Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 5 September 2010

Zam Fitnah PAS: Cerita 40 Tahun Lalu, Siapa yang Boleh Sahkan?


Adakah Zam mempunyai bukti untuk mempertahankan kenyataan yang dibuatnya terhadap PAS? Sekadar menunjukkan bukti gambar bahawa dia pernah menemui Tunku bukanlah bukti yang boleh mempertahankan kenyataannya. Saya tidak fikir Zam begitu naif dengan mengeluarkan tuduhan tanpa dapat mempertahankan kenyataannya dengan bukti audiovisual mahupun  dalam bentuk teks bercetak. Jika dia gagal berbuat demikian, maka wajarlah PAS membuat laporan polis kerana hal itu dengan mudah dianggap fitnah serta mengajarnya agar tidak naif dalam hal-hal ini demi mempertahankan parti yang didukungnya.

Dalam hal ini, orang yang boleh mengesahkan kata-kata Zam ini sudah meninggal dunia. Tunku Abdul Rahman sudah lama meninggal dunia untuk mengesahkan kata-kata Zam. Tanpa pengesahan Tunku dan bukti lain, maka kata-kata Zam itu dianggap fitnah kerana sekeping gambar yang ditunjukkan di atas tidak boleh berkata-kata untuk mengiyakan kenyataannya. Jadi siapa lagi yang boleh mengesahkan kata-kata Zam?

Hebatnya, Zam boleh mengingati dialog yang dituturkan oleh Tunku walaupun peristiwa itu telah berlaku 40 tahun lalu. Wow! Saya pun tidak mampu mengingati setiap butir kata-kata/perbualan dengan seseorang sejak 5 tahun lalu atau pun beberapa tahun yang lalu, kecuali masih mengingati beberapa peristiwa penting yang pernah berlaku dalam hidup saya. Lazimnya, kita mampu mengingati beberapa peristiwa penting yang benar-benar meninggalkan kesan dalam hidup kita secara peribadi. Namun, saya tidak dapat mengingati secara terperinci dialog dengan seseorang walaupun sebelum ini saya pernah menemui beberapa "orang besar" sewaktu berkhidmat dengan sebuah badan berkanun beberapa tahun lalu.

Saya petik:
[Bernama] PUTRAJAYA, 5 Sept — Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menegaskan kenyataan beliau bahawa pemimpin PAS telah meminta Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman merampas harta orang-orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei, 1969, bukan sesuatu yang baru.

“Ini bukanlah suatu kenyataan baru tetapi telah diberitahu oleh Tunku dalam pertemuan eksklusif saya dan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Osman Abadi, dengannya lebih 40 tahun dahulu,” katanya ketika mengulas laporan polis terhadap beliau berhubung kenyataannya itu.

Zainuddin yang juga dikenali dengan panggilan “Zam” turut menunjukkan gambar temu bual beliau dengan Tunku kepada pemberita di kediamannya di sini. Ketika itu, Zainuddin merupakan wartawan di Utusan Melayu.
Mengimbau pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman ketika itu, beliau berkata:

“Apabila kami masuk menemui Tunku di pejabatnya di Jalan Dato Onn beberapa bulan selepas kejadian 13 Mei, Tunku memberitahu bahawa seorang pemimpin PAS baru sahaja keluar dari menemuinya dan dia telah menyatakan kepada Tunku,

“Inilah masanya untuk tentera merampas kuasa dan mengambil alih semua harta benda orang Cina.”

Beliau kemudian telah bertanya kepada Tunku : “Apa kata Tunku, dan jawab Tunku...gila, orang susah payah mencari harta tiba-tiba kita hendak rampas dan lagipun orang Melayu bukan tahu berniaga.”

Zainuddin berkata kenyataan Tunku Abdul Rahman itu telahpun tersiar dalam akhbar itu dan juga tercatat dalam buku “Di Sebalik Jendela Utusan” yang diterbitkan bersempena dengan Utusan Melayu 50 Tahun pada Mei 1989 dan diulangi di dalam beberapa tulisan beliau berikutnya.

Berkaitan:
* Lagi laporan polis dibuat terhadap Zainuddin Maidin
* Fitnah Pas: Pemuda Perak, Perlis buat laporan polis

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH