Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 11 Februari 2011

Siapa yang Patut Berasa "Malu", Menteri atau MB?



Menteri yang mengeluarkan kenyataan dalam berita di atas sering menjadi "mangsa belasahan" dalam tulisan di blog pro-UMCO. Alasan utama jurublog UMCO "membelasah" menteri ini kerana dia dikatakan "lembik" mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara/isu. Namun, apabila melibatkan pihak pembangkang, nada menteri ini berubah.

Hari ini diberitakan di Utusan bahawa menteri itu mendakwa MB Selangor sepatutnya berasa malu kerana perkara (memohon untuk menubuhkan polis bantuan) tidak akan diluluskan. Saya ulang, harus berasa malu kerana permohonan itu tidak akan diluluskan. Saya ingat malu sebab apa? Perlukah menteri ini mengeluarkan kenyataan yang jelas menunjukkan sikap diskriminasi kerajaan pusat kepada kerajaan negeri?

Isu ini bermula apabila kenyataan MB Selangor tentang hasratnya memohon kepada kerajaan pusat untuk menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri kerana mengikut dakwaannya, kadar jenayah di negeri itu semakin meningkat disiarkan di beberapa akhbar dan portal berita. 

Namun, hasrat MB Selangor itu disambut dengan nada angkuh oleh menteri berkenaan. Katanya, alasan yang dinyatakan oleh MB Selangor bahawa penubuhan pasukan polis tambahan itu penting kerana peningkatan kadar jenayah di Selangor adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Kata menteri itu, "Kadar jenayah di Selangor telah menurun, malah kerajaan negeri itu tidak pernah sekalipun tampil membantu polis melaksanakan program kepolisan masyarakat selama ini." Wow! Siapa yang percaya kadar jenayah di Malaysia bukan sahaja di Selangor telah turun? Sila angkat tangan! Untuk makluman, Selangor dihuni lebih kurang 5.4 juta warganegara Malaysia dan jumlah itu menunjukkan Selangor memiliki penduduk paling banyak di Malaysia. Selangor juga menjadi tumpuan utama pendatang asing sama ada yang datang secara halal atau haram.

Akhbar yang sama pada 5/2 ada menyiarkan temu bual dengan Ketua Polis Selangor.  Dalam temu bual itu, beliau jelas menyatakan bahawa anggota polis di Selangor tidak mencukupi dan pihak polis di negeri itu terpaksa menjalankan pelbagai program/strategi untuk mengatasi masalah itu termasuklah melancarkan Ops Payung dan kad sektor. Jadi berdasarkan kenyataan KP Selangor itu sudah wujud kewajaran MB Selangor memohon penubuhan polis bantuan daripada kerajaan pusat. Jika Selangor kekurangan anggota polis, bagaimana keluar kenyataan indeks jenayah di Selangor menurun?

MB Selangor dalam suatu kenyataannya kepada media sebelum ini menjelaskan bahawa “Saya menulis kepada YB Menteri Dalam Negeri supaya hasrat Kerajaan Selangor untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan menjadi kenyataan. Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, dan tiada alasan munasabah mengapa kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usahasama menjaga keselamatan rakyat.”

Tambahnya, “Kerajaan Selangor komited untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan ini dengan hasrat menyediakan persekitaran kehidupan yang aman selaras dengan misi Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri idaman, tenteram dan berkebajikan.”

Jadi, wajarkah menteri itu menempelak hasrat MB Selangor dengan memintanya berasa malu sedangkan tujuan MB Selangor jelas untuk kepentingan rakyat negeri tanpa mengira kaum dan fahaman politik? Ringkasnya, polis bantuan ini untuk menjaga menteri, tokoh politik dan ahli BN juga. Malah hal ini disokong dengan hakikat bahawa PDRM Selangor kekurangan anggota untuk memastikan rakyat di negeri itu bebas daripada ancaman penjenayah.

Kalau dia meminta MB Selangor berasa malu kerana meminta menubuhkan pasukan polis bantuan, saya kira dia wajar berasa 1000 kali malu dengan gambar di bawah ini:




* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH