Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Rabu, 22 September 2010

[Kemas Kini] Hilang di Kampar Jumpa di Pulau Pinang. Menginap di Hotel Bajet dan Mengaku Lakukan Seks!



Saya tidak menyiarkan laporan awal tentang kehilangan kembar dan rakan mereka. Kehilangan ketiga-tiga remaja berusia awal belasan tahun ini sedikit kecoh sehingga rintihan ibu mereka disiarkan oleh stesen televisyen. Si ibu merayu kepulangan si anak. Selang sehari, si anak mengirimkan SMS dengan meminta si ibu tidak bimbang dan akan pulang apabila tiba waktunya.

Berita di bawah ini mengatakan bahawa ketiga-tiga remaja ini menaiki bas ke Pulau Pinang dengan mengikut dua orang lelaki berusia 19 dan 20 tahun. Sampai di Pulau Pinang, mereka menginap di sebuah hotel bajet selama tiga hari sebelum menumpang di sebuah rumah selepas kehabisan wang. Saya ulang MENGINAP DI HOTEL BAJET SELAMA 3 HARI. Bayangkan kemungkinan yang berlaku! Saya petik:
[HM] GEORGETOWN: Tiga remaja perempuan termasuk dua beradik kembar yang dilaporkan hilang selepas beraya di rumah rakan pada Aidilfitri kedua lalu berjaya ditemui sepasukan polis di sebuah rumah pangsa di Taman Green Garden, Paya Terubong, di sini, semalam.

Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya, Nurulain bersama rakan mereka, Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun berasal dari Taman Sentosa, Kampar, Perak ditemui bersama dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun dipercayai kekasih pasangan kembar itu di rumah berkenaan dipercayai milik kenalan seorang daripada dua lelaki berkenaan.
Ketua Balai Polis Ayer Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzli Mohd Napiah, berkata pihaknya menerima maklumat daripada pemilik rumah yang menumpangkan lima individu terbabit kelmarin sebelum bertindak menyerbu rumah itu, kira-kira jam 8.20 pagi semalam.

Menurutnya, selepas diserbu, pihaknya menemui tiga remaja perempuan itu yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa bersama teman lelaki Suhaily dan Nurulashiqin di rumah berkenaan yang ditumpangi mereka sejak 18 September lalu.

Katanya, selepas disoal siasat, lima individu itu didapati menaiki bas ekspres dari Batu Gajah, Perak pada 14 September lalu dan menginap di sebuah hotel bajet berdekatan Lorong Kulit selama tiga hari sebelum menumpang di rumah berkenaan selepas kehabisan wang.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut terhadap dua lelaki yang ditemui bersama tiga remaja itu mendapati seorang daripadanya masih berada di bawah pengawasan Balai Polis Jejawi kerana kesalahan mengambil dadah selain gagal memaklumkan tindakannya untuk pergi ke luar kawasan kepada pengurusan balai polis terbabit.

Menurutnya, dua lelaki itu juga diarahkan untuk menjalani ujian air kencing dan jika didapati positif dadah, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sementara menunggu hasil ujian itu, mereka kini ditahan di lokap balai berkenaan.

Katanya, tiga remaja perempuan yang masih bawah umur itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, polis sudah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan berikutan penemuan semua remaja itu, kes aduan orang hilang itu dianggap selesai.- Kalidevi Mogan Kumarappa

Kemas Kini:
Sah kembar dan rakan mereka menjadi "mangsa" rogol. Semasa menyiarkan kiriman ini tadi, saya tidak merujuk kepada laporan di Berita Harian. Menurut akhbar itu:
GEORGETOWN: Pasangan kembar, Nurulain dan Nurulashiqin Kamarazmi, bersama teman mereka, Suhaili Abd Razak, masing-masing berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak hari raya kedua, ditemui di sebuah flet di Green Garden, Paya Terubong di sini, pagi semalam.

Ketiga-tiga remaja terbabit ditemui tinggal bersama seorang lelaki 20 tahun dipercayai teman lelaki pasangan kembar itu dan seorang lelaki 19 tahun, jam 8.30 pagi. 
Mereka yang ditemui selamat, dibawa ke Balai Polis Ayer Itam di sini, bersama dua lelaki terbabit untuk diambil keterangan. Remaja perempuan terbabit dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 4.30 petang bagi pemeriksaan lanjut kerana mereka mengaku mengadakan hubungan seks ketika menghilangkan diri dan juga pernah melakukannya sebelum ini.

Ketua Balai Polis Ayer Hitam, Cif Inspektor Mohd Fadzli Mohd Napiah berkata, pihaknya mendapat maklumat remaja perempuan itu berada di flet berkenaan selepas menerima aduan seorang lelaki.

Seorang daripada lelaki itu dipercayai teman lelaki pasangan kembar dan siasatan awal mendapati semua remaja terbabit mengaku melakukan hubungan seks. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, katanya.

Mohd Fadzli berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu yang bekerja sendiri, bersama remaja berkenaan datang ke negeri ini dengan menaiki bas di Batu Gajah pada 14 September lalu sebelum menyewa dua bilik di sebuah hotel di Lorong Kulit di sini, selama tiga hari.

Jadi saya tukarlah tajuk kiriman ini kerana perkara itu sudah disahkan oleh mangsa.

Saya menyiarkan gambar mangsa tanpa selindung kerana sebelum ini, ketika mereka dilaporkan hilang, pihak media menyiarkan gambar mereka tanpa selindung. Apabila muncul berita bahawa mangsa mengaku melakukan seks bukan sahaja pada tarikh mereka hilang, malah sebelum itu, maka sudah tentu seluruh kampung dan negara mengetahuinya. Di mana hendak disorokkan muka lagi, baik mangsa mahupun ahli keluarga yang lain?

Semoga ketiga-tiga remaja ini tidak menjadi pelajar Sekolah Harapan Ali Rustam! Malah kejadian ini wajar menjadi pengajaran yang berguna kepada remaja mahupun ibu bapa atau penjaga yang diamanahkan untuk membesar dan mendidik zuriat yang dianugerahi oleh Allah SWT.  Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum kelapa ditebuk tupai, ambillah tindakan yang sewajarnya!


  1. "siasatan awal mendapati semua remaja terbabit mengaku melakukan hubungan seks. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol"

    - merogol ? HAHA . funny . kalaw dorg taa tegedik2 pegi sane , ta ikot pegi HOTEL , xde makne laa na kene rogol . penjarekan si pmpuan sekali laa , sbb merogol si lelaki .

    - otak tak matang . satu negare tau dorg dahh kene tebuk . takk kave2 . skunk happy arr muke masok paper ? tgok laa dorg dahh matang nnty . gelapp bhai mase dpan . muke da arr ta cntik . sape naa kat dorg nnty ? sape ? kalaw muke sdap mate mmandang , ade laa jugak org nak simpati , sggop amek buat bini ke enn . nyy , hee . no cment lahh . ppndai paham sendiri .

    - taa bahagea laa hidop korang , memalukan diri sendiri , family . mcm tak penah blaja makne MARUAH tu ape .

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, September 22, 2010 2:15:00 PTG      
  2. huh..mcm2 hal la bdk2 nih...

    gravatar Comment by flizzy86 @ Khamis, September 23, 2010 2:26:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH