[Video] Mangsa Rogol Beramai-ramai Meninggal Dunia Selepas Membakar Diri di Pakistan
Reuters melaporkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai meninggal dunia pada hari Jumaat selepas membakar dirinya kerana memprotes terhadap laporan polis yang membawa kepada pembebasan suspek utama, seorang doktor dan abangnya.
Pelajar kolej Amina Bibi menyimbah dirinya dengan petrol dan kemudian membakar dirinya pada hari Khamis di luar sebuah balai polis berhampiran dengan bandar Muzaffargarh, di wilayah timur Pakistan.
Sebuah video dirakam oleh orang ramai menunjukkan seorang gadis dipercayai Amina kelihatan terbakar, manakala orang ramai berusaha memadamkan api tersebut. Jelas terpapar wajah gadis itu terbakar dan merintih kesakitan.
"Dia sudah menjalani rawatan tetapi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya pada pagi Jumaat," kata Muhammad Usman, seorang doktor tempatan.
Keputusan polis untuk melepaskan suspek utama terlalu berat untuk ditanggung oleh Amina, kata abangnya Ghulam Shabir.
"Dia sudah menghadapi tekanan yang amat dashyat selepas melalui trauma itu, tetapi selepas pengumuman bahawa tertuduh dibebaskan, dia kehilangan semua harapan untuk mendapatkan keadilan dan membakar dirinya, " katanya lagi.
Menurut Ghulam, Amina telah diculik dan dirogol oleh lima lelaki ketika dalam perjalanan pulang dari kolejnya.
"Amina diculik ketika kami berjalan bersama-sama pada 5 Januari lalu. Lima lelaki bersenjatakan pistol menculiknya.
"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka bersenjata, " katanya lagi
Polis berkata mereka akan mengkaji semula kes tersebut.
"Kes ini seolah-olah tidak disiasat dengan betul," kata pegawai kanan polis Chaudhry Asghar. - DCM/15/3/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.