Si Kecil Ini Tidak Lagi Ketagih Rokok
Saya petik:
[Kosmo] JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal (gambar) yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.
Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.
Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.
"Dia tidak lagi merokok dan paling penting, dia tidak meminta rokok," kata Setiausaha Agung sebuah agensi perlindungan kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.
Arist memberitahu Ardi gembira apabila dia dapat kembali semula ke kampung kerana dia amat merindui bapanya.
Ardi mula merokok sejak berusia enam bulan selepas dia diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama. - AFP
Berkaitan:
* Budak 2 Tahun Hisap 40 Batang Rokok Sehari
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.