[Gambar] Dibakar Hidup-hidup
Katil tempat mangsa dibakar. |
Berita AP melaporkan seorang wanita mengaku menyimbah suaminya yang juga seorang wartawan dengan minyak tanah sebelum membakarnya ketika mangsa tidur.
Rakan wartawan berkenaan sebelum ini bimbang kematian itu berpunca daripada tindakan membalas dendam terhadap laporan siasatan yang dilakukan mangsa.
Le Hoang Hung |
Kumpulan hak asasi media antarabangsa turut menyuarakan kemarahan selepas laporan awal mendakwa penceroboh memasuki kamar tidur mangsa, Le Hoang Hung menerusi tingkap dan membakarnya.
Wartawan berusia 50 tahun itu bekerja untuk akhbar Nguoi Lao Dong dan rakannya khuatir laporan siasatannya mengenai rasuah dan kegiatan penyeludupan menjadikannya sasaran pihak yang tidak berpuas hati.
Tran Thi Thuy Lieu |
Media Vietnam berkata, polis percaya isteri Hung, Tran Thi Thuy Lieu, 40, ketagih judi dan mereka sering bergaduh kerana masalah kewangan.
Tran dibawa ke balai polis semalam dan mengaku membunuh suaminya, kata Ketua Penyiasat Wilayah Long An, Lt Kolonel Pham Van Tien.
Dia bagaimanapun enggan memberi butir lanjut kecuali berkata wanita itu ditahan untuk siasatan.
Hung, 50, mati pada 29 Januari lalu selepas dirawat selama 10 hari. Akhbar Pekerja semalam memetik sumber polis sebagai berkata, Tran mahu memberi amaran kepada suaminya selepas mereka bertengkar mengenai wang dan tidak berhasrat membunuhnya.
Polis berkata, wanita itu rugi lebih sebilion dong (RM142,000) selepas 22 kali ulang-alik ke Kemboja untuk berjudi sepanjang Disember lalu.
Menurut media lain, dia mendesak suaminya menjual rumah mereka di bandar Tan An tetapi Hung tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.