Empat BERSALAH Rogol Jurugambar
[HM] Mumbai: Mahkamah semalam menyabitkan empat lelaki terhadap tuduhan merogol beramai-ramai seorang jurugambar ketika mangsa melakukan tugasannya tahun lalu.
Hakim Shalini Phansalkar Joshi berkata, tertuduh didapati bersalah melakukan hubungan seks secara paksa.
Shalini juga menetapkan hari ini untuk menentukan apakah hukuman yang bakal dikenakan terhadap semua empat Mohammed Salim Ansari, Siraj Rehmat Khan, Vijay Mohan Jadhav dan Mohammed Kasim Hafeez Shaikh dituduh merogol jurugambar berusia 22 tahun pada Ogos tahun lalu.
Kejadian berlaku di sebuah kilang tinggal berhampiran bandar raya Mumbai.
Ketika kejadian, mangsa sedang bertugas bersama seorang rakan lelaki. Tertuduh berusia antara 18 hingga 27 tahun dan mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup. Selain merogol, empat lelaki terbabit juga didapati bersalah atas beberapa tuduhan lain termasuk, melakukan seks luar tabii.
Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai di bandar raya terbabit yang selama ini dianggap lebih selamat untuk wanita berbanding New Delhi.
Tiga daripada mereka - Jadhav, Ansari dan Shaikh - turut didapati bersalah dalam perbicaraan yang sama kerana merogol seorang operator telefon yang berusia 18 tahun sebulan sebelum itu. -AFP/21/3/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.