Ngeri! Angkara Gengster
Ditetak dan dilanggar |
Saya petik:
[Kosmo] KUANTAN – Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.
Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.
Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.
Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek.
Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku....
P/s: Susahnya mahu hapuskan kumpulan gengster, sama juga susahnya untuk menghapuskan ah long. Mengapa? Sedangkan dalam kes ah long yang didalangi kumpulan gangster/kongsi gelap, beribu-ribu kertas/iklan bermuat nombor telefon ditampal di merata-rata tempat. Mereka seolah-olah "memanggil-manggil" pihak polis menangkap mereka. Panggil, jumpa, dan tangkap pihak yang mengiklankan pinjaman haram ini.
Persoalannya, mengapakah mereka tidak ditangkap? Bukankah nombor telefon tersebut telah didaftar sebelum dapat digunakan atau terdapat kelemahan dalam sistem pendaftaran nombor telefon sehingga ada pihak yang mudah mendapatkan talian telefon tanpa perlu mendaftar? Jadi apabila ada desas-desus yang mendakwa kumpulan gengster yang turut menjalankan aktiviti pinjaman wang haram dilindungi orang yang mempunyai pengaruh dan kuasa, maka hal itu tidak wajar digelar "desas-desus" kerana ada asas jika difikirkan logiknya.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.