Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label kesalahan lalu lintas. Papar semua catatan

, , ,

Jumaat, 4 Julai 2014

Lelaki Pandu Kereta dengan Kaki Ditahan Tanpa Lesen




[Harian Metro] Beijing: Seorang lelaki yang kudung kedua-dua tangan ditahan polis kerana memandu menggunakan kakinya tanpa lesen di Lebuh Raya Shanghai-Chongging.

Lelaki itu dikenali sebagai Guo, 45, sebelum ini mendakwa memandu kenderaannya sehingga 160,000 kilometer (km) tanpa pernah ditahan.

Guo ditahan ketika cuba mengelak pemeriksaan polis di hentian Xiantao di lebuh raya berkenaan dengan memasuki lorong tol yang lebih jauh.

Polis yang mengejarnya terkejut apabila menemu Guo memandu dengan kaki kirinya pada stereng.


GUO sebelum ini sudah memandu 160,000 kilometer dan tidak pernah kemalangan.

Apabila diminta keluar dari kenderaan, Guo menggunakan ibu jari kaki kanan untuk menarik gear kepada neutral sebelum menggunakan kaki kanannya untuk memutarkan kunci dan mematikan enjin.

Difahamkan, Guo hilang kedua-dua tangannya pada usia tujuh tahun selepas tersentuh kabel voltan tinggi ketika memotong rumput.

Sejak kejadian, dia belajar menggunakan kakinya untuk meneruskan kehidupan seharian termasuk membasuh muka dan menggosok gigi, menulis dan memandu.

Guo meraih pendapatan dengan menjual buah bersama-sama isterinya. Dia juga menyara ibu bapanya yang uzur serta anak lelakinya di universiti.

Guo belajar memandu dalam tempoh kurang seminggu namun gagal mendapatkan lesen mengikut undang-undang China. 

Ketika disoal, Guo mengaku pemilik kereta berkenaan malah sudah memandu lebih 160,000km menggunakan kenderaan itu. Dia juga mendakwa tidak pernah kemalangan.

Dia kini disiasat polis kerana memandu tanpa lesen. Dia boleh didenda sehingga 2,000 RMB (RM1,028) dan dipenjara tidak lebih 15 hari jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dia dilaporkan hanya mendapat amaran lisan dan didenda 500 RMB (RM257).

Menurut polis, Guo sebenarnya pemandu berhemah malah menghabiskan 4,000 RMB (RM2,057) untuk insurans kenderaannya.

“Kami amat menghormati orang kelainan upaya yang mampu berusaha keras demi mencari rezeki.

“Namun perbuatannya memandu tanpa lesen di lebuh raya amat berbahaya. Kami berharap dia tidak memandu lagi selepas ini,” kata polis.- Agensi/4/7/14



Sabtu, 31 Disember 2011

[AWAS] Mulai 1 Jan 2012, SAMAN Dikenakan Jika Tidak Pakai Tali Pinggang BELAKANG


Saya petik: 

[HM] Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.

“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya. 



,

Isnin, 30 Mei 2011

Gadis Maki "Polis Bodoh"


Saya petik:

[Bernama] KUALA TERENGGANU: Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin di hadapan LTSM.

Dia dituduh mengeluarkan perkataan ‘polis bodoh’ terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal. 

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Mahkamah menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

P/s: Berani tidak bertempat!

,

Ahad, 15 Mei 2011

[Wajib Baca] Dihukum "Mengenakan Tali Pinggang Keledar 50 kali"


Ada kisah menarik untuk pembaca DCM yang saya olah dari berita Agensi.

Seorang lelaki berusia 33 tahun ditangkap kerana tidak mengenakan tali pinggang keledar semasa memandu di Urumqi, China. Polis trafik telah menahannya dan mengenakan "denda" di lokasi yang sama. Namun, lelaki itu terkejut kerana dia tidak dikenakan saman, sebaliknya diminta mengenakan dan membuka tali pinggang keledar sebanyak 50 kali.

"Saya sangat marah pada waktu itu kerana pemandu lain melihat gelagat saya. Kejadian itu amat memalukan tetapi saya menyedari tindakan polis itu amat berguna kepada saya."

"Lebih dari empat tahun saya memandu, saya hampir tidak bisa mengingat mengenakan tali pinggang keledar, namun sekarang, saya tidak akan lupa mengenakan tali pinggang keledar," kata lelaki itu dengan nama keluarga  Wu - yang berkongsi cerita dengan orang lain di internet baru-baru ini.

"Polis mengarahkan saya untuk masuk ke kereta, mengenakan tali pinggang keledar, membukanya dan kemudian keluar dari kereta."

"Polis itu meminta saya mengulangi proses tersebut 49 kali lagi, namun dia "melepaskan" saya pergi pada kali yang ke 30."

"Saya berterima kasih kepada polis itu," katanya lagi.

P/s: Hukuman yang menarik. Mungkin cara hukuman sebegini wajar dipraktikkan di Malaysia selain mengenakan denda untuk "mengayakan" Kerajaan BN. Hukuman seperti ini sebenarnya dapat menginsafkan orang ramai kerana proses pelaksanaannya mencetuskan rasa malu dan perbuatan berulang-ulang itu akan terpahat dengan lebih kukuh dalam ingatan seseorang. Hukuman mengenakan saman dan denda tidak memberikan kesan seefektif seperti yang dipraktikkan oleh polis China di atas.


,

Ahad, 9 Januari 2011

Awas, JPJ Kini Berkuasa di Semua Jenis Jalan!

Saya petik:
[BH] ALOR GAJAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan. 

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri Lendu hari ini.... 
 
P/s: Fuh,  jaga-jaga! Pak cik, atuk yang mahu ke ladang getah, ke ladang sawit,  hati-hati JPJ mungkin menunggu anda di pinggir ladang. Abang, kakak yang mahu ke kolam ikan, ke kebun sayur, ke kebun buah, ke sawah padi, baik-baik JPJ mungkin mahu memeriksa kenderaan anda. Saudara-saudari yang mahu bersiar-siar di taman perumahan, hati-hati JPJ mungkin melakukan sekatan jalan raya di depan rumah anda.

Pelik? Jangan berasa pelik selepas ini!

Maaflah, langkah JPJ ini sudah dilihat keterlaluan dan badan penguatkuasaan lalu lintas ini seolah-olah dilihat sebagai badan yang ditugaskan untuk mengutip dana untuk kerajaan melalui saman dan sebagainya.

Kita menghargai langkah JPJ melakukan langkah penguatkuasaan di jalan persekutuan, jalan perbandaran, lebuh raya, dan jalan negeri namun cuba-cubalah fikir, berapa banyak kemalangan maut yang melibatkan pengguna kenderaan di jalan-jalan ladang atau di jalan kampung?


,

Khamis, 9 September 2010

Hampir 100 KEMATIAN Selepas 6 Hari Ops Sikap!

Hati-hati! Saya petik:


[Bernama] KUALA LUMPUR, 9 Sept —  Sebanyak 18 kematian dicatat pada hari keenam Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula Jumaat lepas meningkat kepada 95 orang setakat ini.

Laporan menerusi laman web Polis Diraja Malaysia mencatatkan mereka yang terkorban ialah tujuh masing-masing penunggang motosikal dan pengguna kereta, lori (dua), dan masing-masing seorang penumpang bas dan pejalan kaki.

Selain itu sebanyak 1,336 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 177 di lebuh raya, 340 di jalan persekutuan, 222 di jalan negeri, 517 jalan bandaran dan 80 lagi di jalan-jalan lain.

Sebanyak 8,772 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya setakat ini.

Ops Sikap ke-22 sempena Hari Raya Aidilfitri ini akan berakhir pada 17 September ini

Jumaat, 22 Januari 2010

Pakai "Helmet" Kalau Sayang Kepala dan RM300!

Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Feb ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata dua kesalahan itu dikenal pasti sebagai penyebab kepada kecederaan serius yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan maut.

"Tujuh kesalahan serius lain terdiri daripada memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memandu secara berbahaya dan membawa muatan lebih had," katanya semasa melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Plaza Tol Sungai Besi semalam.

Beliau berkata sembilan kesalahan itu dikenal pasti oleh satu 'mini lab' penguatkuasaan yang diadakan baru-baru ini anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

"Ini sebagai satu amaran awal kepada orang ramai sebab biasanya bila seseorang itu didapati sabit kesalahan di sisi undang-undang trafik, ada yang kata dia tak tahu langsung tentang kesalahan yang dilakukan.

"Jadi, saya di sini nak pesan supaya semua mesti tahu sembilan kesalahan serius yang dikenal pasti," katanya.

Sementara itu kempen bersepadu yang bertemakan 'Buckle Up, It Is The Law' dianjurkan hari ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa memandu, terutama pada musim perayaan.

Walaupun undang-undang mengenai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang dikuatkuasakan setahun yang lepas, rakyat dilihat masih perlu diingatkan secara berterusan supaya memakai tali keledar itu demi keselamatan mereka.

Sehingga kini, hampir 300 kematian dicatatkan akibat kecuaian pengguna kenderaan tidak memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.

- Bernama

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH