The Grey Lady of Bagram Dipenjara 86 Tahun. KEJAM!
Saya pernah menyiarkan kisah sedih saintis ini dahulu. Dr. Aafia Siddiqui telah "diculik" oleh ejen AS dengan bantua kerajaan Pakistan kerana disyaki terlibat dengan al-Qaeda. Semasa dalam tahanan, beliau dipercayai didera secara fizikal, mental, dan seksual, malah dirogol dan dihina oleh pihak yang menahannya. Anda boleh baca di sini.
Terkini, beliau dijatuhi hukuman penjara 86 tahun atas kesalahan yang mungkin sengaja direka-reka. Malah, peguam yang mewakilinya berpendapat terlalu banyak kesilapan yang berlaku dalam kes tersebut.
Begitulah jika undang-undang sesebuah negara diresapi pengaruh politik dan kepentingan pihak tertentu! Saya petik:
[UM] NEW YORK 24 Sept. - Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun ke atas seorang saintis wanita Pakistan atas kesalahan cuba membunuh pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, dalam satu kes berprofil tinggi yang mencetuskan bantahan keras di Pakistan.
Aafia Siddiqui, 38, yang digelar 'Lady Qaeda' oleh tabloid AS, didapati bersalah pada Februari lalu kerana cuba membunuh anggota tentera AS di Afghanistan.
"Dengan ini saya memutuskan Dr. Siddiqui dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun," kata Hakim Richard Berman ketika mengumumkan hukuman berat itu, walaupun Aafia yang sebelum ini dikatakan mempunyai kaitan dengan al-Qaeda, tidak pernah didakwa atas sebab-sebab keganasan.
Hukuman penjara yang panjang itu mencetuskan protes di bandar kelahiran Aafia di Karachi, sementara di Lahore, beratus-ratus aktivis melancarkan tunjuk perasaan anti-AS.
Kakaknya, Fowzia Siddiqui memberitahu pemberita di Karachi bahawa seluruh rakyat Pakistan akan menyertai pergerakannya untuk memperjuangkan kebebasan Aafia.
Namun, di kamar mahkamah di New York, Aafia meminta orang Islam agar bertenang.
"Maafkan semua orang dalam kes saya, tolong... dan juga maafkan Hakim Berman," katanya.
Aafia, saintis neurologi yang mendapat latihan di Massachusetts Institute of Technology and Brandeis University berkata, tidak ada sebab untuk memfailkan rayuan. Namun pasukan peguamnya akan tetap meneruskan usaha itu.
"Perkara penting adalah permohonan rayuan difailkan dan kesilapan dikenal pasti kerana berlaku banyak kesilapan dalam kes ini," kata peguam belanya, Charles Swift.
Ibu kepada tiga orang anak itu didapati bersalah kerana merampas senapang di sebuah balai polis di bandar Ghazni, Afghanistan semasa disoal siasat pada Julai 2008 dan cuba menembak sekumpulan anggota tentera AS serta ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Pendakwa raya berkata dia turut melaungkan 'Pergi mati Amerika!' ketika itu, namun tembakan tidak mengenai sesiapa malah dia tertembak diri sendiri sebelum dijatuhkan.
Peguam bela mempertikaikan bukti fizikal kerana tiada cap jari Aafia ditemui dan tiada kesan serbuk letupan yang menunjukkan dia memegang senapang.
Mereka juga turut mempersoalkan gambaran Aafia sebagai pengganas al-Qaeda oleh kerajaan. - AFP
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.