Awas,Sedut Lemak Boleh Sebabkan Kanser!
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Kaedah menyedut lemak dari mana-mana bahagian tubuh sebelum dipindahkan ke payudara dianggap berbahaya kerana ia mendatangkan risiko kanser dan kesan negatifnya lebih tinggi berbanding kaedah pembedahan implan.
Pakar Bedah Plastik dan Rekonduktif, Hospital Ampang Puteri, Datuk Dr Abdul Jalil Jidon berkata, pembedahan membabitkan payudara memerlukan pemeriksaan teliti dan perlu dilakukan pakar.
“Pembedahan yang tidak dilakukan mengikut prosedur betul boleh menyebabkan kesan buruk sehingga mengancam nyawa pesakit.
“Biasanya wanita yang ghairah ingin membesarkan payudara enggan menjalani sesi rundingan dan nasihat dengan pakar kerana menganggap ia memakan masa serta proses rawatan yang lambat,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, kaedah pemindahan lemak bagi membesarkan payudara sudah lama wujud, namun tidak ramai doktor pakar mahu melakukannya kerana ia memerlukan pemeriksaan teliti.
“Memang ada kaedah menyedut mana-mana lemak pada bahagian badan untuk disuntik pada payudara supaya lebih besar, anjal dan menarik.
“Bagaimanapun, kaedah ini tidak digalakkan dalam rawatan pembedahan plastik kerana ia lebih mendatangkan risiko kanser dan kesan negatif yang lebih tinggi daripada kaedah pembedahan implan,” katanya.
Selain itu, katanya, kaedah pemindahan lemak boleh menyebabkan kerosakan pada tisu payudara akibat disuntik dengan lemak, sekali gus mengundang kesan sampingan.
“Lemak yang disuntik ke dalam payudara itu akan menjadi tepu dan gagal dikesan melalui kaedah imbasan sinar-X setahun selepas pesakit menjalani rawatan berkenaan.
“Lebih teruk lagi, doktor juga tidak dapat mengenal pasti punca sebenar sekiranya wujud benjolan dan sakit yang teruk pada bahagian itu,” katanya.
* Gambar sekadar hiasan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.