Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label hilang. Papar semua catatan

,

Khamis, 15 Oktober 2015

Kisah Sebenar Tragedi Kehilangan Murid Orang Asli SK Tohoi - Ketua Polis Kelantan




KOTA BHARU: Polis Kelantan hari ini memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi ke sungai berdekatan pada pukul 1 tengah hari dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.

Warden itu kemudiannya telah memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.

"Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," katanya ketika taklimat pada Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kelantan (PENAWAR) Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata pada pukul 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos pula warden telah membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama telah melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari murid-murid berkenaan.

"Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).

Beliau berkata rancangan murid-murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah tersebut diketahui hasil temu bual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.

Katanya pada 24 Ogos, pihak sekolah dan penduduk kampung meneruskan usaha pencarian bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 kilometer (KM) dari kawasan sekolah serta berjumpa dengan ibu bapa murid-murid berkenaan di Kampung Penad dan Kampung Gawin.

"Namun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 2.25 pagi pada 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada pukul 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan," katanya.

Katanya, bermula pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan telah digerakkan, sekali gus menolak dakwaan di laman-laman sosial yang mendakwa pasukan SAR hanya melaksanakan operasi berkenaan pada 27 Ogos.

"Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka," katanya.

Mazlan berkata lebih daripada 350 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dan awam telah terlibat dalam operasi berkenaan sehinggalah pasukan SAR menemui mayat pertama pada 7 Okt lepas.

Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas.

Mereka adalah antara tujuh murid SK Tohoi di Gua Musang yang dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti.

Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7. -Bernama/15/10/15


, ,

Ahad, 11 Oktober 2015

Murid Orang Asli SK Tohoi Hilang: Keluarga Cam Rangka Ditemui adalah Juvina, Kronologi Peristiwa

Foto TMI

GUA MUSANG: Anggota keluarga Juvina David, 7, mengecam bahawa rangka yang ditemui di Sungai Perias, Pos Tohoi semalam adalah milik kanak-kanak itu.

Bapanya David Kuasam, 32, berkata isterinya Shela Omar, 26, mengecam rangka berkenaan berdasarkan rantai leher manik dan getah ikat rambut pada pergelangan tangan rangka berkenaan.

"Selepas penemuan rangka pada sebelah pagi, isteri saya dipanggil ke Pusat Operasi SAR di SK Tohoi untuk membuat pengecaman dan dia cakap kemungkinan besar rangka yang ditemui semalam itu adalah anak kami berdasarkan rantai leher dan gelang getah itu.

"Isteri saya masih mengecam kedua-dua barangan berkenaan, bagaimanapun dia tak dapat kenal pasti pakaian yang dijumpai berdekatan rangka itu kerana telah berubah warnanya," katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang untuk menjalani ujian DNA hari ini.

Rangka tersebut ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi dua mangsa dijumpai selamat bersama satu mayat pada Jumaat.

David bagaimanapun berkata mereka akan menunggu keputusan ujian DNA yang dijalankan untuk pengesahan anaknya.

Sementara itu Rosli Alik, 31, bapa kepada Linda, 8, berkata keluarganya tidak mahu membuat sebarang andaian tentang nasib anaknya yang masih hilang dan akan menunggu sehingga keputusan DNA dikeluarkan.

"Kita tak tahu rangka itu milik kanak-kanak mana. Kami hanya akan berpuas hati selepas keputusan DNA dikeluarkan," katanya.

Juvina dan Linda adalah antara tujuh murid Orang Asli dari SK Tohoi yang melarikan diri dari asrama sekolah mereka pada 23 Ogos lepas. - Awani/11/10/15

Berkaitan:

KUALA LUMPUR: Misteri dan teka teki nasib tujuh pelajar Orang Asli yang hilang di Pos Tohoi, Gua Musang sedikit terjawab, 46 hari selepas mereka dilaporkan tidak pulang ke asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.

Selepas penemuan mayat Sasa Sobrie dalam keadaan reput di Sungai Perias, 500 meter dari Pos Tohoi pada petang Rabu, sedikit berita gembira diterima Jumaat.

Dua kanak-kanak dijumpai selamat oleh pasukan pencari. Mereka adalah Norieen Yaakob, 10 dan Miksudiari Aluj, 11. 

Berikut kronologi peristiwa-peristiwa yang diketahui setakat ini, berkait kehilangan tujuh pelajar tersebut.

11 Okt 2015:
Anggota keluarga Juvina David, 7, mengecam bahawa rangka yang ditemui di Sungai Perias, Pos Tohoi semalam adalah milik kanak-kanak itu.

10 Okt 2015:
Rangka manusia yang dipercayai milik kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi ditemui dalam keadaan sempurna oleh pasukan mencari dan menyelamat berhampiran tebing Sungai Perias pada jam 11.20 pagi, Sabtu.

9 Okt 2015:
Dua daripada tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak Ogos di dalam hutan dijumpai selamat berhampiran Sungai Perias.

Mereka adalah Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiari Aluj, 11.


Turut ditemui satu lagi mayat manusia yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti.

Penemuan ini menjadikan pencarian sehingga tengah hari ini berbaki empat orang iaitu Juvina David, Linda Rosli, Ika Ayel, dan Haikal Yaakob.


8 Okt 2015:
Ibu bapa 7 pelajar itu berkumpul di hospital Gua Musang untuk proses pengecaman.

Polis kemudiannya mengesahkan identiti mayat yang ditemui dalam keadaan reput sebagai Sasa Sobrie.

Sementara itu, polis mengesahkan penemuan satu tengkorak dan rangka kanak-kanak pada pukul 3.50 petang. Walau bagaimanapun identiti mayat masih belum dikenal pasti.

7 Okt 2015:
Mayat seorang kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi ditemui dalam keadaan reput oleh penduduk kampung di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi.

Ia kemudiannya dibawa keluar untuk dibedah siasat di Hospital Gua Musang.

1 Okt 2015:
Genap 40 hari kanak-kanak berkenaan hilang, kerajaan melalui Timbalan Menteri II Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menegaskan tiada tarikh tamat bagi usaha mencari mereka semua.

28 Sept 2015:
37 hari selepas kanak-kanak itu hilang, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiyang menemui keluarga tujuh pelajar itu berkata elemen culik turut sama diambil kira.

17 Sept 2015:
Kawasan pencarian diperluas sehingga ke 140 kilometer radius melibatkan bandar-bandar kecil berhampiran Gua Musang.

Operasi melibatkan PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPAM), RELA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) selain penduduk kampung dan ibu bapa tujuh murid berkenaan.

1 Sept 2015:
Polis mendedahkan sepasang stokin ditemui sekali gus percaya ia menjadi petunjuk terbaharu siasatan kes misteri kehilangan tujuh murid Orang Asli itu.

Bagaimanapun, ia kemudiannya disahkan bukan milik mana-mana kanak-kanak berkenaan.

29 Ogos 2015:
Gerakan mencari diperluaskan seminggu kemudian selepas pihak polis percaya kanak-kanak berkenaan mungkin mencari makanan kerana sesat di dalam hutan.

25 Ogos 2015:
Selepas laporan polis dibuat mengenai kehilangan mereka, gerakan mencari digembleng membabitkan pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

23 Ogos 2015:
Tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang,dilaporkan hilang pada 23 Ogos, selepas dikatakan tidak pulang ke asrama takut dikenakan hukuman kerana mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran. - Awani/11/10/15


, , ,

Tangkap, Gantung Pihak Bertanggungjawab Kehilangan Anak Orang Asli - DAP



Kerajaan perlu menggantung atau mendakwa individu yang bertanggungjawab atas kehilangan 7 kanak-kanak Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini.

Setakat ini, 4 daripada murid Sekolah Kebangsaan Tohoi yang berumur antara 7 dan 11 tahun itu, dilaporkan hilang sejak 23 Ogos, ditemui meninggal dunia.

Manakala 2 lagi ditemui pasukan penyelamat masih hidup, tetapi dalam keadaan lemah akibat kurang zat makanan dan dehidrasi.

Mereka ditemui di tebing Sungai Perias pada Jumaat.

"Mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kes kehilangan 7 kanak-kanak Orang Asli itu, dengan 5 kematian, patut digantung atau didakwa atas jenayah kecuaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu berasa malu atas apa yang berlaku kerana kanak-kanak itu dilaporkan cuba melarikan diri kerana takut dihukum selepas ditangkap berenang di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

"Rakyat Malaysia mesti berasa bersedih hati kerana sifat tidak berperasaan, tidak berperikemanusiaan, kecuaian dan ketidakcekapan itu boleh berlaku dalam negara yang moden ini, menyebabkan bencana manusia dan tragedi pada magnitud yang luar biasa,” katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah juga mengecam cara kerajaan bertindak balas dalam tragedi itu, menyifatkannya tidak memadai dan boleh menjadi bahan ketawa.

Lim berkata, jika anak-anak itu daripada komuniti Melayu, Cina atau India, ia pasti akan menimbulkan keributan dan kekecohan.

"Perdana menteri perlu menuntut penjelasan penuh daripada menteri mengenai apa yang mereka lakukan untuk menyelamatkan kanak-kanak Orang Asli yang hilang itu, dan jika mereka gagal memberikan penjelasan memuaskan untuk dimaklumkan kepada umum, mereka perlu dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya. – The Malaysian Insider/11 Oktober, 2015.

, ,

Sabtu, 10 Oktober 2015

Rakan-rakan Lain Sudah Meninggal, 'Seseorang' Bagi Kami Makan - Noreen


Gua Musang, 10 Okt: Salah seorang kanak-kanak orang asli yang ditemui masih hidup selepas hilang selama 48 hari berkata hanya mereka berdua sahaja yang masih hidup manakala lima yang lain rakannya sudah meninggal dunia.

Menurut Siti Kasim, peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa, perkara itu diberitahu oleh Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya, Midah Angah, 38.

Namun, Siti Kasim memberitahu, maklumat tersebut disampaikan kepadanya oleh adik kepada Midah, Henry Angah di Hospital Gua Musang sebelum kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.

"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.

"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.

Noreen juga turut mendakwa mereka diberi makan oleh 'seseorang' yang menyebabkan mereka masih hidup sampai kehari ini.

“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya memetik laporan myMetro/10/10/15


, ,

Kronologi: Misteri 7 Pelajar Orang Asli Hilang di Pos Tohoi, Gua Musang

Grafik TMI
KUALA LUMPUR: Misteri dan teka teki nasib tujuh pelajar Orang Asli yang hilang di Pos Tohoi, Gua Musang sedikit terjawab, 46 hari selepas mereka dilaporkan tidak pulang ke asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.

Selepas penemuan mayat Sasa Sobrie dalam keadaan reput di Sungai Perias, 500 meter dari Pos Tohoi pada petang Rabu, sedikit berita gembira diterima Jumaat.

Dua kanak-kanak dijumpai selamat oleh pasukan pencari. Mereka adalah Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11. 

Berikut kronologi peristiwa-peristiwa yang diketahui setakat ini, berkait kehilangan tujuh pelajar tersebut.

9 Okt 2015:
Dua daripada tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak Ogos di dalam hutan dijumpai selamat berhampiran Sungai Perias.

Mereka adalah Noreen Yakob, 10, dan Mirsudial Aluj, 11.


Turut ditemui satu lagi mayat manusia yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti.

Penemuan ini menjadikan pencarian sehingga tengah hari ini berbaki empat orang iaitu Jurina David, Linda Rosli, Ika Ayel, dan Haikal Yaakob.

8 Okt 2015:
Ibu bapa 7 pelajar itu berkumpul di hospital Gua Musang untuk proses pengecaman.

Polis kemudiannya mengesahkan identiti mayat yang ditemui dalam keadaan reput sebagai Sasa Sobrie.

Sementara itu, polis mengesahkan penemuan satu tengkorak dan rangka kanak-kanak pada pukul 3.50 petang. Walau bagaimanapun identiti mayat masih belum dikenal pasti.

7 Okt 2015:
Mayat seorang kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi ditemui dalam keadaan reput oleh penduduk kampung di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi.

Ia kemudiannya dibawa keluar untuk dibedah siasat di Hospital Gua Musang.

1 Okt 2015:
Genap 40 hari kanak-kanak berkenaan hilang, kerajaan melalui Timbalan Menteri II Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menegaskan tiada tarikh tamat bagi usaha mencari mereka semua.

28 Sept 2015:
37 hari selepas kanak-kanak itu hilang, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiyang menemui keluarga tujuh pelajar itu berkata elemen culik turut sama diambil kira.

17 Sept 2015:
Kawasan pencarian diperluas sehingga ke 140 kilometer radius melibatkan bandar-bandar kecil berhampiran Gua Musang.

Operasi melibatkan PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPAM), RELA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) selain penduduk kampung dan ibu bapa tujuh murid berkenaan.

1 Sept 2015:
Polis mendedahkan sepasang stoking ditemui sekali gus percaya ia menjadi petunjuk terbaharu siasatan kes misteri kehilangan tujuh murid Orang Asli itu.
Bagaimanapun, ia kemudiannya disahkan bukan milik mana-mana kanak-kanak berkenaan.

29 Ogos 2015:
Gerakan mencari diperluaskan seminggu kemudian selepas pihak polis percaya kanak-kanak berkenaan mungkin mencari makanan kerana sesat di dalam hutan.

25 Ogos 2015:
Selepas laporan polis dibuat mengenai kehilangan mereka, gerakan mencari digembleng membabitkan pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

23 Ogos 2015:
Tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang,dilaporkan hilang pada 23 Ogos, selepas dikatakan tidak pulang ke asrama takut dikenakan hukuman kerana mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.- Awani/9/10/15


, ,

Jumaat, 9 Oktober 2015

Dua Murid Orang Asli Hanya Makan Rumput dan Buah Selama Hilang 48 Hari



Gua Musang: Dua kanak-kanak perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang 48 hari lalu dan ditemui selamat tengah hari tadi, dijumpai di bawah akar pokok besar yang bergayutan di tebing Sungai Perias, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata dua mangsa yang masih hidup itu, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 12.15 tengah hari, bersama satu mayat perempuan.

“Mayat ditemui pula dikenali sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman dilakukan anggota keluarganya di Hospital Gua Musang (HGM). Mangsa meninggal dunia kira-kira empat lalu,” katanya pada sidang media di HGM di sini, hari ini.

Mazlan berkata, Miksudiar dan Norieen ditemui dalam keadaan lemah kerana dehidrasi dan hasil temu bual awal dengan kedua-dua mangsa mendapati mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan.

Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas 48 hari hilang, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lalu.

Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat pada Rabu lepas menemui satu mayat kanak-kanak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.

Semalam, sebahagian tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk kanak-kanak ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mayat Sasa. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.

Berdasarkan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan usaha untuk mencari baki murid-murid yang masih hilang.

Sehinga ini, tiga yang masih belum ditemui dan dikenal pasti adalah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Haikal Yaakob, 8.

Mazlan berkata, lokasi penemuan lima mangsa setakat hari ini masih dalam kawasan pencarian pasukan SAR dan murid-murid berkemungkinan menyembunyikan diri ketika pasukan SAR melaksanakan operasi.

“Kami difahamkan, mangsa yang masih hidup bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia, bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasi sebagai hilang.

“Tiga mayat yang telah ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh anggota keluarga kerana laporan DNA belum dikeluarkan,” katanya.

Ditanya mengenai penemuan rangka kanak-kanak pada petang semalam, Mazlan berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat oleh pasukan patologi daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Terdahulu, suasana sayu dan pilu menyelubungi Pusat Operasi SAR SK Tohoi ketika kedua-dua mangsa dibawa ke pusat berkenaan untuk menerima rawatan awal kira-kira 1 tengah hari tadi.

Mereka yang dibawa keluar menggunakan pacuan empat roda kemudian dibawa menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang ketika tiba di SK Kuala Betis sebelum dihantar ke HGM untuk rawatan susulan.

Suasana di perkarangan Unit Kecemasan HGM sedikit kelam kabut dengan tangisan Rozita Behel, 41, dan anggota keluarga terdekatnya ketika menatap wajah anaknya, Miksudiar buat pertama kali selepas hilang selama 48 hari dalam hutan.

Hanya jeritan ‘saya sayang anak saya, saya sayang anak saya, saya sayang anak saya’ kedengaran daripada mulutnya sambil disulami tangisan kegembiraan.

Sementara itu, suasana sedih mengiringi apabila Ayel Ajib, 46, dan isterinya, Nora Tegeu, 39, keluar dari Bilik Mayat HGM selepas membuat pengecaman ke atas mayat anaknya, Ika, kira-kira 5.30 petang.

Nora, dalam tangisannya hanya mampu menyebut nama Ika Ayel beberapa kali sambil ditenangkan oleh suaminya serta petugas SAR yang fasih berbahasa Temiar.

Difahamkan, kedua-dua pasangan berkenaan mengecam mayat anaknya itu menerusi gelang tangan manik yang dibuat oleh Nora dan dipakai Ika serta pakaian sukan yang dipakai oleh mangsa. - Bernama/9/10/15

Berkaitan:

Dua Budak Orang Asli Kini di Hospital

Kota Bharu: Dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemui dalam keadaan lemah kira-kira jam 11.30 pagi tadi, tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada jam 8.30 malam tadi.

Noreen Yaacob, 10, dan Missudiar Aluj, 11, dibawa dengan dua ambulans ditemani ibu masing-masing dan ditempatkan di Wad 5 untuk dipantau pakar perubatan.

Ibu Noreen, Midah Angah, 40, dan ibu Mirsidiur yang ditemui enggan memberi sebarang komen kepada media.

Kedua mangsa ditemui jam 11.30 pagi tadi bersama mayat seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti. -Harian Metro/9/10/15


,

[Video] Kes Kehilangan Murid Orang Asli SK Tohoi: Dua Murid Ditemui Selamat


Foto SH

Gua Musang: Dua murid perempuan SK Tohoi, di sini yang hilang 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan lemah di kawasan pencarian di tebing Sungai Mas dekat Pos Tohoi, hari ini.

Mereka dipercayai Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10.

Turut ditemui kira-kira 11.30 pagi tadi, mayat seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti.

Difahamkan ketika ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kedua-dua mereka hanya terbaring lemah dengan keadaan muka yang cengkung.

Mereka dibawa ke pusat kawalan operasi di Pos Tohoi untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) kira-kira 2 petang tadi.

Berikutan itu, operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.

Pada 3.50 petang semalam, tengkorak dan beberapa tulang rusuk ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 800 meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8.

Mayat Sasa ditemui pada 7 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memaklumkan kepada petugas keselamatan. -9/10/15

Grafik TMI




Berkaitan:

Dua Kanak-Kanak Orang Asli Ditemui Selamat

GUA MUSANG: Pasukan penyelamat yang melakukan operasi pencarian di Sungai Perias, menemui dua kanak-kanak orang asli yang hilang sejak lebih sebulan lalu dalam keadaan selamat di sini pada Jumaat.

Difahamkan dua kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Norieen Yakob, 10, dan Mirsudial Aluj, 11.

Bersama-sama dengan kanak-kanak berkenaan turut ditemukan mayat seorang lagi budak yang telah reput.

Dengan penemuan tersebut, jumlah anak orang asli yang belum ditemui sehingga kini ialah seramai tiga orang.

Pemberita the StarTv.com yang berada di lokasi pencarian melaporkan bahawa kedua-dua mangsa berada dalam keadaan lemah dan kelihatan kurus. Malah krew the StarTv.com yang kebetulan berada di lokasi penemuan telah turut membantu membawa salah seorang kanak-kanak berkenaan ke kem operasi menyelamat. 

Kakitangan perubatan di SK Tohoi memberikan rawatan dengan serta-merta sebelum mereka dihantar ke Hospital Besar Gua Musang kira-kira pukul 2 petang Jumaat.


Kanak-kanak orang asli yang hilang: Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).

Pada petang Khamis, sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina, turut ditemui di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata rangka berkenaan iaitu tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk, ditemui pada 3.50 petang.

Beliau berkata rangka itu ditemui kira-kira 800 meter dari mayat Sasa Sobrie, 8, salah seorang daripada tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos, yang ditemui petang Rabu.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, - kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad. -Mstar/9/10/15





, ,

Khamis, 18 Jun 2015

Kapal Tangki Hilang Dikesan di Perairan Kemboja

KAPAL tangki yang berdaftar di Malaysia, MT Orkim Harmony
KUALA LUMPUR: Kapal tangki yang berdaftar di Malaysia, MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu dikesan berada di perairan Kemboja.

Menurut laporan Bernama, perkara tersebut disahkan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyatakan kapal tersebut turut di cat semula dan ditukar nama.

Terdahulu, kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bersama 22 anak kapal dipercayai dirompak lanun ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

Malaysian Digest sebelum ini menemubual Pengarah Projek Khas, Satumarin Sdn Bhd, Kapten Ahmad Imran Mohd Azmi yang memberi pandangan bahawa kapal tersebut telah diubah suai dalam tempoh kurang 12 jam, disamping menyatakan kebarangkalian kehilangan kapal itu adalah perbuatan 'orang dalam'.


- mD/18/6/15



Sabtu, 28 Mac 2015

Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui dalam Hutan


KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui selamat selepas terpaksa bermalam di ladang getah bersendirian di daerah Tenom.

Healezry Zeandfly Henderi ditemui sedang tidur dalam kawasan belukar tebal kira-kira pukul 10.25 pagi Jumaat, selepas 18 jam dilaporkan hilang.

Selain terdapat kesan calar di pipinya, Healezry dalam keadaan baik walaupun dia kelihatan lemah dan takut sebaik sahaja melihat anggota bomba mendekatinya di ladang getah yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya di Kg Kuala Tolokoson.

"Dia tidur di dalam kawasan belukar. Namun dia terjaga dan kelihatan takut apabila terlihat kami.

"Salah seorang anggota kami memberitahunya bahawa kami perlu membawa dia pulang ke rumah. Kanak-kanak tersebut kemudiannya bangun dan membenarkan dia untuk didukung," kata Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tenom, Hairin Sarbin ketika dihubungi.

Dalam laporan polis yang dibuat kira-kira pukul 4 petang Khamis, ibu Healezry, Moina Barahin, 27, menyatakan dia baharu sahaja pulang dari pasar bandar Tenom dan mahu pergi ke tandas.

Kanak-kanak itu mahu mengikut ibunya ke tandas.

Sebaik sahaja ibunya keluar dari tandas, kelibat Healezry sudah tidak kelihatan.

Healezry, yang mempunyai seorang abang dilihat kali terakhir berada di rumah tersebut bersendirian oleh jirannya.


Keluarga Healezry menyuapkan makanan sebaik sahaja kanak-kanak itu ditemui.

Semasa operasi mencari Healezry di ladang getah di Kemabong, anggota bomba terdengar tangisan kanak-kanak sebanyak tiga kali antara pukul 8 malam dan 9 malam pada Khamis.

Namun, mereka gagal mengesan kanak-kanak tersebut pada hari yang sama.

"Kami menghentikan operasi pencarian kira-kira pukul 11 malam dan meneruskan operasi pada keesokan harinya," kata Hairin.


Sebaik sahaja tiba di rumah, Moira memberikan anaknya itu minuman dengan segera sebelum memberinya makanan.Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kemabong untuk pemeriksaan kesihatan dan pemantauan.

Hairin berkata kanak-kanak itu dilihat masih ketakutan dan tidak banyak bercakap selepas diselamatkan.Namun, bapanya, Henderi Andiwang, 35, yang bekerja sebagai penoreh getah dan Moira mengucapkan terima kasih kepada anggota penyelamat yang berjaya membawa anaknya pulang. -Mugutan Vanar/MStar/28/3/15


Selasa, 11 November 2014

Kisah 4 Budak Merayau Terungkai


Kisah 4 Budak Merayau Terungkai

[Harian Metro] Sibu: Empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau di sebuah restoran di Sibu Jaya petang Sabtu lalu difahamkan keluar dari rumah tanpa kebenaran, bukannya dihalau ibu bapa angkat mereka sebagaimana yang tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini, membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.

Katanya, semua kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah sebelum wanita berkenaan keluar, tetapi sebaik pulang mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji dipecahkan.

"Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.

"Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga. Mereka ditinggalkan tanpa penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya. -Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail/11/11/14


Berita Lain:

Empat Beradik Dihalau Ibu Kini di Hospital Sibu

[Utusan Borneo] SIBU: Empat kanak-kanak berusia antara dua hingga tujuh tahun yang dijumpai polis berlegar tanpa arah tujuan di Sibu Jaya kelmarin kini ditempatkan di Hospital Sibu.

Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sibu Mohd Guntor Rajaee berkata buat masa ini kanakkanak terbabit masih ditempatkan di Hospital Sibu buat sementara.

“Buat masa ini, kes terbabit masih dalam siasatan polis. JKM menyerahkannya kepada polis untuk mengendalikan kes itu sehingga siasatan dijalankan.

“Saya tidak dapat memberi komen lanjut tentang kes itu kerana masih dalam siasatan polis, begitu juga dengan pihak hospital,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Usaha pihak media mendapatkan perkembangan empat kanak-kanak terbabit di Hospital Sibu semalam gagal kerana mereka dikawal rapi polis dan sebarang liputan media tidak dibenarkan.

Empat kanak-kanak terbabit hanya dikenali sebagai Menai, 7, Iyen, 7, Ecah, 4, dan Olivia, 2, dan dipercayai berketurunan Iban.

Semasa ditemui mereka berlegar di Sibu Jaya tanpa arah, mereka dikatakan membawa beg, dua payung dan wang tunai RM70.

Hasil pemeriksaan awal, mendapati keempat-empat kanak-kanak itu dipercayai dihalau dari rumah oleh ibu mereka.

Polis dikatakan cuba mengesan lokasi ibu bapa mereka tetapi tidak berjaya dan menyerahkan kes tersebut kepada JKM untuk menyelesaikannya.

Berita keempat-empat kanak-kanak terbabit mendapat perhatian ramai menerusi laman sosial kelmarin. -11/11/14


P/s: Laporan UB ini masih belum dikemas kini atau laporan dalam HM itu yang mengelirukan?




Selasa, 28 Oktober 2014

Remaja Hilang Sejak 2 Minggu Lalu



KUALA KRAI - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Nor Atiqah Jaafar, 17 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November ini dipercayai hilang sejak dua minggu lalu.

Abangnya, Azrul, 24, berkata, keluarganya terlalu bimbangkan keselamatan anak ke-10 daripada 11 beradik itu kerana telah mencarinya di merata tempat namun gagal menemuinya.

Menurut Azrul, dia sendiri menghantar Nor Atiqah ke Stesen Kereta Api Bertam Baru, seperti biasa setiap kali adiknya itu kembali ke asrama dan melihat sendiri adiknya itu menaiki kereta api pada 10 Oktober lalu.

"Selepas hantar adik ke stesen kereta api, saya dan keluarga anggap dia sudah berada di sekolah. Bagaimanapun, seminggu selepas itu, gurunya datang ke rumah dan beritahu adik saya sudah seminggu tidak ke sekolah.

"Selepas dikejutkan dengan maklumat itu, kami telah cuba pelbagai cara untuk mengesan adik sehingga kini. Kami cari di Jelawang dan Gua Musang, malah turut guna cara alternatif iaitu perubatan Islam termasuk solat hajat tetapi belum berhasil setakat ini," katanya.

Tambah Azrul, Nor Atiqah tidak mempunyai masalah dengan ahli keluarga dan lebih membimbangkan keluarganya kini adalah ibunya kurang selera makan dan tidak lena tidur sejak kehilangan adiknya itu.

Katanya, adiknya itu juga tidak pernah memaklumkan sama ada mempunyai masalah dan keadaan itulah yang benar-benar membimbangkan mereka sekeluarga.

"Kami amat berharap adik pulang ke pangkuan keluarga dan sempat menduduki peperiksaan SPM. Kami risau masa depannya gelap jika terlepas menduduki peperiksaan penting itu.

"Kerana itu saya rayu orang ramai yang tahu lokasi Nor Atiqah ketika ini agar menghubungi balai polis berdekatan atau hubungi kami melalui abang saya, Norhisyam, 34 di talian 014-829 1208," katanya.

Azrul juga merayu Nor Atiqah pulang ke pangkuan keluarga jika terbaca berita ini kerana dia sekeluarga amat bimbangkan keselamatan adiknya itu.

Sementara itu, seorang lagi abang Nor Atiqah, Norhisyam memberitahu, ketinggian adiknya adalah 121.92 cm, berkulit kuning langsat dan berambut panjang paras pinggang.

Norhisyam memaklumkan, adiknya itu memakai seragam sekolah dan membawa beg sandang ketika keluar rumah untuk kembali ke asrama dan keluarganya telah membuat laporan polis pada 12 Oktober lalu. -28/10/14


, ,

Selasa, 29 April 2014

MH370: Adakah Dakwaan Wanita Balik Umrah BENAR?


[AA] KUALA LUMPUR: Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada7News Australiasemalam pula, menyatakan bahawa syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini. -29/4/14



, ,

Isnin, 21 April 2014

MH370: Penyiasat Antarabangsa Kaji Kemungkinan MH370 Mendarat di Suatu Tempat


Kes MH370: Penyiasat lihat kemungkinan baru

[MK] Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.

Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan baru yang sedang diteliti.

Ia memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat, lapor akhbar itu.

Sumber-sumber yang tidak dinyatakan itu juga menyebut, pesawat tersebut juga mungkin terhempas di satu lokasi terpencil.

Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.

Selain itu, pasukan penyiasat juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak aset dalam pencarian, dan meliputi kawasan lebih luas di Lautan Hindi.

Menurut laporan berkanan, pencarian tersebut mungkin dijalankan di kawasan yang salah.

“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.

“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.

“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.

Sumber berkenaan turut menimbulkan kesangsian terhadap pengiraan saintifik ke atas data komunikasi satelit – yang memberi kesimpulan bahawa penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi.

“Satelit komunikasi hanya dimaksudkan untuk komunikasi... namanya itu sendiri menjelaskannya.

"Penyiasat terpaksa mengguna algoritma untuk mengira lokasi terakhir MH370 yang diketahui kerana tiada sistem GPS selepas transponder pesawat dimatikan 45 minit dalam penerbangan,” kenyataan sumber itu dipetik. -21/4/14


, ,

BATERI Kotak Hitam MH370 Sudah HABIS



[HM] Perth: Semua isyarat bawah permukaan laut yang dikesan dalam pencarian pesawat MH370 minggu lalu telah hilang sepenuhnya menandakan kotak hitam cari telah kehabisan bateri.

Bagaimanapun, gerakan mencari sebarang bukti sama ada serpihan pesawat mahupun isyarat membabitkan operasi dalam laut, atas permukaan dan di udara diteruskan di selatan Lautan Hindi hari ini.

Gerakan mencari bakal memasuki fasa ketiga iaitu penggunaan jentera selam Bluefin 21 apabila pihak berkuasa yakin tiada lagi isyarat dikesan oleh alat pengesan ping (towed ping Locator/TPL) yang ditunda oleh kapal Ocean Shield Australia.

Penggunaan robot bawah permukaan laut itu lebih menumpukan kepada usaha mencari bangkai pesawat dan pergerakannya lebih perlahan berbanding penggunaan TPL.


ANGGOTA Tentera Udara Diraja New Zealand diberi taklimat sebelum usaha mencari, Jumaat lalu. FOTO AP

“Kita sudah memasuki hari ke-37 dalam tragedi ini. Bateri kotak hitam sepatutnya hanya mampu bertahan 30 hari. Kita harap ia boleh sampai 40 hari.

“Bagaimanapun, sudah empat hingga lima hari berlalu sejak ping terakhir dikesan. Apa yang diharapkan hanya satu atau dua ping lagi supaya mereka dapat mengesan puncanya dan mengecilkan kawasan pencarian,” kata pakar penerbangan Geoffrey Thomas.

Usaha mendapatkan data penerbangan dan rakaman perbualan dalam kokpit adalah kunci utama siasatan tragedi MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing ketika hilang awal pagi 8 Mac lalu.

Gerakan mencari disertai pelbagai negara ditumpukan ke bahagian selatan Lautan Hindi di bahagian barat daya Australia berdasarkan analisis data manakala siasatan pihak berkuasa Malaysia dibantu pelbagai pasukan penyiasat mengambil kira tiga motif utama iaitu rampasan pesawat, sabotaj atau masalah psikologi di kalangan penumpang atau kru penerbangan.

Dua isyarat dikesan Ocean Shield seminggu lalu didapati konsisten dengan isyarat kotak hitam manakala dua lagi ping yang diterima dari kawasan pencarian berkenaan Selasa lalu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott melahirkan keyakinan bahawa siri ping yang dikesan Ocean Shield adalah berasal dari kotak hitam MH370, namun beliau turut menyatakan usaha itu bakal memakan masa dan tidak menentu hasilnya.

Pasukan pencari memerlukan lokasi yang lebih khusus sebelum mengerahkan Bluefin 21 sedangkan zon pencarian sekarang membabitkan kawasan dasar laut seluas 1,300 kilometer persegi.

Jentera selam itu bergerak enam kali lebih perlahan berbanding TPL manakala zon pencarian bawah laut itu memerlukan masa antara enam minggu hingga dua bulan untuk dicarta.

Isyarat ping yang dikesan setakat ini datang dari kedalaman 4,500 meter iaitu tahap paling dalam yang boleh dicapai kapal selam manakala pencarian serpihan di permukaan laut setakat ini membabitkan kawasan seluas 57,506 kilometer persegi kira-kira 2,200 kilometers di barat daya Perth membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal. - AP/21/4/14


, , ,

Khamis, 10 April 2014

[Video] Raja Bomoh Akan Ke Australia, Cari MH370


[Suara TV] Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berkata, beliau akan berangkat ke Australia bagi membantu misi mencari pesawat MH370 yang hilang baru-baru ini.

Beliau yang ditemui petang tadi menegaskan, ia adalah merupakan sebahagian daripada usaha yang ingin dilakukan agar semua penumpang di dalam pesawat yang hilang itu dapat ditemui.

“Dalam teropong saya di atas gelap dan gelita (ritual yang dilakukan sebelum ini), berkelip-kelip. Dia ada menghampiri 3 pulau. Pulau itu saya tidak tahu di mana, tapi mengikut pandangan saya ia (mungkin) berada di Australia atau US.

“Saya telah usaha pergi ke Pulau Sembilan, (bersama peralatan) kerantong, buluh dan (melakukan) azan. Masa saya tarik buluh itu (ketika ritual dilakukan) tiada ada balasan, (contohnya) seperti menarik besi berani (magnet), sekiranya ada di laut (kebiasaannya saya dapat merasakan seperti ada tarikan),” jelasnya.

Ibrahim berkata, menurut pandangannya sebagai Raja Bomoh semua mangsa yang terlibat masih hidup.

“Saya akan bertolak ke Australia atau kawasan yang berdekatan dengan tempat carian (untuk turut sama membantu usaha mencari yang dilakukan). Saya (juga akan turut) meminta (berdoa) kepada Allah swt,” katanya.

Ibrahim turut menjelaskan usaha yang dijalankan ini, adalah merupakan inisiatif beliau sendiri tanpa dibiayai oleh mana-mana pihak.

Beliau turut menyeru agar semua masyarakat di negara ini teruskan berdoa agar misi mencari pesawat ini berjaya dan berhenti menuding jari menyalahkan orang lain.

“Sains dan teknologi serta amalan traditional Melayu (perlu) berganding bahu, seperti tangan kanan dan kiri (agar) benda yang berat (sukar) dapat ditolong (dipermudahkan)” jelasnya lagi. - 9/4/14



, , ,

Ahad, 6 April 2014

Kehilangan MH370 Helah Kuasa Besar Bertapak di Asia?



Kuasa Besar Terlibat Misteri Kehilangan MH370?

[SH] SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut. 

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia. 

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini. 

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut. 

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya. 

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini. -5/4/14

Berkaitan:

MH370: Najib Kami Tahu Kamu Terhimpit, Bercakap Benarlah dengan Rakyat
Kenyataan Umum 
4 April 2014

MH370; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini. 

Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan negara.

Pasport palsu

sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. Longgarnya keselamatan negara ini ?

dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang .

Kapal Selam tidak berkemampuan

Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk operasi SAR. Saya (dan juga beberapa pimpinan politik seperti YB Lim Kit Siang) telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya. Menteri telah menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR. 

Operasi menggunakan kapal selam bukan operasi Search and Rescue, sebaliknya cuma Search sahaja adakah kapal selam kita tidak memiliki sistem sonar yang kebanyakan bot nelayan laut dalam juga miliki sistem tersebut. Kedua yang lebih penting ialah kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal untuk menghalalkan pembelianya sumber pihak TLDM sendiri dipetik menyebut akan turut digunakan untuk SAR (rujuk AFP 3 Sept. 2009) sila klik http://chegubard.blogspot.com/2014/03/kenyataan-media-12-mac-2014-mh370.html . Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu.

Sistem radar lemah

sistem pertahanan negara begitu lemah, kebocoran melalui sempadan darat, sempadan air malah sempadan udara sekali pun. MH370 telah membuat pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia memerlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum bertindak. Ini amat memalukan.

Malah kita kelihatan amat lemah bergantung dengan data dan carian perbagai pihak.

Kenyataan Menteri berbelit - belit dan berpusing pusing

dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia kepada kenyataan sepupunya yang merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan tidak pernah konsisten dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia. Itu belum mengambil kira Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara.

Malah kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa juga telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew sehingga menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris mangsa.

Apa sebenarnya berlaku? 

Amat simpati dengan keluarga mangsa dan gusar dengan imej serta aspek keselamatan negara, maka dengan ini SAMM mendesak Najib untuk menjadi lebih tegas.

telah menjadi rahsia terbuka mengenai wujudnya satu 'kargo' misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut. Maka pihak berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya ? 

Apabila pihak SAMM cuba menghubungi pihak - pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo tersebut respon yang diperolehi ialah semua tidak berani bercakap apa - apa mengenai penerbangan tersebut. Kunci Mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terlibat dan Mengapa semua data mengenai penerbangan iaitu mengenai penumpang dan muatan dihilangkan dalam sistem. Melalui carian SAMM sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga semuanya telah dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. Manifest dan load-sheet untuk penerbangan tersebut dihilangkan ! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ?

Semua ini menguatkan kepercayaan bahawa ini ialah permainan kuasa besar dunia dan semua penumpang serta anak kapal menjadi mangsanya. 

Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran. 

Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula. 

Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ? 

Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung. Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas". 

Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi. 

Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata - mata. Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami. 

Sekian 

Che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia


Hagel: Malaysia Jet Search Shows Need for US in Asia

[VOANews] U.S. Defense Secretary Chuck Hagel said the missing Malaysian jetliner will be a focus of this week's talks with Southeast Asian defense ministers in Hawaii. 

Speaking Wednesday aboard a plane on his way to the summit, Hagel stopped short of criticizing Malaysia's handling of the incident, but said there are "always lessons to be learned." 

"We're going to go back, the Malaysians will go back, all the ASEAN nations will go back and walk through this. What could have been done? Maybe what should have been done? Maybe what needs to be done better?" said Hagel. 

The Boeing 777 mysteriously disappeared March 8 with 239 people on board. More than two dozen countries have participated in the search for the plane's wreckage in the Indian Ocean. 

Geopolitics have complicated the search, with many analysts saying the the effort has exposed rivalries between Asian powers competing for military influence. 

Hagel said the disaster highlights the importance of expanded regional defense cooperation and greater U.S. military involvement in Asia. 

"I want those defense ministers after they leave Hawaii to feel even more clarity about U.S. commitment to the area, our coordination, our communication, the areas we can cooperate more and more and more and certainly humanitarian assistance, disaster relief is one [area]," said Hagel. 

The U.S.-ASEAN Defense Forum is an informal meeting of defense chiefs from the 10 countries that make up the Association of Southeast Asian Nations. Following the summit, Hagel will visit Japan, China and Mongolia. 

Hagel, who is making his fourth trip to Asia since becoming Pentagon chief, is tasked with helping carry out the Obama administration's economic and military "pivot" toward the Asia-Pacific. 

In an opinion piece Wednesday on the Defense One website, Hagel said Washington remains committed to realizing the Asia rebalance. He promised the U.S. will continue to defend its allies and uphold international laws. 

Kredit: Kelab GB


, ,

Sabtu, 5 April 2014

MH370: Kapal China Kesan Isyarat dari Laut



[AA] KUALA LUMPUR:Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz sesaat di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.

Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.

"Frekuensi itu sama," kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN.

Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yang menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi.

Pakar bagaimanapun mengingatkan isyarat itu mungkin boleh jadi datang daripada benda lain selain daripada pesawat.

Menurut laporan AFP, carian kapal Cina Haixun 01 mengesan denyutan berkenaan kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

"Denyutan yang dikesan oleh Haixun 01 masih belum dikenal pasti lagi," kata Pusat Maritim Mencari dan Menyelamat China dalam akaun microblog mereka.

Menteri Pertahanan Australia David Johnston berkata beliau tidak menerima laporan mengenai isyarat berkenaan dan memberi amaran ia mungkin bukan dari pesawat MH370.

"Ini bukan kali pertama kita mempunyai sesuatu yang kemudian menjadi sesuatu yang mengecewakan," katanya kepada televisyen ABC.

"Saya hanya akan menunggu (Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama) Angus (Houston) dan pasukan beliau dan pasukan saya untuk tampil ke hadapan dengan sesuatu yang positif kerana ini adalah tugas yang sangat sukar."

Perkembangan ini menyusul selepas 29 hari pesawat Boeing 777-200 itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beberapa jam sebelum laporan Xinhua itu terbit mengumumkan pembentukan tiga jawatankuasa kabinet untuk menangani isu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu. -5/4/14


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH