Ular Sawa Jadi "Alat Permainan" Bayi 6 Bulan
Saya petik:
[Kosmo] NEW DELHI, India - Akibat terlalu miskin dan tidak mampu untuk membeli barang permainan, Sidhi Siddharth Sinune yang baru berusia enam bulan diberi seekor ular sawa oleh ibu bapanya untuk dijadikan rakan bermain, lapor sebuah akhbar semalam.
Sinune akan merangkak di belakang ular sawa itu dan ketawa apabila reptilia itu bergerak di kakinya di sebuah kampung di Maharashtra.
Apabila ibu bapanya pergi bekerja, bayi perempuan itu akan bermain dengan ular tersebut dan dia tidak takut untuk menggigit ekornya.
Ular yang tidak berbisa itu tiada masalah untuk membelit Sinune atau menelannya.
Menurut bapanya, dia tidak mempunyai wang untuk membeli mainan untuk anaknya itu menyebabkan dia menjadikan ular yang ditangkap sebagai ganti alat permainan.
Bapanya yang merupakan seorang penangkap ular memberitahu: "Sinune mempunyai hubungan istimewa dengan ular. Lebih mengejutkan, ular itu juga suka bermain dengannya." - Agensi
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.