Profesor dan Pembantu Didakwa Tiduri 85 Pelajar
Sekadar hiasan. |
[HM] Kaherah: Pihak berkuasa Mesir menahan seorang profesor dan pembantunya kerana didakwa tidur dengan 85 pelajar wanitanya sebagai balasan membantu mereka dalam peperiksaan.
Polis menahan mereka selepas kamera pengawasan berjaya merakam dia bersama pelajarnya yang sudah berkahwin di apartmennya di Kaherah.
Akbar tempatan semalam melaporkan, polis berjaya memasang CCTV di kediamannya bagi mengesahkan laporan yang dibuat beberapa pelajar mengenai ugutan yang dilakukan profesor itu ke atas pelajar perempuan Universiti Ain Shams.
Menurut polis, profesor berkenaan menafikan dakwaan itu tetapi kebanyakan mangsa mengaku diberikan jawapan untuk peperiksaan sebagai balasan mengadakan hubungan seks dengannya. - Agensi/18/3/14
Cerita Lain:
Paksa Jalin Hubungan Sulit Jika Ingin Kerja
[HM] Riyadh: Mahkamah Saudi menjatuhkan hukuman empat tahun penjara dan 1,500 sebatan ke atas seorang lelaki India yang didapati bersalah memaksa gadis tempatan mengadakan hubungan sulit dengannya jika mahukan pekerjaan.
Pihak defendan memberitahu mahkamah dia akan merayu terhadap hukuman itu manakala pendakwa berkata mereka akan menuntut hukuman yang lebih berat dikenakan.
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki itu terbukti menjalinkan hubungan sulit dengan ramai gadis dan menghantar gambar lucah ke telefon bimbit mereka.
Dia juga dituduh menggunakan kereta mewahnya untuk membawa gadis berkenaan ke “tempat kerja” mereka. - Agensi/18/3/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.