[Trailer] Filem "Arwah Goyang Karawang" Dikecam Kerana Mempunyai Unsur Pornografi
Saya petik:
[HM] Berpuluh-puluh wanita daripada Gabungan Organisasi Wanita Karawang (GOW) berkumpul di depan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Senayan, Jakarta, semalam bagi membantah penayangan filem ‘Arwah Goyang Karawang’.
Menurut mereka, filem yang dibintangi Julia Perez dan Dewi Persik itu tidak mempunyai nilai kesenian. Mereka juga mendakwa filem itu menonjolkan unsur pornografi.
“Filem itu mencemarkan imej Karawang yang dikenal dalam sejarah sebagai kota perjuangan. Ia memberikan tanggapan negatif terhadap budaya daerah Karawang, merendah-rendahkan maruah wanitanya dan menyalah tafsir maksud seni goyang Karawang,” ujar penyelaras GOW, Nuraeni Yusuf Asikin.
Sementara itu, seniman Karawang yang juga pencipta tarian Jaipong, H Suwanda juga tidak bersetuju dengan cara goyangan Jupe dan Depe dalam filem itu. Tarian Jaipong adalah tarian yang menggambarkan budaya pertanian masyarakat Karawang.
“Apa yang dipaparkan dalam filem itu bukan seni tarian Jaipong kerana ia sangat berbeza daripada nilai budaya masyarakat Karawang,” katanya yang turut menyertai bantahan itu.
P/s: Maaflah jika saya katakan bahawa pada masa dahulu, sebahagian cerita hantu Indonesia pernah dilabelkan sebagai filem porno ringan oleh segelintir masyarakat. Saya ingat lagi sekitar hujung tahun 80-an dan awal 90-an, filem hantu Indonesia laris dipinjam dari kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan pinjaman kaset video. Hari ini, masyarakat di sana agak sensitif dengan kandungan cerita-cerita seumpama itu berbanding dengan waktu dahulu.
Video:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.