorang kakitangannya berkata sebaik mengetahui tentang kejadian itu, beliau telah meninggalkan mesyuarat yang dipengerusikannya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berikutan itu, Malaysiakini telah meninggalkan nombor telefon dengan pejabat pengarah JPJ itu untuk dihubunginya dan mengulas kejadian itu.



Gambar dari MM:








































,

Isnin, 17 Oktober 2011

AWAS, JPJ Laksana Akta Baru, Sasaran Motosikal di Kawasan Pedalaman, Kampung


Saya petik:

[SH] MARAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di setiap negeri diarah untuk melakukan operasi tumpuan terhadap pengguna motosikal sejak awal bulan ini melalui sekatan jalan raya meliputi kawasan pedalaman dan kampung.

Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Ismail Ahmad berkata, tumpuan diberikan terhadap kumpulan itu yang merupakan penyumbang terbesar kemalangan jalan raya maka operasi berterusan akan dilakukan di seluruh negara.

Menurutnya, perkara itu turut mendapat reaksi Dewan Rakyat yang melahirkan kebimbangan apabila 62 peratus kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal terutama pada musim perayaan.

“Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia mengarahkan JPJ supaya mengambil tindakan susulan menggunakan kaedah sedia ada bagi mengurangkan kadar kemalangan dalam kalangan pengguna motosikal.

“JPJ Negeri akan melakukan sekatan di semua jenis jalan raya dengan memberi tumpuan kepada pengguna motosikal melalui pemeriksaan menyeluruh,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Maran di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentul, di sini.

Ismail berkata, melalui akta baru, JPJ akan melaksanakan penguatkuasaan bagi pemeriksaan dan mengeluarkan saman ke atas pengguna motokar yang didapati menggunakan cermin gelap melebihi kadar ketelusan cahaya ditetapkan di semua jenis jalan raya termasuk di kawasan letak kenderaan.

Menurutnya, alat penguji baru dikenali sebagai Auto Light Plus digunakan bagi tujuan itu dan mengikut takrif jalan raya, laluan di kawasan kampung tradisional juga merupakan jalan raya serta tidak terkecuali tempat letak kenderaan. 



P/s: Blog ini ada menyiarkan berita berkaitan dengan akta baru yang memberikan kuasa kepada JPJ menyaman dan menjalankan penguatkuasaan yang lain di semua jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan. Baca di sini.

,

Ahad, 9 Januari 2011

Awas, JPJ Kini Berkuasa di Semua Jenis Jalan!

Saya petik:
[BH] ALOR GAJAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan. 

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri Lendu hari ini.... 
 
P/s: Fuh,  jaga-jaga! Pak cik, atuk yang mahu ke ladang getah, ke ladang sawit,  hati-hati JPJ mungkin menunggu anda di pinggir ladang. Abang, kakak yang mahu ke kolam ikan, ke kebun sayur, ke kebun buah, ke sawah padi, baik-baik JPJ mungkin mahu memeriksa kenderaan anda. Saudara-saudari yang mahu bersiar-siar di taman perumahan, hati-hati JPJ mungkin melakukan sekatan jalan raya di depan rumah anda.

Pelik? Jangan berasa pelik selepas ini!

Maaflah, langkah JPJ ini sudah dilihat keterlaluan dan badan penguatkuasaan lalu lintas ini seolah-olah dilihat sebagai badan yang ditugaskan untuk mengutip dana untuk kerajaan melalui saman dan sebagainya.

Kita menghargai langkah JPJ melakukan langkah penguatkuasaan di jalan persekutuan, jalan perbandaran, lebuh raya, dan jalan negeri namun cuba-cubalah fikir, berapa banyak kemalangan maut yang melibatkan pengguna kenderaan di jalan-jalan ladang atau di jalan kampung?


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH