|
DITAHAN...wanita yang ditangkap khalwat bersama suami orang. |
|
INSAF...lelaki terbabit memeluk isterinya kerana menyesali perbuatannya ditangkap khalwat dengan isteri orang. |
Kesucian Ramadan tercemar lagi.
Dua "masjid" pula berkemungkinan runtuh gara-gara berahi tidak bertempat.
Apabila berlaku tangkapan melibatkan kesalahan khalwat tambahan pula kedua-dua suspek sudah berumah tangga, maka sudah tentu impaknya sangat besar bukan sahaja kepada diri mereka, malah melibatkan mahligai perkahwinan kedua-dua suspek.
Sanggupkah suami wanita yang ditangkap khalwat itu menerimanya semula?
Jika berlaku perceraian, bagaimana dengan nasib anak-anak?
Bayangkan jika lelaki di atas terjatuh dari apartmen setinggi 14 tingkat itu?
Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 14 sebuah apartmen kerajaan didudukinya di Presint 15, di sini, selepas perbuatannya berselingkuh dengan isteri orang sejak beberapa bulan lalu dibongkar penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tengah hari, semalam.
Sebelum kejadian, lelaki berusia 40-an yang juga kakitangan sebuah sekolah, di sini, dikatakan berada dalam apartmen 15 tingkat itu bersama ‘kekasih gelapnya’ yang juga kakitangan di sekolah sama selepas menghantar isterinya ke tempat kerja di kawasan berhampiran, kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Keasyikan lelaki terbabit bersama pasangannya yang berusia 20-an dan mempunyai dua anak memadu kasih dalam rumah itu terganggu apabila dikejutkan dengan kehadiran sepasukan kira-kira lima penguat kuasa Jawi pada kira-kira jam 2 petang.
Penguat kuasa Jawi dipercayai sudah memantau kegiatan pasangan itu lebih empat bulan lalu mengetuk pintu beberapa kali dan berada di depan pintu selama lebih 15 minit sebelum dibuka seorang wanita berbaju kurung dan bertudung merah jambu.
Serbuan mulanya dianggap gagal selepas pemeriksaan mendapati pasangan wanita itu tidak ada dalam apartmen itu, akhirnya mendapati kelibat seorang lelaki tanpa baju sedang berdiri di luar beranda apartmen jirannya.
Lelaki terbabit dipercayai sanggup menyabung nyawa bersembunyi di beranda tanpa penghadang dan boleh tergelincir, tanpa mempedulikan beberapa penguat kuasa yang terpaksa berpaut di antara satu sama lain di beranda bagi memujuk lelaki terbabit memasuki semula rumahnya.
Mujur lelaki itu lembut hati selepas diberi ‘tazkirah’ pendek penguat kuasa Jawi, lalu memasuki semula apartmennya dan segera ditahan.
Selepas beberapa minit disoal, dia meminta kebenaran ‘menjemput’ isterinya di sebuah pejabat kerajaan berhampiran bagi memaklumkan insiden menimpa dirinya, tetapi tidak dibenarkan kerana dia sudah berada dalam tahanan Jawi.
Bagaimanapun, isteri lelaki terbabit rupa-rupanya berada di tingkat bawah apartmen dipercayai dihantar rakan sebelum aksi memilukan dapat disaksikan apabila lelaki terbabit yang bergari dan diiringi penguat kuasa Jawi memeluk serta memohon maaf kepada isterinya sambil menitiskan air mata.
Sumber Jawi berkata, hasil soal siasat mengesahkan pasangan itu bukan saja tiada sebarang ikatan, malah kedua-duanya sudah berumah tangga dan isteri lelaki terbabit kini sarat mengandung.
“Kami memang sudah lama memantau kegiatan pasangan ‘gelap’ ini di apartmen itu berdasarkan maklumat dan siasatan yang dilakukan.
“Serbuan hari ini (semalam) dibuat selepas maklumat tepat mendapati pasangan terbabit sudah berada dalam apartmen berkenaan dan pintu hanya dibuka seorang wanita selepas kira-kira 15 minit diketuk.
“Malah, wanita itu juga sudah berpakaian lengkap apabila pintu dibuka, manakala pasangannya lesap seketika sebelum ditemui bersembunyi di beranda apartmen jirannya,” katanya. - Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
salam,
Comment by Captain @ Jumaat, September 03, 2010 8:55:00 PGMereka ini bernasib baik kerana menerima hukum dunia iaitu saman dan denda shj..Jika hukum hudud sudah kena rejam dgn batu sampai mati.
1. Buat maksiat pd bulan puasa yg mulia pulak (Dosa).
2. Curang kepada keluarga masingx (Tidak jujur).
3. Memalukan keluarga dan anakx sehingga cucu,cicit (pembawa aib).
4. Kerja yg ada skrg mungkin boleh ucap selamat jalan...cari kerja lain.
5. Muka mana nak letak lagi..nak pergi tempat kerja mesti malu punya.
ini sebahagian perkara yg akan diterima oleh mereka dua org yg melakukan maksiat di bulan puasa.
Yg lain ambil ikhtibar..sedap 5 minit shj. Tanggung malu seumur hidup..itu pun jika mereka ini ada perasaan malu. Kalau muka tembok lantaklah..
Jazakallah khairan.