[Video] Puluhan Petani BUNUH DIRI Akibat Bencana Hujan Batu
Sekadar hiasan. |
[HM] Mumbai: Sejumlah petani membunuh diri di barat India selepas mengalami kerugian akibat tanaman mereka dimusnah hujan batu.
Sumber dari Pejabat Ketua Menteri Maharashtra berkata, tujuh kes sudah disahkan setakat ini, selain lebih ramai yang terbunuh akibat ribut taufan.
Namun pembangkang dan aktivis mendakwa, kes bunuh diri di negeri itu jauh lebih tinggi berbanding apa yang didedahkan kerajaan. Presiden sebuah pertubuhan membela nasib petani, Kishor Tiwari berkata, 32 petani membunuh diri setakat ini sejak ribut hujan batu melanda Maharashtra.
“Kami sedang mengumpul maklumat dari semasa ke semasa dan jumlah itu dijangka meningkat,” katanya.
Sebahagian daripada Maharashtra yang menempatkan bandar raya Mumbai dilanda cuaca luar biasa sejak akhir Februari lalu.
Keadaan itu menyebabkan hasil pertanian musnah dan petani menanggung kerugian sangat besar. Parti pembangkang utama India, Parti Bharatiya Janata (BJP) mendakwa, jumlah kes bunuh diri mencecah 37 orang.
BJP juga menuntut kejadian itu diisytihar sebagai malapetaka negara. Pemimpin kanan BJP, Gopinath Munde berkata, sejak hujan batu melanda pada 28 Februari, seluruh tanaman di tanah seluas 1.6 juta hektar di 17 daerah musnah. Maharashtra biasanya mengalami hujan lebat antara Jun dan Oktober.
Setakat ini, pelbagai tanaman seperti anggur, mangga, betik, limau dan tembikai musnah akibat fenomena hujan batu berkenaan. - Agensi/20/3/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.