Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 7 September 2010

51 Tahun Hidup di Bumi Malaysia, Tetapi Tidak Fasih/Memahami Bahasa Kebangsaannya?


Malaysia Kini melaporkan bahawa seorang ibu, iaitu Loh See Mooi, 51 dan anaknya telah membuat laporan polis berkenaan dengan suatu kes samun yang melibatkan anak-beranak itu. Isu timbul apabila pegawai polis yang bertugas meminta/menyindir anak-beranak itu agar pulang ke China kerana kedua-duanya dikatakan tidak memahami dan fasih berbahasa kebangsaan. Mereka dikatakan berkomunikasi dengan polis berkenaan dengan menggunakan bahasa Inggeris. Cerita lanjut tentang hal itu boleh anda baca di sini.

Kerana mengutarakan sindiran itu, pihak polis diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk memberikan respons terhadap kenyataan yang dikatakan berbaur perkauman itu. Oklah, bagi saya memang tidak wajar pegawai polis yang menerima laporan polis itu  mengeluarkan kenyataan "balik ke China" . Namun, cuba kita fikirkan punca pegawai tersebut berkata demikian. Pegawai polis itu cuba mempersoal ketidakfasihan anak-beranak itu bertutur dalam bahasa kebangsaan. Setiap warganegara mempunyai hak mempersoal rakyat di negara ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan. Cuma cara dan tutur kata polis tadi sememangnya tidak wajar, walhal dia boleh mengutarakan persoalan tadi dengan cara berhemah dan berhikmah.

Saya sudah beberapa kali menulis tentang hal ini. Daripada saya menulis perihal yang sama berulang kali, maka saya perturunkan pautan berkaitan dengan isu ini:
* Pinggirkan BAHASA KEBANGSAAN: Layakkah Anda Digelar Warganegara?
* Majoriti Remaja Bukan Melayu Tidak Fasih Berbahasa Kebangsaan, Siapa Mahu Menafikan Persoalan Ini?

Tuntasnya, apabila ada pihak terutamanya pemimpin bukan Melayu bertindak membela warganegara yang dihamburkan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan kepada mereka berkaitan dengan isu ini, maka sewajarnya pemimpin tersebut juga menimbulkan isu kegagalan sebahagian masyarakat bukan Melayu terutamanya kaum Cina dalam menguasai bahasa kebangsaan (fahami maksud sebenar "menguasai", fahami juga maksud sebenar "fasih"). Saya yakin mereka tahu punca permasalahan ini, namun keberatan untuk menyatakannya atau menyelesaikannya kerana melibatkan kepentingan politik dan sebagainya. Jika dibiarkan berlanjutan, sampai bila permasalahan yang sejak sekian lama berakar umbi dalam masyarakat bukan Melayu ini dapat diselesaikan?

"Bahasa jiwa bangsa", "bahasa menunjukkan bangsa". Kedua-dua kata hikmah tadi menunjukkan betapa pentingnya bahasa kepada sesuatu bangsa. Justeru, wajarkah anda menggelarkan anda bangsa Malaysia jika anda gagal menguasai bahasanya?

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH